27/02/2018
Projek Kurus 21 hari
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Projek Kurus 21 hari, Kajang.
27/02/2018
Nak share tips untuk mereka yang mmg berusaha nak turunkan berat badan.
1.sediakan menu yg ringkas dan mudah untuk berdiet.
2.sediakan mental yg kental .100% mind set.
3.sediakan ilmu yg betul waktu berdiet.makan dgn menjaga nutrisi sekalipun berdiet.
4.berkawan dengan mereka yg sama nk kurus.maksudnya ..perlu cari group la ye.
5.makan 5@6 kali sehari dgn portion yg betul dan menu yg betul.
Nk lagi best,cari coach utk jayakan misi anda.
27/02/2018
Moh kita pakat buat.RESEPI SOMTAM SEDAP DAN CITARASA THAI
Share cpt! Sbb mmg sedap dan mudah!
Bahan-bahan
3 ulas bawang putih
1bijik mangga muda
5 bili cili padi
1/2 cawan udang kering digoreng garing
segenggam kacang tanah digoreng dan buang kulit
2 cawan betik muda diracik halus
1 biji tomato buang biji dipotong kasar
2 batang kacang panjang dipotong panjang2
3 helai daun limau purut diracik halus
3 sudu besar gula melaka diracik halus (secukup rasa)
perahan dari 1 biji limau nipis (secukup rasa)
3 sudu besar nam pla/fish sauce (secukup rasa)
Udang kering jenis besar 2genggam
Cara:
1) Tumbuk bawang putih, cili padi, udang kering dan kacang. Campurkan bersama bahan-bahan selebihnya.
2) Gaul sebati. Saya guna lesung untuk tumbuk sikit semua bahan supaya jus-jus dari betik dan tomato keluar dan sebati dengan semua bahan.
*Share dan like ye..
27/02/2018
Assalamualaikum.Projek kurus 21hari nk share resepi lagi malam ni..Resepi sihat untuk semua rajan FB.
RESEPI IKAN KEMBUNG KUKUS AIR ASAM PEDAS
UNTUK IKAN:
Ikan apa2 yg dis**ai lumur ngan sedikit garam kemudian kukus smp masak...
UNTUK AIR ASAM:
Asam jawa
Air masak
Bwg besar,tomato potong dadu
Cili api hiris kecik2
Garam
(Ada yg s**a ltk belacan..blg jer.tp saya x ltk sbb nnti asyik pegang hidung jerπ¬π¬π¬)
Cpurkan semua bhn ni dlm mangkuk.gaul2.kuah jgn cair sgt..pekat2 sikit baru ummpppp....
Pastu ikan yg dah siap kukus td tu kita curahkan aje air asam ni
.siap....
Jika share ye.Moga bermanfaat untuk semua.
22/02/2018
Hai..hai..hai..
Jom kita ..
Tukar selera,kita pelbagaikan resepi
Resepi Ikan Patin Bakar Tempoyak
Bahan-bahan :
- 1 ekor ikan patin
- 10 biji cili padi
- 3 biji cili merah
- 1 inci kunyit hidup
- 5 biji bawang merah
- 1 cawan tempoyak
- 1 helai daun kunyit
- 1 batang serai
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit daun kesum - memberi aroma yang enak
- Kertas aluminium
Cara membuat :
1. Bersihkan ikan, ketepikan.
2. Cili padi, cili merah, kunyit hidup, bawang merah dan garam ditumbuk hingga halus.
3. Campurkan dengan tempoyak. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
4. Masukkan hirisan daun kunyit dan serai ke dalam tempoyak.
5. Letak ikan atas daun pisang, lumurkan dengan campuran tempoyak.
6. Taburkan daun kesum dan bungkus menggunakan kertas aluminium.
7. Bakar ikan hingga masak.
21/02/2018
Target nak kurus raya ni. Moh kita sama 2.
Intake February dibuka untuk pendaftaran sekarang!
Peluang untuk mendapat one-on-one & group coaching.
6x sehari makan! X percaya. Mustahil boleh kurus!! Jgn tengok je org lain dah kurus. Jom bertindak segera!
Hubungi
πββπβπ±π±π±π±πβ
Whatsapp Coach Liza 0163514224
Apa beza diet sendiri dengan diet bersama coach? β tak ada bimbingan coach
β tak tahu nak makan apa?
β tak ada orang monitor progress
β dikelilingi rakan yg X membantu β tak ada support group
Apa yang disediakan?? β
οΈ jadual pemakanan harian
β
οΈ personal & group Whatsapp coaching
β
οΈ pemantauan dan nasihat coach sepanjang program β
οΈ tips pemakanan untuk turunkan berat badan. [ PERHATIAN!! SOLUSI KURUS UTK ORANG SIBUK!! .
Jelesnya tengok kawan2 berbadan kurus dan langsing. Boleh pakai baju cantik2. aku? Baju baru beli tapi dah makin ketat. arghh stress!! .
Member ajak pegi gym tapi tak ada masa. balik keja dah tak larat, terbongkang saja. Nak diet tapi cepat lapar, susahnyaa. .
Macam mana ni Coach? tolong saya! .
BERITA BAIK! PROGRAM 100% ONLINE COACHING. BOLEH TURUN BERAT DARI MANA SAJA! .
LAUNCHING NOW! PROJEK KURUS SEBELUM RAYA! .
-------------------------------------
Join program ini hari ini dan nikmati banyak faedah yang kami sediakan dan rasai perbezaannya selepas
https://api.whatsapp.com/send?phone=60163514224&text=KURUSSIHAT
21/02/2018
Breakfast apa pagi ni.pastikan bersarapan dgn sarapan yang betul.
20/02/2018
RESEPI NASI ARAB POWER!!!!
Bahan untuk nasi:
2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ s**atan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren
Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang
Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.
Resepi Ayam:
( saya settlekan yg ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)
1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya
Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Caranya:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.
Resepi Salad:
1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)
Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
Kajang
43000