04/08/2026
π’ BULETIN AKADEMI WEMBLEY KAJANG UTAMA
β½ Perjumpaan Ibu Bapa Akademi Wembley Kajang Utama 2026
ποΈ Tarikh:18 Julai 2026
π Masa: 9.15 malam
π Tempat:Surau Al-Muhajirin, Kajang Utama
Alhamdulillah, sesi Perjumpaan Ibu Bapa Akademi Wembley Kajang Utama telah berlangsung dengan jayanya hasil kehadiran dan sokongan padu daripada para ibu bapa serta penjaga.
Sepanjang sesi tersebut, pihak akademi telah membentangkan hala tuju pembangunan Akademi Wembley bagi tempoh tiga (3) tahun akan datang dengan memberi fokus kepada tiga perkara utama:
β
Pembangunan pelatih secara lebih sistematik melalui program latihan yang tersusun dan berterusan.
β
Menyediakan laluan pembangunan bola sepak yang lebih kompetitif bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelatih untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.
β
Memperkukuhkan kerjasama antara akademi dan ibu bapa serta rakan strategik yang lain seperti Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur , Universiti Kebangsaan Malaysia dan TASAJA FC dalam membentuk sahsiah serta prestasi pelatih.
Pihak Akademi Wembley merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga atas kepercayaan, komitmen serta sokongan berterusan dalam merealisasikan visi pembangunan akademi.
Bersama kita membina masa depan pelatih, melahirkan pemain yang berkualiti, berdisiplin dan berakhlak mulia.