Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis

Call Directions Website

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis, Jalan Hospital, Kangar.

PRA-PELUNCURAN HSN 2026 PERLIS: PERLIS MAJU, RAKYAT SIHAT, MADANI DI HATI! ❀️⚑️Suasana meriah dan penuh semangat kesukan...
26/09/2026

PRA-PELUNCURAN HSN 2026 PERLIS: PERLIS MAJU, RAKYAT SIHAT, MADANI DI HATI! ❀️⚑️

Suasana meriah dan penuh semangat kesukanan telah mewarnai Dewan Warisan, Kangar hari ini sempena Pra-Peluncuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2026! πŸ’›πŸ’™βœ¨

Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, sempena Program MADANI Kita Peringkat Negeri Perlis.

Kehadiran YB Dato’ Seri bukan sahaja menyemarakkan lagi program, malah menjadi simbolik kepada komitmen Kerajaan dalam memartabatkan gaya hidup sihat dan menyatupadukan rakyat melalui sukan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Dalam gimik peluncuran tersebut, YB Dato’ Seri turut mengimbas kembali tarikh penting HSN Perlis:
πŸ—“ 9 - 11 OKTOBER 2026
πŸ“ PERKARANGAN KANGAR JAYA MALL

Terima kasih kepada semua warga Perlis yang hadir memberikan sokongan padu! Ayuh, kita kekalkan momentum ini dan sama-sama kita nantikan HSN 2026.

Perlis, jom 'fit'! πŸ’ͺ

Jabatan Penerangan Negeri Perlis Jabatan Penerangan Malaysia
Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

26/09/2026
25/09/2026

JUMAAT 9/10/2026 9.00 MALAM BERTEMPAT DI PERKARANGAN C-MART KANGAR JAYA MALL

 πŸ“’ MAKLUMAN PENGAMBILAN BAJU LARIAN πŸ‘•πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈLARIAN MALAYSIA AKTIF @ PROGRAM MADANI KITAPerhatian kepada semua peserta y...
25/09/2026



πŸ“’ MAKLUMAN PENGAMBILAN BAJU LARIAN πŸ‘•πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

LARIAN MALAYSIA AKTIF @ PROGRAM MADANI KITA

Perhatian kepada semua peserta yang telah membuat tempahan/pembelian baju larian. Pengambilan baju akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 25 September 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Tempat: Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis

πŸͺͺ PENTING UNTUK PESERTA

Semasa pengambilan baju, peserta diminta untuk membawa dokumen pengenalan diri bagi tujuan semakan dan pengesahan.

βœ… Kad Pengenalan asal; ATAU
βœ… Salinan Kad Pengenalan; ATAU
βœ… Kad Pengenalan Digital

Mohon semua peserta mengambil perhatian terhadap tarikh, masa dan lokasi pengambilan yang telah ditetapkan bagi memastikan proses penyerahan baju berjalan dengan lancar.

Jumpa anda di Larian Malaysia Aktif @ Program MADANI Kita! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

JOM LARI β€’ JOM AKTIF β€’ JOM PERLIS!



CABARAN SUKAN REKREASI NEGERI PERLIS 2026: KETERI CLIMBKETERI, 20 September 2026 – Seramai 30 peserta menyertai Cabaran ...
22/09/2026

CABARAN SUKAN REKREASI NEGERI PERLIS 2026: KETERI CLIMB

KETERI, 20 September 2026 – Seramai 30 peserta menyertai Cabaran Sukan Rekreasi Negeri Perlis 2026: Keteri Climb anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Perlis Climbers.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan mendidik para peserta mengenai kaedah menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi secara selamat, teratur dan bertanggungjawab, khususnya dalam aktiviti memanjat.

Turut hadir berkongsi ilmu dan pengalaman bersama peserta ialah Presiden Perlis Climbers, Encik Zainol Bin Din, dan Pengerusi Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Perlis, Encik Mohd Aizat bin Zahid.

Perkongsian meliputi aspek persediaan, pengurusan risiko, penggunaan peralatan serta amalan keselamatan bagi memastikan aktiviti rekreasi dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.

Program ini turut menjadi platform untuk menggalakkan masyarakat, khususnya golongan belia, melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi serta membudayakan gaya hidup aktif dan sihat.



πŸ“’ MAKLUMAN PENTING: LARIAN MALAYSIA AKTIF @ PROGRAM MADANI KITA πŸƒβ€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡ΎπŸƒβ€β™€οΈTEMPAT: DEWAN WARISAN, KANGAR.MASA: 7.30 PAGIP...
22/09/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING: LARIAN MALAYSIA AKTIF @ PROGRAM MADANI KITA πŸƒβ€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡ΎπŸƒβ€β™€οΈ

TEMPAT: DEWAN WARISAN, KANGAR.
MASA: 7.30 PAGI

Perhatian kepada semua peserta! Berikut merupakan beberapa maklumat penting berkaitan larian untuk rujukan dan persediaan anda sebelum hari program.

πŸ… MEDAL FINISHER
Hanya 600 peserta terawal yang berjaya menamatkan larian akan menerima Medal Finisher.

⚠️ PERINGATAN PENTING
Peserta WAJIB mendapatkan tanda di setiap Check Point (CP1 & CP2) sepanjang laluan. Sekiranya tanda Check Point tidak lengkap, medal tidak akan diberikan.

πŸŒπŸ’§ SNACK PACK
Snack pack akan diberikan kepada peserta selepas menamatkan larian.

πŸ—ΊοΈ LALUAN LARIAN – 5.1 KM
Larian akan bermula dan tamat di Dewan Warisan, Kangar. Peserta diminta meneliti peta laluan yang disediakan serta mematuhi arahan petugas dan kawalan keselamatan sepanjang larian.

⏰ ATUR CARA PROGRAM
7.00 pagi – Ketibaan peserta
7.30 pagi – Ketibaan VIP dan jemputan
7.45 pagi – Sesi regangan
8.00 pagi – Flag Off 🏁
10.00 pagi – Tamat dan bersurai

πŸ“Œ Peserta digalakkan hadir lebih awal bagi memastikan kelancaran pergerakan sebelum sesi regangan dan flag off.

Sila rujuk ketiga-tiga poster yang disertakan untuk maklumat lengkap berkaitan syarat medal, peta laluan, Check Point, Water Station dan atur cara program.

Jumpa anda nanti! πŸ”₯πŸ’ͺ

JOM LARI! JOM AKTIF! JOM PERLIS!
πŸ‡²πŸ‡Ύ PERLIS AKTIF, PERLIS SIHAT!



πŸ“’ MAKLUMAN PENGAMBILAN BAJU LARIAN πŸ‘•πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈLARIAN MALAYSIA AKTIF @ PROGRAM MADANI KITAPerhatian kepada semua peserta ya...
22/09/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENGAMBILAN BAJU LARIAN πŸ‘•πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

LARIAN MALAYSIA AKTIF @ PROGRAM MADANI KITA

Perhatian kepada semua peserta yang telah membuat tempahan/pembelian baju larian. Pengambilan baju akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 25 September 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Tempat: Kafe Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis

πŸͺͺ PENTING UNTUK PESERTA

Semasa pengambilan baju, peserta diminta untuk membawa dokumen pengenalan diri bagi tujuan semakan dan pengesahan.

βœ… Kad Pengenalan asal; ATAU
βœ… Salinan Kad Pengenalan; ATAU
βœ… Kad Pengenalan Digital

Mohon semua peserta mengambil perhatian terhadap tarikh, masa dan lokasi pengambilan yang telah ditetapkan bagi memastikan proses penyerahan baju berjalan dengan lancar.

Jumpa anda di Larian Malaysia Aktif @ Program MADANI Kita! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

JOM LARI β€’ JOM AKTIF β€’ JOM PERLIS!



20/09/2026

✨RANGKUMAN PROGRAM KEMBARA INSPIRASI BELIA AKAR UMBI (KIBAR) PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 πŸŽ₯

Sekitar program yang telah berlangsung pada 19 September 2026 bertempat di Kg. Behor Gandil dan Dewan 2020 Kangar.

Program ini bertujuan menyediakan platform dialog dua hala antara belia akar umbi dengan pihak Kerajaan bagi mengumpul aspirasi belia.

Antara pengisian utama KIBAR Peringkat Negeri Perlis 2026 ialah sesi Townhall bersama Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan bergandingan bersama Saudari Syahirunnisa Ramli, Presiden Majlis Belia Negeri Perlis sebagai panel. Selain itu, Sesi Perkongsian Belia Berpersatuan yang dikendalikan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) diadakan bagi memberi penerangan mengenai tatacara penubuhan pertubuhan belia serta kepentingan pengurusan persatuan yang berkesan. Sesi perkongsian dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) berkaitan Pendidikan Demokrasi juga diadakan.

Program ini turut dimeriahkan dengan Pameran Agensi, Debat Santai, Food Truck, Sukan Rakyat, Aktiviti Gotong Royong, Penukaran Minyak Enjin Motosikal dan Jejak Prihatin yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung dan juga penduduk Kg Behor Gandil.

✨ Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program KIBAR Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026




# KIBARPerlis2026

Address

Jalan Hospital
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30
Saturday 10:00 - 18:00

Telephone

04-9793505

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share