Kesdat

Kesdat

Share

Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Klang

30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan Ke-69
31 Ogos 2026

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini terus menyemarakkan rasa cinta dan bangga terhadap tanah air serta memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.





30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang bertemakan โ€œ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ขโ€, KESDAT mengucapkan ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ— kepada seluruh warga KESDAT serta rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini terus menyemarakkan rasa cinta dan bangga terhadap tanah air serta memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Ikhlas daripada:
Kelab Kebajikan dan Sukan
Pejabat Daerah dan Tanah Klang (KESDAT)






30/08/2026

Ayuh bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor di Stadium Kajang malam ini.

30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐” ๐‰๐€๐˜๐€ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐๐ƒ๐“ ๐Š๐‹๐€๐๐†

Seluruh warga Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Klang (KESDAT) mengucapkan selamat maju jaya kepada Kontinjen PDT Klang yang akan menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan buat seluruh kontinjen. PDT Klang, boleh! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






12/08/2026

Jadual Aksi Harian Kontinjen Selangor | 12 Ogos 2026

Buat warga KESDAT, jom ikuti jadual dan perkembangan Kontinjen Selangor yang beraksi.

TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII, SELANGOR 2026
ย 
๐Ÿ—“๏ธ Rabu, 12 Ogos 2026
ย 
Berikut merupakan jadual pertandingan Kontinjen Selangor. Hadir ke venue dan berikan sorakan terbaik buat atlet-atlet kita.
ย 
Setiap sorakan anda adalah pembakar semangat menuju kejayaan.
ย 


03/08/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†

Seluruh warga Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Klang (KESDAT) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, S.M.S. atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Klang yang berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.

Semoga YBrs. Tuan sentiasa dikurniakan kebijaksanaan, iltizam dan kekuatan dalam menerajui Pejabat Daerah dan Tanah Klang ke arah kecemerlangan, memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti.

KESDAT turut menzahirkan komitmen untuk bersama-sama menyokong aspirasi serta kepimpinan YBrs. Tuan melalui pelaksanaan program kebajikan, sukan dan rekreasi yang memperkukuh semangat kebersamaan, perpaduan dan kesejahteraan warga jabatan.

Selamat menjalankan amanah dan selamat datang ke keluarga besar kami.

Ikhlas daripada
Kelab Kebajikan dan Sukan
Pejabat Daerah dan Tanah Klang (KESDAT)



01/08/2026

๐“ข๐“ฎ๐“ด๐“ช๐“ต๐“พ๐“ท๐“ฐ ๐“ฃ๐“ช๐“ฑ๐“ท๐“ฒ๐“ช๐“ฑ

Seluruh warga Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Klang (KESDAT) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Tuan Amri bin Ismail, S.M.S. atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.

Sepanjang menerajui Pejabat Daerah dan Tanah Klang, beliau sentiasa menjadi penyokong kuat kepada usaha-usaha KESDAT dalam memperkasa aktiviti kebajikan, sukan dan rekreasi. Sokongan, dorongan serta kepercayaan yang diberikan telah menjadi pemangkin kepada penganjuran pelbagai program yang berjaya mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan dan menyemai budaya kerja yang positif dalam kalangan warga PDT Klang.

Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan, bimbingan dan sokongan yang telah dicurahkan sepanjang bersama kami. Kenangan dan sumbangan YBrs. Tuan akan sentiasa dihargai dan dikenang oleh seluruh warga KESDAT.

Semoga YBrs. Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kejayaan dan kecemerlangan dalam menggalas amanah sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang.



25/07/2026

Jasamu dikenang dan selamat maju jaya kepada Puan Azniza binti Azmi yang berpindah ke Pejabat Daerah Tanah Sepang berkuatkuasa 27 Julai 2026.

Terima kasih atas khidmat bakti puan sepanjang perkhidmatan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Penerima Pingat Ahli Mahkota Pahang (A.M.P.) pada tahun 2010 dan Pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (A.A.P.) pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Pahang.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2025.

Merupakan Setiausaha Bencana Daerah Klang dan Pegawai Maklumat Jabatan sepanjang memegang portfolio sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan).

Bergiat aktif sebagai Timbalan PengerusiKESDAT bagi 2 penggal berturut (2022-2024) & (2024-2026). Pengurus bagi pasukan boling wanita dan pemain futsal bagi sukan PETANDA.

Berdedikasi sebagai Wakil Pengurusan dalam struktur MS ISO jabatan dan merupakan Penolong Pegawai Pengurus PRN15 dan Ketua Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya PRU-DNS15.

"Keep in touch and strengthen our ukhwah" -YBrs. Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Klang

BERSATU ERAT MAJU
KLANG DAERAH IMPIAN, MAKMUR DAN BERWAWASAN

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor
Kesdat
Puspanita Klang
PEMADAM-Daerah Klang

17/07/2026

Selamat Datang Ahli-ahli Baharu KESDAT. Jom kenali persekitaran anda termasuk fasiliti sukan serta riadah yang tersedia di Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

โœ…๏ธ Ada trek jalan santai (briskwalk) keliling pejabat. Trek yang sama untuk larian.
โœ…๏ธ Ada court futsal/pickleball terbuka
โœ…๏ธ Ada dewan serbaguna pelbagai fungsi (bola tampar/ badminton/ sepak takraw/bola jaring/ ping pong/ dart)
โœ…๏ธ Ada gimnasium
โœ…๏ธ Ada basikal (road bike)
โœ…๏ธ Ada Kebun Tanaman
โœ… Ada pondok healing
๏ธโœ…๏ธ Ada taska (berurusan dengan BKP)
โœ…๏ธ Ada Musolla Tawfidh al-Amr (jom solat berjemaah)
โœ…๏ธ Ada kafeteria
โœ…๏ธ Ada perpuustakaan
โœ…๏ธ Ada auditorium (tempat ceramah/kursus dalaman)
โœ…๏ธ Pohon buahยฒan keliling pejabat (mangga/ cempedak/jambu air/ tunjuk langit)

dan pelbagai lagi !!
Manfaatkan kesemua ini
Sungguh bertuah anda dipilih untuk berkhidmat di PDTK

SELAMAT DATANG & SELAMAT MENGGALAS AMANAH

Selamat datang pegawai-pegawai baharu ke dalam keluarga PDTK. Kami berbesar hati menerima kedatangan kalian Berkhidmat Untuk Negara.

Daripada

Pegawai Daerah Klang serta
seluruh wargakerja Pejabat Daerah dan Tanah Klang

BERSATU ERAT MAJU
KLANG DAERAH IMPIAN, MAKMUR DAN BERWAWASAN

Photos from Pejabat Daerah dan Tanah Klang's post 08/07/2026
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00