Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia - National Association

Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia - National Association

Share

To develope and promote martial arts "taekwondo" in Malaysia.

Photos from Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia - National Association's post 25/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ₯‹ 500 PESERTA MERIAHKAN KEJOHANAN TAEKWONDO – SEMARAKKAN SEMANGAT MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

KLANG, SELANGOR | 23 OGOS 2026

Salam Sejahtera.. Salam Malaysia Madani..saya ingin maklumkan atas kejayaan penganjuran Kejohanan Kesenian & Kebudayaan Seni Bela Diri Taekwondo (Antara Sekolah-Sekoah) – SPEED KICK & PUNCH di Dewan Terbuka SJKT Simpang Lima.

Seramai 500 peserta dari beberapa negeri telah mengambil bahagian, bersama guru, ibu bapa dan komuniti dalam satu program yang bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi platform untuk membina disiplin, keyakinan diri, keberanian, fokus, sahsiah dan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Sebagai Pengasas Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia, saya percaya kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pingat yang dimenangi.

πŸ₯‹ Kemenangan sebenar adalah apabila seorang anak menjadi lebih berdisiplin, lebih yakin, lebih berani dan lebih menghormati orang lain.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Lebih bermakna, kejohanan ini turut menyemarakkan semangat Merdeka. Peserta, guru, ibu bapa dan seluruh komuniti bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu patriotik dan melaungkan MERDEKA!

Detik ini membuktikan bahawa Taekwondo mampu menjadi wadah perpaduan, menyatukan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Semangat ini amat bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI serta seruan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX), untuk terus memperkukuhkan perpaduan, saling menghormati dan membina masyarakat yang inklusif.

πŸ™ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada:

YB Dr. Gunaraj George , ADUN Sentosa dan seluruh DUN Sentosa Team atas kehadiran serta sokongan kepada program ini.

Terima kasih juga kepada:

Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja
β€’ Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam
β€’ Ahli-Ahli Majlis MBDK & MBSA
β€’ MBI
β€’ KDEB Waste Management
β€’ Kementerian Pendidikan Malaysia & Jabatan.
Pendidikan Negeri
β€’ Dr.Uma Uma Rani Ramakrishnan
β€’ Mr. Guna (KKI) Gunasilen Krisnanmurty
β€’ Mr. Thangarajah (Ahli Majlis)
β€’ Mr. Azwan (Ahli Majlis) Muhammad Azwan Adam
β€’ Mr. Wan Shah (Ahli Majlis) Wan Shah Kota Raja
β€’ Pn. Hasheena (Ahli Majlis)

pihak sekolah, guru, ibu bapa, jurulatih, sukarelawan dan seluruh komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Kejayaan program sebesar ini bukan hasil seorang individu. Ia terhasil daripada kerjasama semua pihak yang percaya bahawa pembangunan generasi muda adalah tanggungjawab kita bersama.

Saya berharap program seperti ini dapat terus diperluaskan dengan penglibatan lebih banyak sekolah dan negeri pada masa akan datang.

Taekwondo bukan sekadar membentuk tubuh yang kuat.Taekwondo membentuk disiplin, karakter, keyakinan dan jati diri.

Dari gelanggang Taekwondo, kita bina generasi Malaysia yang lebih kuat, lebih berdisiplin dan lebih bersatu. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ₯‹

ADUN Sentosa YB Gunaraj

Malaysia MADANI. Malaysia Bersatu.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡Ύ

DR. MASTER EDWIN
Pengasas
Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia

14/11/2025

PERSIAPAN BAGI KEJOHANAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PADA AHAD INI.. HEBAT ADIK-ADIK...

Photos from Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia - National Association's post 09/05/2025

The President of Malaysia Martial Arts Taekwondo Association MASTER DR.EDWIN has successfully completed his DOCTORATE IN MARTIAL ART in Ooty, India.

29/09/2024

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT....

Closing Date is today 29th Sept 2024 at 6 PM. Hope all interested kids who have not registered yet, kindly do so fast. As at now we have 142 kids have signed up. You have less than 24 hours.

Amirudin Shari
Anwar Ibrahim

Photos from Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia - National Association's post 19/01/2024

Pemenang - Pemenang dlm KEJOHANAN SENI BELA DIRI TAEKWONDO ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH & PIALA YB AZLI YUSUF BERTARIKH 09.12.23 Di Dewan Tanjung Seksyen 19, Shah Alam.

02/01/2024

Congratulations to Declan Asher Edwin. GOLD MEDAL FIGHT...RED VEST.

Photos from Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia - National Association's post 10/12/2023

Tahniah kepada semua peserta yg telah sertai Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Antara Sekolah-Sekolah & Piala YB Azli Yusof...

Photos from Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia - National Association's post 08/12/2023

KEJOHANAN SENI BELA DIRI TAEWONDO ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH & PIALA YB AZLI YUSOF ( AHLI PARLIMEN SHAH ALAM ) anjuran Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia ( PSBDTM )

JOM SEMUA!!SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA YANG AKAN BERTANDING MEWAKILI SEKOLAH MASING-MASING...

MALAYSIA MADANI!!!
TAEKWONDO FOR ALL!!
UNIFYING MALAYSIAN TRUE TAEKWONDO!!!

24/10/2023

BERSEDIA SEMUA UNTUK KEJOHANAN TAHUN INI...

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 75-2 (2nd Floor), Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi
Klang
41200