23/07/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SUKAN KPKM INC. PULAU PINANG BIL. 2/2026
23 Julai 2026 (Khamis) – Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan KPKM Pulau Pinang Bil. 2/2026 bertempat di Pejabat FAMA Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat ini telah menghimpunkan wakil daripada 10 jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Negeri Pulau Pinang. Kehadiran semua wakil mencerminkan komitmen padu dalam menjayakan penganjuran sukan KPKM Inc. di peringkat negeri.
Mesyuarat kali kedua ini memberi tumpuan kepada perbincangan terperinci berkaitan jenis acara sukan yang akan dipertandingkan serta pelaksanaan cabutan undi bagi menentukan tuan rumah untuk setiap acara. Perancangan ini merupakan langkah penting dalam memastikan kelancaran penganjuran serta penyelarasan tugas antara jabatan dan agensi yang terlibat.
Sebanyak 14 acara sukan yang akan dipertandingkan antaranya :
* Futsal
* Bola Jaring
* Bola Tampar (Lelaki)
* Dart
* Tarik Tali
* Sepak Takraw
* Dam Aji
* Catur
* Congkak
* Batu Seremban
* Karom
* Ping Pong
* Bowling
* E-Sport FIFA
Penganjuran sukan ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga KPKM, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, semangat berpasukan serta kerjasama strategik antara jabatan dan agensi.
Diharapkan melalui perancangan rapi yang telah dibincangkan, Sukan KPKM Inc. Pulau Pinang akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, meriah dan memberi impak positif kepada semua peserta yang terlibat.
09/12/2024
13/10/2024