30/08/2026
Kami warga kerja FKR CHV Racing merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham Farres Putra bin Mohd Fadhill (anakanda kepada Fadhill Othman) rakan-rakan dan seluruh warga sukan permotoran tanah air atas pemergian beliau susulan kemalangan yang berlaku ketika perlumbaan akhir Malaysian CubPrix CP150 di Litar Permotoran Terengganu pada 29 Ogos 2026.
Kehilangan seorang pelumba yang kompetitif ini, bukan sekadar dirasai oleh pasukan dan keluarga. Pastinya juga meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada seluruh keluarga besar sukan permotoran negara.
Terima kasih atas segala sumbangan dan semangat yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan Allahyarham dalam dunia perlumbaan.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.