05/07/2016
Assalamualaikum
Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!
Kami daripada kumpulan Anwar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali kami dan secara umumnya kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Jadikan tarbiyah Ramadan sebagai pemangkin amalan-amalan ibadah kita kepada Allah di bulan-bulan lain.Jaga keselamatan kepada mereka yang pulang ke kampung.Dan jaga pemakanan sewaktu menyambut bulan Syawal al-Mubarak.
Sekian,ikhlas daripada kami
Anwar Production Team
Afficionado Nation Resources
26/03/2016
Naja Nafhan,salah seorang daripada ahli Anwar Production,bersama sifu-sifu daripada kumpulan dan melakukan persembahan bersempena program televisyen,Raudhah TV9.
Semoga terus maju dan berjaya buat Naja.
07/03/2016
Assalamualaikum dan salam maghrib😊
Anwar bawakan kepada anda kali ini:
Ahmad Bakhtiar Mustaqeem b Kamal Baharin
Teluk Intan,Perak
Beliau memiliki perwatakkan yang pendiam dan pemalu.Perlu dihampiri untuk mengenali beliau.
Walaupun begitu,beliau memiliki komitmen kerja yang tinggi terutama terhadap Anwar.
Bakhtiar berkemahiran bermain alat perkusi seperti Conga,Cajon,Djembe dan sebagainya.
Beliau juga mempunyai suara yang unik,berpotensi mengharmonikan nyanyian.
Tidak dilupakan,meniup seruling merupakan hobi dan kemahiran utama saudara Bakhtiar.
Ayuh sama-sama kita bantu bakhtiar mengawal rasa malunya,agar dapat beliau gilap kesemua kemahiran beliau dengan lebih efektif.
Sekian,Terima Kasih
Anwar
Enlighten The Ummah
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus melalui khidmat pesanan ringkas ke page ini atau hubungi talian tertera:
Encik Hisyam-0134923562
Jangan lupa follow kami di Instagram untuk perkembangan semasa kumpulan Anwar.
05/03/2016
Anwar kini di instagram.
Follow kami untuk mengikuti perkembangan semasa Anwar :D
05/03/2016
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Semoga hari-hari anda dilimpahi rahmat kasih Allah SWT.
Maaf atas pengenalan yang tergendala😊
Anwar bawakan kepada anda:
Muhammad Naja Nafhan bin Azman
Batu Pahat,Johor
Seorang pemain gambus yang pernah muncul di kaca televisyen mempromosikan Festival Gambus di Malaysia.
Beliau juga merupakan seorang penyanyi dan seorang qari.
Suara beliau yang lunak mampu menangkap hati-hati yang mendengarnya.
Memiliki semangat juga komitmen yang tinggi.Sentiasa menyambut baik sahabat-sahabatnya.
Bersama Anwar untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut.
Sekian terima kasih. :D
Sebarang pertanyaan,anda boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas terus ke page kami,atau hubungi pengurus kami di talian berikut:
Encik Hisyam:013 492 3562
12/01/2016
Assalamualaikum dan Selamat Petang!
Kami perkenalkan kepada anda:
Mohammad Amir Aizat bin Abdol Roes
Ipoh,Perak
Merupakan seorang pemain perkusi dalam kumpulan Anwar.
Menerima pelajaran daripada Sifu Hafiedz Udu kumpulan JAWI.
Juga berkebolehan membuat 'beatbox'.
Beliau seorang yang pendiam namun cepat mempelajari sesuatu.
Bersama kami mencungkil bakat terpendam Amir Aizat.
Sebarang urusan atau pertanyaan boleh hubungi kami melalui khidmat pesanan ringkas terus melalui page kami,atau hubungi pengurus kami di talian tertera:
Hisyam Yunus- 013 4923562
31/12/2015
2015
Tahun permulaan bagi kami untuk mengorak langkah dalam bidang seni muzik dengan lebih serius bermatlamatkan dengan tujuan yang lebih jelas dan terperinci.
2016
Hasrat kami untuk lebih maju kehadapan.
Menjalinkan lebih banyak rangkaian hubungan dengan pihak-pihak lain yang lebih professional agar dapat kami beroleh ilmu yang bermanfaat.Harapan kami juga untuk menghasilkan single/album pertama kami pada tahun ini.Doakan agar kami mampu menggalas harapan kami dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Selamat Tahun Baru 2016
Anwar
Enlighten The Ummah
30/12/2015
Assalamualaikum semua!
Memperkenalkan kepada anda:
Khairul Adlan bin Idrus
Pendang,Kedah
Adlan merupakan salah seorang daripada alumni kumpulan Khairan,SBPI Kubang Pasu.
Mempunyai suara yang lunak dan merdu dan memiliki kesantunan yang tinggi.
Menjadi aset penting kumpulan Anwar kerana beliau juga memiliki kemahiran menulis lirik dan menggubah lagu.
Bersama kita cungkil bakat terpendam
Adlan ke peringkat yang lebih tinggi.
Kami menawarkan perkhidmatan persembahan yang murah dan berpatutan di majlis-majlis anda.
Sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui pesanan ringkas ke page ini atau hubungi pengurus kami.
Bro.Hisyam:013 492 3562
Anwar
Enlighten The Ummah