11/05/2026
Pemilihan Pemain Pasukan Ragbi Bawah 18 Tahun MSS Terengganu 2026 di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Tahniah kepada 5 orang pemain pasukan Vokem Hornbill yang terpilih untuk berada dalam senarai 30 orang pemain. Walaubagaimanapun hanya 25 orang sahaja akan dipilih untuk ke Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSSM di Perak pada bulan 3-12 Jun 2026.
Semoga ada rezeki ke Perak.
19/04/2026
Bukan keputusan terbaik, tapi kali ni kami belajar sesuatu yang lebih besar — pengalaman. Dari sini kami akan bangkit, reset, dan kembali lebih kuat. We’ll come back stronger after this.
15/04/2026
Mulakan setiap langkah dengan Bismillah, semoga Vokem Hornbill terus melakar kejayaan yang gemilang dan mengharumkan nama KV Kemaman di Arau, Perlis. 💪🏉
13/04/2026
Alhamdulillah...
Memperkenalkan rakan kerjasama untuk Pasukan Ragbi Elit KV Kemaman Tahun 2026. Terima kasih kerana ingin bersama-sama kami.
17/11/2025
Tahniah Hafiz Imran Bin Mohd Faisal 2 SVM MTA mewakili KV Malaysia di Kejohanan Ragbi SCC 7s International 2025 Singapore. Pencapaian naib johan Cup
25/10/2025
Alhamdulillah selesai satu bab untuk pasukan pembangunan u16 vokem hornbill di Kejohanan Ragbi Tok Dor Championship (Torch) 3.0 2025 di SMK Tok Dor. Satu pengalaman yang berguna untuk pelajar SVM Tahun 1 Semester 2.
Keputusan keseluruhan
Group D
SMK Renek(Semekar) 0 vs KV Kemaman(Vokem) 26
Vokem 0 vs SBPI Gombak(Intergomb) 17
Vokem 12 vs SMK Tok Dor (TokDor) 5
Separuh Akhir Cup
SMK Belara (ART) 45 vs Vokem 7
Tempat 3/4 Cup
Vokem 14 vs SM Sains Setiu (SAIS) 10
Vokem Hornbill di tempat ke-3 keseluruhan
19/10/2025
Sebelum ke Batu Pahat untuk last series, kita bawak team u16 layan game di Torch 2025 anjuran SMK Tok Dor. Target pasukan adalah untuk memperkenalkan mereka dengan perlawanan ragbi. Semoga semua urusan dipermudah.
21/09/2025
Simple but love
First Time Ever
Semoga semua urusan dipermudah
27/07/2025
Bermula dengan keputusan yang cemerlang pada hari pertama Kerian 7s Piala Pengarah KV Kerian Premier Division. Namun akhirnya terciduk di peringkat Separuh Akhir Cup kepada Sang Juara Baru KV Arau North Lion. Penentuan tempat ke 3/4 Cup jugak masih badi setelah tewas kepada KV Port Dickson Night.
Rezeki kami setakat ini. Kita balik fikir buat lain. Terima kasih kepada yang membantu dan menyumbang kepada pembangunan ragbi KV Kemaman Hornbill. Next siri menjadi cabaran besar kerana kami akan menjadi tuan rumah siri ke-5. Selamat datang ke Kemaman, Terengganu.
18/05/2025
Alhamdulillah Back to back Champion Ragbi Sukan Kolej Vokasional (SuKoV) Zon Terengganu kali ke-2 2025. Usaha tidak pernah menghianati hasil. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Muhamad Firdaus Ismail dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.