Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor

Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor

Share

LAMAN SOSIAL RASMI PERTUBUHAN SENI SILAT GERAK TERAS PASAK BUMI MELAYU SELANGOR
(PPM-003-10-24012005) Peringkat 1 – Tali Pinggang Pra Hijau
ii.

Mukadimah

SENI SILAT GERAK TERAS PASAK BUMI MELAYU adalah merupakan salah satu seni warisan mempertahankan diri melayu di malaysia. Pertubuhan ini adalah pecahan dari Seni Silat Gerak Suci yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Mahaguru Mokhtar Affandi pada tahun 1979 di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Didaerah Klang, Allahyarham Tuan Mahaguru Mokhtar Affendi telah mengiktiraf salah seorang di

Photos from Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor's post 07/06/2026

Alhamdulillah, selesai Program Perlawanan Persahabatan 2 Penjuru antara Gelanggang Kg Delek dan Gelanggang Pulau Indah.

Tahniah kepada semua pesilat atas semangat juang dan disiplin yang ditunjukkan. Semoga terus maju dan program ini mengeratkan ukhuwah antara gelanggang. 🤝🥋

03/06/2026

Ada dua jenis manusia di dunia ini.

Yang pertama, membentuk dan melahirkan juara dari bawah. Yang kedua, menunggu peluang untuk mengambil yang sudah siap menjadi juara.

Membentuk seseorang daripada kosong memerlukan ilmu, kesabaran dan pengorbanan. Mengambil yang sudah bagus hanya memerlukan peluang.

Bukan susah mencari yang sudah hebat, yang sukar ialah membimbing yang biasa menjadi hebat.

Ada yang berbangga dengan hasil yang dituai, sedangkan benihnya ditanam, disiram dan dijaga oleh orang lain.

Ramai mampu mengambil pesilat yang sudah menjadi, tetapi tidak semua mampu membentuk pesilat sehingga menjadi.

Kerana nilai sebenar seorang guru bukan pada berapa ramai anak murid hebat yang dimiliki, tetapi berapa ramai yang berjaya dibentuk dari bawah sehingga mencapai kejayaan.

Photos from Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor's post 27/05/2026

Alhamdulillah selesai program gotong-royong qurban bersama Akademi An-Nawawi.

Terima kasih kepada semua pesilat Gelanggang Kg Delek yang terlibat dan memberi komitmen serta kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal kebaikan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. 🤝✨

13/04/2026
Photos from Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor's post 13/04/2026
Photos from Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor's post 07/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Infaq & Edaran Bubur Lambuk anjuran Gelanggang Cawangan Kg Delek dengan kerjasama pihak Surau An-Nawawi (MLAN).

Terima kasih kepada semua yang menyumbang infaq, tenaga dan masa dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan dan usaha yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Semoga semangat gotong-royong dan ukhwah ini terus kekal demi agama, bangsa dan masyarakat. 🤲✨

Photos from Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Selangor's post 13/02/2026

Alhamdulillah, selesai Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Pesilat Gelanggang Cawangan Kg Delek serta Penangguhan Latihan sempena menyambut bulan Ramadhan.

Semoga Ramadhan yang bakal tiba membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua. 🤲🏽

01/01/2026

Assalamualaikum wbt.
Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak, terutamanya Paduka Mahaguru Abah, Keluarga Pasak Bumi serta pihak penganjur program iaitu Gelanggang Pulau Indah, atas kejayaan menganjurkan dan menjayakan Program Perasmian ini dengan cemerlang. Komitmen, kerjasama serta pengorbanan yang dicurahkan amatlah dihargai. Semoga segala usaha ini menjadi amal kebaikan dan contoh terbaik buat kita semua pada masa akan datang. (Gelanggang Kg Delek)

30/12/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Program Kem Jati Diri! 🛡️

Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Selangor (Cawangan Gelanggang Kampung Delek) telah berjaya mengikuti Program Kem Jati Diri yang berlangsung pada 27 hingga 29 Disember 2025 bertempat di Deruan Rimba Campsite Hulu Langat.

Program selama 3 hari 2 malam ini bukan sahaja memantapkan ilmu persilatan, malah memperkukuh disiplin, mental, dan ukhuwah antara ahli. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang ditimba dapat membentuk jati diri pendekar yang berhemah dan berani.

Terima kasih kepada semua guru, jurulatih, dan ahli jawatankuasa yang menjayakan program ini.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Klang