Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia

Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia

Share

Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia,
Gelanggang Klang (Meru)

Surau Nurus Saadah, Taman Meru 4,
42200 Kapar, Selangor Darul Ehsan.

17/06/2026
Photos from Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia's post 16/06/2026

Persembahan silat dari ahli Gelanggang Sendeng Klang pada Majlis Khatam Persilatan, Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia pada 14.06.2026.

16/06/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat dari gelanggang Meru, Klang yang berjaya melalui istiadat khatam asas persilatan pada tanggal 14 Jun 2026, bertempat di rumah pusaka Almarhum pengasas Seni Silat Sendeng Malaysia, Haji Abdul Hamid Bin Haji Hamzah.

Majlis disempurnakan oleh YM Guru Utama Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia, Guru Ahmad Nazari Bin Haji Abdul Hamid.

Pengertian dalam istiadat khatam:

Asam, garam dan daun sireh dicalit kapur dan pinang.

Murid akan makan sedikit asam, garam dan sehelai daun sireh dicalit kapur dan pinang sebagai tanda simbolik sudah merasai asam garam dan pahitnya latihan di gelanggang.

Jarum, buah keras dan pulut kuning.

Jarum disemat di songkok atau tudung sebagai simbolik tanda ketajaman ilmu dan akal, bukan untuk merosak atau memusnah, tetapi untuk menjadi insan yang berguna.

Buah keras digenggam sebagai tanda simbolik keutuhan iman dan tauhid, begitu juga tekad dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pulut kuning menjadi tanda simbolik manisnya hasil sesudah berusaha dengan sedaya upaya, dan sebagai peringatan untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah S.W.T.

Akad dengan Guru Utama

Murid menerima ijazah ilmu persilatan secara berakad dengan Guru Utama bagi menerima amanah yang berkesinambungan sanad persilatannya dari pengasas perguruan.



Photos from Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia's post 07/06/2026

Alhamdulillah. 06.06.2026

Telah berlangsungnya Program Silang Budaya dan Ujian Penilaian Asas Tahap 1 bagi Gelanggang Klang, Selangor dan Gelanggang Bentong, Pahang.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga ukhwah yang terjalin kekal mekar atas semangat setiakawan.

Sendeng Bangkit dan Bersatu.

07/06/2026

Tahniah kepada pasangan Raja Sehari.
Selamat kembali bersekolah kepada anak-anak semua.

Sendeng Bangkit & Bersatu.

Photos from Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia's post 07/06/2026

Alhamdulillah. Ahad. 07.06.2026.

Persembahan dari pesilat-pesilat Sendeng Malaysia Gelanggang Klang, meraikan Raja Sehari pasangan Tuan Amar dan Puan Azlin.
Semoga pasangan mempelai berbahagia hingga ke jannah. Amin.

Sendeng Bangkit dan Bersatu.

Photos from Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia's post 05/06/2026

Alhamdulillah.

Sesi latihan ringan malam ni.

Sendeng Bangkit dan Bersatu.

04/06/2026

Alhamdulillah.

Rezeki gelanggang kami pada malam ini menerima ziarah daripada Cikgu Haji Zulkifli Bin Abd Karim, Guru Istiadat dan Ketua Jurulatih Kebangsaan PSSSM.

Beliau merupakan antara guru yang amat kami hormati, kaya dengan ilmu, pengalaman, sejarah serta pengetahuan yang luas dalam seni silat Sendeng, dan sentiasa istiqamah dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid.

Semoga Cikgu Zul sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan umur oleh Allah SWT untuk terus membimbing serta mencurahkan ilmu kepada generasi anak-anak Sendeng demi kelangsungan warisan pusaka bangsa dan negara.

"Guru dihormati, ilmu diberkati."

04/06/2026

Budaya menghormati orang yang lebih tua sudah semakin pupus dalam jiwa masyarakat. Di mana-mana, kita melihat orang ramai bercakap dengan golongan yang lebih tua, menggunakan bahasa yang 'jelik' dan tidak sopan. Hal ini sangat ketara terutamanya di kalangan generasi muda.

Bercakap tentang bahasa, haruslah difahami bahawa istilah 'bahasa' di sini bukan hanya merujuk kepada pemilihan perkataan.

'Bahasa' juga merangkumi nada bicara, 'lenggok tubuh', kerlingan mata, 'bunga-bunga' percakapan, dan topik perbualan.

Kegagalan memahami perkara inilah yang disebut oleh masyarakat dahulu sebagai ;

"Tak reti bahasa".

Sayangnya, istilah 'tak reti bahasa' itu pun kini gagal difahami juga.

Itulah petanda buruk bahawa jiwa anak bangsa kita sudah semakin 'miskin'. Lebih merugikan lagi, budaya 'kurang adab' ini akan menyebabkan anak bangsa kita semakin 'miskin'. Semakin jahil dan semakin jahil.

Mengapa? Kerana adab ialah kunci kepada ilmu!

Kalau bercakap dengan ibubapa tidak beradab, dengan guru tidak beradab, dengan orang lebih tua tidak beradab, akhirnya siapa yang akan mengajarkan ilmu kepada kita? Sekiranya mereka cuba mengajar sekalipun, keegoan kita sendiri akan menjadi batu penghalang kepada ilmu!

Kalau kita menyangka semua ilmu boleh diperolehi sekadar dengan menekan papan kekunci telefon pintar saja, tidak hairanlah mengapa pemikiran kita seinci demi seinci, sejengkal demi sejengkal akan mengikut acuan barat. Kita mengikut kata orang bukan kerana benar, tetapi kerana mereka popular. Kita bersetuju bukan kerana mereka betul, tapi kerana mereka banyak 'followers'.

Ingatlah, media sosial ini 'milik' mereka. Siapa mereka? Tepuk dada tanya akal.

Sebagai 'orang silat', marilah kita sama-sama menjadi sebahagian dari orang yang memperjuangkan nilai-nilai murni bangsa kita.

'Sesungguhnya bahasa jiwa bangsa'.

Semoga Allah peliharakan bangsa bertuah ini hingga akhir zaman.

ADMIN


Photos from Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia's post 04/06/2026
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Klang