Perlis Handball

Perlis Handball

Share

Perlis Handball Club

Photos from Perlis Handball's post 10/07/2026

Sekalung Penghargaan

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Bola Baling MSS Perlis Bawah 18 Tahun 2026 yang telah dikelolakan dengan jayanya oleh SMK Dato’ Sheikh Ahmad.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Team Pembangunan serta barisan kepengadilan yang telah bertungkus lumus selama hampir dua minggu dalam memastikan setiap aspek kejohanan berjalan dengan lancar, teratur dan penuh profesionalisme.

Komitmen, kerjasama, pengorbanan masa serta dedikasi yang telah dicurahkan amatlah dihargai dan menjadi tunjang kejayaan penganjuran kejohanan pada tahun ini.

Semoga segala usaha dan bakti yang diberikan mendapat ganjaran yang terbaik serta menjadi inspirasi untuk terus memartabatkan sukan bola baling di negeri Perlis.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat

Photos from Perlis Handball's post 03/07/2026

KEJOHANAN BOLA BALING MSSPs BAWAH 12 ( RENDAH )TAHUN 2026.
==================================
🤾🏼‍♂️ Tahniah kepada semua pasukan tang berjuang & bertanding pada edisi kejohanan kali ini

🤾🏼‍♂️ Tahniah juga kepada pihak SK IPGM selaku pengelola bagi Kejohanan tahun 2026

🤾🏼‍♂️ Terima kasih kepada Team Pembangunan & Kepengadilan Sukan Bola Baling negeri Perlis bertungkus lumus memastikan kejohanan berjalan dengan lancar





Photos from Perlis Handball's post 26/06/2026

Persiapan sempena Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Perlis ( MSSPs ) bawah 12 tahun
Tarikh : 29 Jun - 3 Julai
Tempt : Padang Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Perlis.

26/06/2026

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Perlis ( MSSPs ) bawah 12 tahun
Tarikh : 29 Jun - 3 Julai
Tempt : Padang Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Perlis.

Photos from Perlis Handball's post 05/05/2026

Alhamdulillah…..
Tahniah buat team U21 L Perlis Handball Di Kejohanan Bola Baling S*k Handball Open 2026 telah berjaya mendapat tempat Ke-3 🥉setelah berhempas pulas sepanjang sesi latihan & Kejohanan.
Sesungguhnya kejayaan tidak datang dengan begitu Mudah dengan banyak kekangan & kekurangan dalam membentuk sebuah pasukan yang berjaya sehingga mencapai kejayaan yang sedemikian….
Terima kasih kepada semua pegawai & pemain yang berjaya memberikan komitmen untuk Kejohanan kali ini…. Ini adalah satu Permulaan yang baik untuk pasukan Perlis Handball untuk terus mengorak langkah kehadapan 👏🏻💪🏻

Photos from Perlis Handball's post 30/09/2024

Pasukan L12🤾🏆

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang sangat baik.
Penghargaan juga buat Cikgu Nafez, Cikgu Esmariza dan Cikgu Fakrul kerana telah memberikan ilmu, bimbangan dan sumbangan yang sangat baik untuk Team L12 💪👍

Photos from Perlis Handball's post 30/09/2024

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM 2024 🤾🏆

Semua pemain dan pegawai berkumpul di Dataran Lestari JPN Perlis untuk upacara ‘flag off’ dari Pengarah Pendidikan Negeri Perlis

Photos from Perlis Handball's post 30/09/2024

Campak belakang kenangan persediaan sebelum ke Perlawanan Bola Baling MSSM 2024

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kangar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Perlis Handball
Kangar
01000