27/05/2026
๐โจ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H โจ๐
Pertubuhan Seni Silat Asad Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh perguruan seni silat di Malaysia.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah, serta menyemai semangat pengorbanan dalam diri setiap insan.
๐๐ฟ Pantun Aidiladha ๐ฟ๐
Lembu dan kambing tanda syukur,
Dikorbankan kerana perintah Ilahi,
Silat seni warisan luhur,
Satukan jiwa, eratkan ukhuwah budi.
Ikhlas Daripada :
๐ฅ Pertubuhan Seni Silat Asad Malaysia ๐ฅ
16/05/2026
๐ SELAMAT HARI GURU ๐
Ikhlas daripada
Pertubuhan Seni Silat Asad Malaysia
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh perguruan seni silat yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik anak bangsa serta mempertahankan warisan budaya dan seni silat tanah air.
Jasa dan pengorbanan para guru amat besar nilainya dalam melahirkan generasi yang berdisiplin, beradab dan berjiwa kental.
โจ โJasa guru tiada pengganti, ilmu silat warisan abadi.โ โจ
Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik pewaris bangsa.
21/09/2025
Alhamdulillah selesai..
13 orang pesilat..
Tahniah adik adam 2nd runner up bawah 12 tahun..pertama kali ikut kejohanan... tahniah juga kepada anak2 yang turut serta tanding..in syaa allah dengan usaha dan doa ibu bapa anda pasti akan jadi juara..
18/09/2025
Bismillah...
hari pertama..semoga ada manis2 dari anak-anak..
Mencari pengalaman untuk langkah yang lebih jauh..
Juara tidak jadi dalam sehari tapi dengan masa dan usaha serta minat dan cinta pada persilatan... semoga semua berjalan dengan aman selamat lancar dan di berkahi...ammiinnnn..
21/04/2023
ุุชูููุจููู ุงููููฐูู ู
ููููุง ููู
ูููููู
ู
Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada seluruh umat Islam yang akan bersama-sama meraikannya.
Rai kemenangan dengan kita saling bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturahim. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh keceriaan.