29/08/2026
🫶Setinggi-tinggi Penghargaan Daripada Rumah Kopi Kemasik & KMN Runners
Kepada Semua Runners Turtle Funrun Merdeka Edition 2026.
Pihak Crew RKK & KMN Runners ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan atas penyertaan, sokongan, serta komitmen padu yang telah diberikan oleh seluruh peserta sepanjang penganjuran Turtle Funrun Merdeka Edition 2026.
Kehadiran dan semangat luar biasa yang dipamerkan oleh setiap runner dari garis permulaan hingga ke garisan penamat, telah memeriahkan lagi sambutan Merdeka pada tahun ini.
Sikap amat supportive dan sporting yang ditunjukkan sepanjang program amat kami hargai dan menjadi pendorong utama kejayaan acara ini.🫰
Segala sorakan, senyuman, dan semangat kesukanan yang dibawa bukan sahaja menceriakan suasana, malah menyatu-padukan kita dalam meraikan kebebasan dan gaya hidup sihat.🤩
Pihak kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program ini. 🙏
Segala maklum balas amat kami alu-alukan demi penambahbaikan pada masa akan datang.
Semoga berjumpa lagi dalam program dan larian yang akan datang!🥳
Sekian, terima kasih.
Admin Turtle Funrun 2026