03/09/2019
Para pendaki kini berada di Kota Kinabalu International Airport bagi perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan sempat bergambar kenang kenangan sebelum pulang. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staff Agrobank Regional Office Sabah kerana telah menyantuni para pendaki sepanjang Ekspedisi ini berlangsung. Selamat berlepas!
02/09/2019
Agrobankers did it! Conquering Mount Kinabalu! Happy 50th Anniversary Agrobank!
02/09/2019
Chief Operation Officer (COO) En Zahid Ahmad Zawawi memegang duit seratus ringgit yang berlatarbelakangkan ikon Gunung Kinabalu sama seperti di duit tersebut.
01/09/2019
Semua pendaki telah selamat tiba di Panalaban, Laban Rata. Mereka akan bermalam sebentar di Lemaing hostel di Laban Raya sebelum meneruskan pendakian pada jam 2.30 pagi nanti jika cuaca baik.
Foto sebahagian pendaki telah tiba di Panalaban, Laban Rata petang tadi
01/09/2019
Pagi tadi, para pendaki telah berlepas menuju ke Laban rata melalui Timpohon Gate. Majlis perlepasan telah disempurnakan oleh Dato’ Dr Mohamad Hashim Ahmad Tajudin, Ahli Lembaga Pengarah Agrobank