13/09/2023
MCPS Majors musim keenam semakin dekat! Min reveal lineup untuk musim baharu sikit guys.
Musim ini, kelima-lima pemain dikekalkan bagi mengharungi peringkat liga yang akan berlangsung pada 16-24 September bagi merebut satu slot ke FFWS!
Semoga Farang dapat kembali ke pentas dunia buat kali kedua.
12/05/2023
Pentas yang meriah untuk FFSI 2023!!! Berikan sokongan untuk Farang, Farang fight to win. π²πΎ
12/05/2023
Pentas yang meriah untuk FFSI 2023. Jom sokong Farang wakil Malaysia. π²πΎ
12/05/2023
Hari ini akan bermulanya hari pertama liga Free Fire SEA Invitational (FFSI), yang boleh dikategorikan sebagai peringkat dunia dengan kehadiran pasukan dari MEA dan EU.
Sekali lagi Farang ke pentas antarabangsa, kali ini kami ingin terbang lebih tinggi untuk Malaysia tercinta. Teruskan berdoa dan menyokong, Farang lawan untuk menang!
ποΈ Farang diundi dalam Group A, maka Farang akan bermain pada hari Jumaat dan Ahad minggu ini (12 & 14/5) dan minggu hadapan (19 & 21/5).
06/05/2023
FULL SQUAD, 0.5 LUUUUU!
Kali ni semua pemain Farang, Spade Jembal Faizz Aliff Jezbuu, terbang ke Bangkok. βοΈ Tidak dilupakan, tulang belakang pasukan, Lekir (pengurus) dan Firas (penganalisis), dan semestinya peminat-peminat Farang di Malaysia dan di serata dunia.
ποΈ Liga Free Fire SEA Invitational (FFSI) akan bermula pada hari Jumaat, 12 Mei.
05/05/2023
Dari Kuala Lumpur, Kuching, dan Kota Kinabalu kami datang dengan harapan dan impian, semoga pulang dari Bangkok kelak dengan kejayaan dan kejuaraan.
Farang fight to win. πππ
21/04/2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua keluarga besar Farang dan juga peminat. πππ
15/04/2023
Tempat kedua Free Fire MCPS Majors Season 5 untuk Farang!!! π₯ 4 mata dipisahkan dengan kejuaraan, tetapi syukur masih belum terpisah dengan slot ke FFSI bulan depan. π₯Ή
Farang akan kembali grind habis-habisan untuk jadi pasukan yang lebih hebat pada masa akan datang! Farang fight to win. π₯
15/04/2023
1 hari, 1 perjuangan, 1 matlamat, juara Free Fire MCPS Majors Season 5.
Farang fight to win! π₯