Muaythai Negeri Perlis

Muaythai Negeri Perlis

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muaythai Negeri Perlis, Sports, Kangar.

Photos from Interclub 's post 17/08/2026
21/12/2025

Amateur Muay Series (AMS)
Muay Terbuka & Pra Sukma 2025/2026

Terbuka kepada semua Nak Muay Utara, Kedah,Penang dan anak jati Perlis, kelab-kelab Muay Thai Utara serta seluruh kelab di negeri Perlis.

Ayuh datang beramai-ramai memberi sokongan dan menyaksikan kebangkitan pejuang tempatan dalam melangkah ke pentas yang lebih tinggi.

Inilah medan membina juara. Inilah laluan menuju kejayaan.

01/10/2025

https://www.facebook.com/share/p/19ap7JUkKF/

Cabaran Muaythai Amatur U12
Tempat : Saiprawat Muaythai Camp/Msn Perlis
Kerjasama : Persatuan Muay Perlis
Tarikh : 18 Oktober 2025
Masa : 8.00 pagi
Undercard

Nama :
Berat :
Tinggi :
Sekolah :
Kelab :
No.Telefon :
Gambar :
Rekod : Perlawanan/Menang/Kalah

Wasap.my/01111964945/cabaranmuaythai
Wasap.my/01111964945/cabaranmuaythai
Wasap.my/01111964945/cabaranmuaythai

17/03/2025

BERITA
16 Mac - Muhammad Umar B. Ramli menamatkan cabaran dengan memperoleh pingat perak selepas ditewaskan oleh peninju Muay Thai dari UK, Daniel Ferris.

Sebagai pendatang baharu, Umar telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan.

Walaupun berhadapan dengan lawan yang lebih berpengalaman, Umar berjaya memberikan tentangan sengit dan mempamerkan teknik serangan yang mantap. Aksi bertenaga serta strategi serangannya berjaya menarik perhatian para penonton dan pengadil kejohanan. - editor mnp

15/03/2025

Berita Terkini

15 MAC - Muhammad Umar bin Mohd Ramli telah melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Muaythai Dunia di Bangkok selepas menewaskan pesaing dari Uzbekistan, Saidhamedov Abbos, melalui kiraan mata. Kemenangan ini meningkatkan keyakinan dan semangat beliau untuk menghadapi perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung nanti.

Setakat ini, identiti pencabar Umar dalam perlawanan akhir belum diumumkan secara rasmi. Beliau kini meneruskan latihan intensif sebagai persiapan menghadapi perlawanan penting tersebut di gym gabungan , Bangkok Thailand

Kejayaan Umar ini menambah lagi pencapaian cemerlang atlet Muaythai Malaysia di peringkat antarabangsa. -Editor mnp

15/03/2025

Berita

12 MAC - Dani Raiyan, seorang peninju Muaythai yang masih baru dengan rekod tanpa kalah dalam kejohanan tempatan, berjaya meraih pingat gangsa selepas menamatkan cabaran bertemu peninju dari Uzbekistan, Yaxshiev Davron . Walaupun tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir, pencapaian Dani sebagai pendatang baharu dalam arena Muaythai antarabangsa tetap membanggakan dan menunjukkan potensi besar untuk masa depan.

Pencapaian atlet Muaythai Malaysia ini membuktikan dedikasi dan usaha gigih mereka dalam mengharumkan nama negara di persada dunia. - editor mnp


15/03/2025

Berita

11 MAC -Muhammad Umar B. Mohd Ramli, anak jati Perlis, telah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Muaythai Dunia di Bangkok selepas menewaskan peninju Harutyun Hobosyan dari Armenia 🇦🇲. Kejayaan ini adalah hasil daripada latihan intensif yang dijalani di Saiprawat Muaythai Gym, Utan Aji, Perlis, di bawah pemantauan Persatuan Muay Perlis sejak Januari 2025.

Latihan pusat yang dijalankan telah mempersiapkan Umar dengan strategi dan teknik yang mantap, membolehkannya mengatasi cabaran di peringkat antarabangsa. Dengan sokongan padu daripada rakyat Malaysia, Umar kini bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung nanti.

Seluruh negara menantikan aksi cemerlang Umar dan mendoakan kejayaannya dalam usaha membawa pulang pingat emas yang diidamkan.- editor mnp

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kangar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kangar
01000