31/08/2022
31/08/2022
Range sudah tutup. Sekarang kami bergerak ke tempat anda untuk Fun Shoot, Hari Keluarga, Acara Or
- Menerima tempahan untuk hari Cuti, Sabtu
dan Ahad sahaja
- Min 20 orang peserta
- Kelengkapan memanah kami sediakan
- Anda sediakan tempat sahaja
- Harga bermula dari RM20 seorang
31/08/2022
31/08/2022
Kami datang ni
Mohon doakan yang baik-baik
Kepada rakan-rakan pemanah, rakanniaga dan pelanggan yang kami hormati,
setakat ini sahaja khidmat Sabiqa Archery Range atas sebab-sebab keselamatan dan pandermik covid19 yang belum berkesudahan.
Terima kasih atas sokongan dan doa selama kami bertapak 5 tahun di sini. Teruskan memanah.
Kami mengambil keputusan untuk tutup sepanjang pkp ini bagi mengurangkan risiko jangkitan covid 19. Harap maklum.
06/04/2021
Ramadan tahun ni kita beroperasi...
Jika anda ingin memanah dalam bulan Ramadan di Sabiqa tertakluk pada terma berikut:
1. Membuat temujanji sehari sebelum dengan deposit pembayaran online. Deposit pembayaran hanya dipulangkan separuh jika pembatalan temujanji. Boleh hubungi Zam 012-6166158 untuk temujanji.
2. Waktu temujanji dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang sahaja.
3. Patuhi segala SOP menghadapi wabak covid19.
4. Walk in tidak diterima.
Selamat berpuasa semua pemanah...
14/03/2021
Ni kalau dalam movie di panggil latihan apokalips. Tapi kalau dalam Sabiqa di panggil latihan biashe-biashe.
Business as usual. Follow SOP.
Ramai ahli tak dapat berlatih disebabkan pandermik. Oleh itu tanda prihatin kami, semua ahli Sabiqa tak perlu memperbaharui kad keahlian sehingga 1 Januari 2022. Hanya perlu tunjukkan kad sahaja. Terima kasih sokongan anda.
Kami tak sabar nak beroperasi
Anda pun tak sabar nak memanah
Ulang status SOP sekali lagi:
Berikut adalah langkah-langkah yang akan kami ambil
1. Maksimum hanya 10 orang sahaja (termasuk pekerja) dibenarkan berada di dalam range.
2. Semua yang datang perlu terlebih dahulu mendaftar nama dan no telepon di buku log yang disediakan.
3. Maksimum 6 orang pemanah sahaja boleh memanah serentak. Seorang untuk 1 lorong.
4. Sanitasi tangan sebaik sahaja memasuki range. Sanitasi tangan disediakan.
5. Penjarakan sosial setiap masa di range. Tiada sentuhan dibenarkan.
6. Pemanah digalakkan memakai topeng muka.
7. Pemanah boleh menempah lorong memanah dengan deposit RM20 seorang (tidak dipulangkan andainya dibatalkan).
8. Sila klik
http://wasap.my/60126166158/TanyaSabiqa
untuk tempahan atau untuk pertanyaan kekosongan range sebelum walk in.
9. Sabiqa akan mengutamakan pemanah yang telah menempah terlebih awal.
10. Semua peralatan memanah akan disanitasi selepas digunakan.