Evoing

Call Directions

Evoing Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Evoing, Coach, Evoing Centre, No 01&02-16, Level 1, Block B, Saville Kajang, Jalan Reko, Kajang.

𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒌 𝑨𝒅𝒂 𝑰𝒅𝒆𝒂, 𝑪𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒆𝒍𝒖𝒎 𝑪𝒖𝒃𝒂 𝑳𝒊𝒉𝒂𝒕 𝑫𝒂𝒓𝒊 𝑺𝒖𝒅𝒖𝒕 𝑩𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂Pernah tak kita berdepan dengan satu masalah, tapi asyik gun...
23/10/2026

𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒌 𝑨𝒅𝒂 𝑰𝒅𝒆𝒂, 𝑪𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒆𝒍𝒖𝒎 𝑪𝒖𝒃𝒂 𝑳𝒊𝒉𝒂𝒕 𝑫𝒂𝒓𝒊 𝑺𝒖𝒅𝒖𝒕 𝑩𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂

Pernah tak kita berdepan dengan satu masalah, tapi asyik gunakan cara yang sama untuk selesaikan masalah tersebut?

Dah cuba sekali, tak jadi. Cuba lagi, masih tak jadi. Akhirnya, kita rasa masalah itu memang susah nak diselesaikan.

Tapi bagaimana kalau kita cuba lihat dari sudut yang berbeza?

Itulah pentingnya creative thinking. Bukan semata-mata tentang menghasilkan idea yang luar biasa, tetapi tentang keupayaan melihat pilihan lain apabila cara biasa tidak lagi berkesan.

Dalam organisasi, dalam perniagaan mahupun dalam kehidupan seharian, kadangkala perubahan kecil pada cara kita berfikir boleh membuka ruang kepada penyelesaian yang lebih baik.

Jangan cepat kata “tak boleh”.
Cuba tanya, “Apa lagi cara yang kita boleh usahakan?”

Kerana idea yang baik mungkin bermula dengan satu soalan yang berbeza.

KALAU KAU TAK S**A KERJA KAUCari jalan untuk GROW. Human nature memang dahagakan growth. Bila kamu tak grow, kamu tak ha...
23/10/2026

KALAU KAU TAK S**A KERJA KAU

Cari jalan untuk GROW.
Human nature memang dahagakan growth. Bila kamu tak grow, kamu tak happy.

MACAM MANA KALAU TEAM KITA TAKUT PERUBAHAN?Perubahan tak semestinya buat team takut.Yang selalu buat orang risau ialah b...
23/10/2026

MACAM MANA KALAU TEAM KITA TAKUT PERUBAHAN?
Perubahan tak semestinya buat team takut.
Yang selalu buat orang risau ialah bila perubahan datang tanpa context, tanpa clarity, dan tanpa next step yang jelas.
Leader yang baik bukan sekadar announce perubahan.
Dia bantu team faham sebab, rasa didengari, dan tahu apa perlu dibuat selepas itu.
Follow untuk belajar komunikasi yang lebih jelas, tenang dan manusiawi.

5 Cara Selesaikan KonflikRamai orang ingat cara terbaik handle konflik ialah menang hujah.Sebenarnya tidak.Ada masa kita...
23/10/2026

5 Cara Selesaikan Konflik
Ramai orang ingat cara terbaik handle konflik ialah menang hujah.
Sebenarnya tidak.
Ada masa kita perlu mengalah.
Ada masa kita perlu tegas.
Ada masa kita perlu bertolak ansur.
Ada masa kita perlu bekerjasama.
Dan ada masa kita perlu diam dulu sebelum bercakap.
Masalahnya bukan kita guna cara yang salah.
Masalahnya kita guna cara yang betul pada waktu yang salah.
Orang yang pandai urus manusia bukan sentiasa menang konflik.
Mereka tahu bila perlu gunakan approach yang sesuai.
Approach mana yang paling susah untuk korang buat sekarang?

Program Seminar Ibu Bapa Prihatin, Anak Cemerlang ✨Setiap anak berhak mendapat peluang untuk menjadi insan yang terbaik....
22/10/2026

Program Seminar Ibu Bapa Prihatin, Anak Cemerlang ✨

Setiap anak berhak mendapat peluang untuk menjadi insan yang terbaik. Bukan hanya cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga baik akhlaknya, jelas nilai dirinya dan mampu membawa manfaat kepada orang di sekelilingnya.

Baru-baru ini, team Evoing berpeluang bersama warga SK Bandar Tun Hussein Onn 2 menerusi Program Seminar Ibu Bapa Prihatin, Anak Cemerlang.

Menariknya, program ini berlangsung dalam dua sesi yang berasingan, melibatkan ibu bapa dan murid secara serentak. Dua kelompok dengan peranan berbeza, tetapi menuju matlamat yang sama.

Bagi murid-murid, sesi ini menjadi ruang untuk membangkitkan semangat dan motivasi agar mereka terus berusaha menjadi yang terbaik. Kejayaan bukan hanya tentang keputusan peperiksaan, tetapi juga tentang membina akhlak yang baik, sikap bertanggungjawab dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.

Bagi ibu bapa p**a, sesi ini mengajak kita untuk kembali mengingat satu perkara yang sangat penting. Anak-anak ialah amanah dan tanggungjawab yang perlu kita didik sebaiknya.

Tugas membesarkan anak bukan sekadar memastikan mereka membesar dengan cukup keperluan, tetapi juga membimbing mereka menjadi insan yang mampu berdiri atas usaha sendiri, memberi manfaat kepada diri sendiri dan menyumbang kebaikan kepada orang lain.

Kerana akhirnya, kejayaan mendidik anak bukan hanya diukur melalui apa yang mereka capai hari ini, tetapi juga melalui nilai yang mereka bawa dan kebaikan yang mereka tinggalkan pada masa hadapan.

Semoga usaha kecil ini menjadi salah satu langkah dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga terpuji akhlaknya dan besar manfaatnya.

Terima kasih kepada pihak SKBTHO2 atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Evoing untuk bersama-sama menjayakan usaha ini.

Kem Eksploria BAKAT Impuls: Intervensi Literasi & Numerasi 📚🧮Dua hari bersama anak-anak Tahap 1 dan Tahap 2 yang memerlu...
22/10/2026

Kem Eksploria BAKAT Impuls: Intervensi Literasi & Numerasi 📚🧮

Dua hari bersama anak-anak Tahap 1 dan Tahap 2 yang memerlukan sedikit lebih bimbingan untuk mengukuhkan asas 3M (membaca, menulis dan mengira).

Untuk dua hari ini, team Evoing bawa satu pendekatan yang lebih santai.

Bukan sekadar duduk, dengar dan buat latihan.

Kami nak mereka main sambil belajar.

Sebab itu pelbagai aktiviti berbentuk gamification disediakan. Ada permainan, ada cabaran, ada aktiviti berkump**an dan macam-macam lagi.

Konsepnya mudah.

Learning is fun 🥳.

Dan antara perkara yang paling menggembirakan kami adalah melihat perubahan anak-anak sepanjang program.

Ada yang datang dengan wajah yang nampak macam berat hati.

Ada yang mungkin pada awalnya rasa, “Alah… kena belajar lagi.”

Tapi bila dah mula bermain, mencuba dan berinteraksi dengan ticer, suasana mula berubah.

Sampai ada yang berkata,

“Ticer, senanglah bila buat dengan ticer.”

Senyuman itu mungkin nampak kecil.

Tapi bagi kami, ia cukup besar.

Sebab mungkin mereka belum kuasai semuanya dalam masa dua hari ini. Tak mengapa.

Kalau tak dapat semuanya, kami harap ada sekelumit ilmu, satu kemahiran, atau satu pengalaman yang mereka bawa p**ang dan menjadi manfaat untuk mereka.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SK Bandar Tun Hussein Onn 2 kerana memberi kepercayaan kepada Evoing untuk bersama-sama menyahut hasrat sekolah dalam mengukuhkan asas 3M bagi murid-murid yang terpilih.

Terima kasih juga kepada semua yang bersama-sama dengan team Evoing dalam menjayakan misi Intervensi Literasi & Numerasi ini.

Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada perjalanan anak-anak ini untuk terus belajar, berkembang dan percaya bahawa belajar tak semestinya susah.

Belajar juga boleh jadi menyeronokkan. ❤️

WOW MY TEAM SRI SEREMBAN! 💙Tahun 2023 yang lalu, Evoing pernah diberi peluang untuk mengendalikan program bersama 50 ora...
22/10/2026

WOW MY TEAM SRI SEREMBAN! 💙

Tahun 2023 yang lalu, Evoing pernah diberi peluang untuk mengendalikan program bersama 50 orang kakitangan pengurusan SRI Seremban.

Tapi tahun ini, kami menyambut hampir 130 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peranan, termasuk barisan pentadbir, guru, pihak pengurusan dan unit sokongan.

130 orang berkumpul di Tasik Villa International Resort untuk satu tujuan yang sama, iaitu mengeratkan hubungan dan membina semangat berpas**an.

Selama dua hari, mereka diberi peluang untuk keluar sebentar daripada rutin kerja harian, berinteraksi dengan rakan sekerja daripada bahagian yang berbeza dan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

Kerana dalam sesebuah organisasi, setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Namun, untuk bergerak sebagai satu pas**an, kita bukan sekadar perlu tahu tugas sendiri, tetapi juga perlu memahami, mempercayai dan menyokong antara satu sama lain.

Melalui aktiviti yang dirancang, peserta bukan sahaja berpeluang berseronok bersama, malah dapat belajar tentang komunikasi, kerjasama dan kepentingan setiap individu dalam mencapai matlamat bersama.

Bagi kami di Evoing, kepercayaan yang diberikan untuk bersama-sama menjayakan program ini sekali lagi merupakan satu penghargaan yang bermakna.

Terima kasih, SRI Seremban, atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.

Semoga dua hari ini menjadi satu pengalaman yang bermakna dan membawa semangat baharu kepada seluruh warga SRI Seremban untuk terus bergerak sebagai satu pas**an!

WOW My Team Sri Seremban; stronger together! 💙

Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Buat Orang Defensif?Ramai orang ingat bila tegur kena keras baru orang berubah.Tak seme...
29/09/2026

Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Buat Orang Defensif?
Ramai orang ingat bila tegur kena keras baru orang berubah.

Tak semestinya.

Bila korang attack karakter, malukan depan ramai orang, atau terus marah tanpa explain impak… ramai orang cuma jadi defensive.

Dia tak fokus nak baiki kesilapan.

Dia fokus nak protect ego dia.

Kalau nak orang berubah:
tegur behaviour, bukan karakter.

jaga maruah dia.

explain impak kesilapan tu.

Teguran yang betul boleh baiki performance tanpa rosakkan relationship.

Follow EVOING kalau s**a content pasal perangai manusia dekat office.

Kenapa Orang Senyap Waktu MeetingRamai boss ingat meeting sunyi = team fokus, team hormat, team senang urus.Realitinya?B...
25/09/2026

Kenapa Orang Senyap Waktu Meeting
Ramai boss ingat meeting sunyi = team fokus, team hormat, team senang urus.

Realitinya?

Banyak kali meeting sunyi sebab team dah belajar satu benda: bersuara ada risiko.

Bagi idea → kena reject kasar.
Bagi feedback → kena defensive reaction.
Bagi cadangan → kerja tambahan jatuh dekat diri sendiri.
Bersuara sekali → malu bertahun-tahun 😂

Lama-lama ramai pilih untuk diam sebab itu rasa lebih selamat.

Dan bila benda ni berlaku berterusan… company bukan kehilangan suara.

Company kehilangan idea.

Kalau korang nak team lebih terbuka masa meeting, start dengan tanya diri sendiri:

Adakah orang rasa selamat untuk bercakap dengan korang?

Kadang² problem nyer bukan team tak engage. Cara kita respond tu yang buat diorang shut down.

Follow EVOING kalau korang s**a content pasal perangai manusia dalam team.

3 Cara Handle Orang Toxic Di OfficeDekat tempat kerja, bukan semua orang toxic akan marah-marah depan kita. Ada yang pro...
22/09/2026

3 Cara Handle Orang Toxic Di Office
Dekat tempat kerja, bukan semua orang toxic akan marah-marah depan kita. Ada yang provoke secara halus, s**a tengok reaction kita, manip**ate cerita, dan tunggu kita react ikut emosi.

Bila kita react terlalu emotional, diorang rasa “menang”.

Sebab tu penting untuk tahu cara protect diri sendiri tanpa perlu gaduh atau overreact.

Ni 3 cara nak handle orang macam ni.

Address

Evoing Centre, No 01&02-16, Level 1, Block B, Saville Kajang, Jalan Reko
Kajang
43000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60127907477

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Evoing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category