28/06/2024
Team SASAr SAMBBST bermula adalah dari tahun 2011.
Zaman kemuncak kegemilangan dan Zaman Emas Team SASAr adalah dari tahun 2016 hingga 2020.
Pernah membekalkan atlet Selangor teramai ke MSSM iaitu 5 orang pada tahun 2020.
Pernah menjadi tonggak utama kontinjen Selangor dalam MESMA sebagai THE INVINCIBLE TEAM atau THE PERFECT TEAM kerana menyapu bersih semua 12 EMAS dalam kategori lelaki dan perempuan yang dipertandingkan.
Pernah memiliki 30 - 40 atlet SAM Bandar Baru Salak Tinggi yang aktif dan komited meneruskan latihan setiap petang.
Namun, pandemik Covid 19, merentap semua zaman kegemilangan, zaman keemasan dan legasi yang ada.
Tetapi, walau diulit kesibukan kerja dan tugasan lain, kami tidak pernah menyerah, tidak pernah berundur, tidak kenal erti penat lelah, kita bina semula legasi baharu.
Alhamdulillah, 4 tahun selepas pandemik, kita memiliki hampir 30 atlet aktif. Syukur kepada nikmatMu ya Allah. Terima kasih banyak kepada coach Chekgu Janggut dan CJ Archeryfamily atas bantuan melatih dan memberi pendedahan kepada atlet atlet baharu Team SASAr.
Ayuh, kita teruskan perjuangan. Bina semua legasi kita. πͺ
____________________________________________
Kejohanan Memanah MSSD Sepang telah melabuhkan tirainya.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet senior dan junior yang telah menyertai MSSD dengan disiplin yang tinggi dan kawalan emosi yang mantap.
Keputusan penuh :
BAWAH 15 TAHUN LELAKI :
1. Sahil Amin - Johan
2. Harraz - Ke5
3. Isyraf Muqri - Ke7
4. Muhd Ilhan Zafran - Ke9
5. Muhd Elman Nadim - Ke10
6. Mohd Amsyar - Ke11
7. Muhd Aqlan - Ke15
8. Muhd Aiman Syakirin - Ke18
BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN :
1. Najwa Sakinah - Johan
2. Ilmi Izzah - Ke3
3. Nur Ainul Mardhiyah - Ke8
4. Nur Iwani Hazirah - Ke12
5. Nur Dahlia Batrisyia - Ke14
6. Anis Sarah - Ke17
7. Aleeya Nur Dini - Ke18
8. Diya Sofea - Ke19
9. Alya Natasha - Ke20
10. Amni Nadhirah - Ke25
11. Auni Faten - Ke27
BAWAH 18 TAHUN LELAKI :
1. Wan Adam - Naib Johan
2. Muhd Danish Hakim - Ke3
BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN :
1. Arissa Damia - Ke3
2. Rizqa Rayyana - Ke4