16/04/2026
Kelab Inspirasi Jaringan Insan
Dare your limits
16/04/2026
07/07/2025
06/07/2025
πΏπ’ Jom βhealingβ di alam semula jadi!
ποΈ 6 Julai 2025( pindaan dari tarikh asal) | π Bukit Unggul
π₯Ύ Daki bukit
π¨ Buat craft
π§ Jaga minda
π Sarapan sedap
π― Aktiviti santai, penuh inspirasi!
πΏ Satu pagi, seribu inspirasi!
Dan sememangnya, pagi itu bukan sekadar aktiviti. Ia menjadi satu pengalaman yang menyentuh jiwa.
Peserta dari usia 15 hingga 67 tahun,
bukan saja mendaki, tetapi turut mendalami ilmu asas survival seperti:
π cara guna kompas,
π teknik ikatan asas,
π² melalui halangan laluan hutan,
π melintasi jambatan tali, dan
β°οΈ menuruni cerun curam dengan bantuan tali dengan bimbingan fasilitator.
Peserta bukan hanya belajar dari Jurulatih & fasilitator, tapi turut belajar bantu sesama sendiri.
Ada yang hulur tangan, ada yang pimpin dari belakang, ada yang sorak beri semangat.
Inilah nilai sebenar: bekerjasama, percaya, dan bergerak bersama.
πͺ Yang muda ringan tulang.
π Yang lebih matang menjadi contoh ketabahan.
Jurulatih utama adalah Pengerusi KIJI sendiri, Tuan Haji Ahmad Tarmizi Sharif -PPN, Jurulatih Rekreasi Kebangsaan - KBS & SEACF
dibantu oleh fasilitator berdedikasi:
En. Yusoff Masburi, Cik Farah Aisyah Mat Saad & En. Yusri Aisy Ahmad Tarmizi.
Padu, bertenaga dan sangat inspiratif!
β¨ Dan apa yang menjadikan program ini lebih bermakna,
ramai peserta berpeluang menyertainya hasil gabungan tajaan dan sokongan pihak yang peduli.
Usaha penganjur membuka ruang seluas mungkin agar manfaat program ini
sampai kepada golongan sasar.
Itulah maksud sebenar Walk The Talk β
bukan sekadar slogan, tapi tindakan yang benar-benar memberi kesan.
π Yang paling menyentuh hati,
Tuan Haji Mazwan Johar, Penyelaras PKM DUN Sungai Ramal dan penaja utama,
hadir bukan sekadar merasmikan,
malah turut serta mendaki, menyertai aktiviti dan berinteraksi bersama peserta
walaupun jadual beliau penuh dari pagi hingga ke malam.
Satu contoh kepimpinan yang tenang, bersahaja dan dekat di hati komuniti.
Program ini adalah inisiatif Kelab Inspirasi Jaringan Insan (KIJI)
dengan kerjasama:
β€οΈ Tuan Haji Mazwan Johar β Penyelaras PKM DUN Sungai Ramal
β€οΈ Tuan Ramadhan Lotphi, Ahli Majlis Zon 18
β€οΈ Puan Yuliana Karman, Penyelia Pusat Wanita Berdaya DUN Sungai Ramal / Penyelaras program - program KIJI
π Serta sokongan daripada Nur Bukit Unggul, Surau Al Hidayah, IPD Sepang, Balai Polis Dengkil, Warung Kak Ani & Ketua Kampung Jenderam Hilir, serta Binalia Printing & Trading Dan New & Neo Copy Centre.
πΈ Throwback ini bukan sekadar kenangan
ia pembakar semangat untuk teruskan aktiviti luar yang sihat, mendidik & membina komuniti.
π² Jangan lepaskan program kami yang akan datang, untuk sebarang pertanyaan Whatsapp 012-337 5166 (Puan Liana)
Kerana satu pagi mampu memberi seribu inspirasi.
14/06/2025
πΏ Walk The Talk: Minda Sihat 2.0 β Sepagi Camp & Craft di Bukit Unggul! πΏ
Peluang istimewa untuk anda yang berumur 15 tahun ke atas dan gemarkan aktiviti outdoor, cabaran, kraf serta pengisian minda yang bermanfaat! Jom luangkan masa untuk kesihatan mental dan kesejahteraan diri bersama rakan-rakan baharu dalam suasana alam semula jadi yang mendamaikan.
β¨ Anjuran: Kelab Inspirasi Jaringan Insan (KIJI)
π€ Dengan kerjasama:
* Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Sungai Ramal
* Ahli Majlis MPKj Zon 18
* Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Ramal
π
Tarikh: Ahad, 29 Jun 2025
π Masa: 6.30 pagi β 1.00 tengah hari
π Lokasi: Bukit Unggul, Selangor
π― Aktiviti Menarik:
β
Pendakian santai
β
Camp craft & asas survival
β
Aktiviti berkumpulan & permainan minda
β
Perkongsian ilmu Minda Sihat
β
Mini challenge & hadiah menarik!
π° Yuran penuh program ini ialah RM70,
namun anda hanya perlu bayar RM30 sahaja β bakinya telah ditaja demi sokongan kepada program Minda Sihat yang menyasarkan kesejahteraan mental dan emosi peserta pelbagai peringkat usia.
π Langkah Penyertaan:
Buat bayaran sebanyak RM30 ke akaun berikut:
πΉ Nama Akaun: Kelab Inspirasi Jaringan Insan
πΉ No. Akaun: 106710022861
πΉ Bank: Affin Bank Berhad
Lengkapkan borang penyertaan & muat naik bukti bayaran
π² Imbas QR code dalam poster atau klik pautan pendaftaran https://forms.gle/E33ouzHvKxxt29KJA
π Sebarang pertanyaan:
WhatsApp 012-337 5166 (Puan Liana)
π Facebook: Kelab Inspirasi Jaringan Insan (KIJI)
ποΈ Tempat terhad! Siapa cepat, dia dapat!
Jom kita keluar seketika dari kesibukan rutin, dan recharge diri dengan pengalaman yang menyeronokkan serta menyihatkan minda π
26/05/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Sungai Tangkas
Kajang
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |