11/05/2026
Terima kasih untuk jasa, tunjuk ajar serta sumbangan puan bersama KESDAT
Jasamu dikenang dan selamat maju jaya kepada Puan Waheeda binti Md Hussain yang berpindah ke Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi berkuatkuasa 11 Mei 2026.
Terima kasih di atas khidmat bakti puan sepanjang perkhidmatan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Berpengalaman sebagai Penolong Pegawai Daerah di Unit Pembangunan Masyarakat, Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Unit Hasil, Bahagian Pengurusan Tanah.
Pernah memegang portfolio sebagai Penolong Pegawai Pengurus (ARO) N.42 Meru bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 dan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor Ke-15 selama berada di pentadbiran ini. Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor
"Keep in touch and strengthen our ukhwah" - YBrs Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Klang
BERSATU ERAT MAJU
10/05/2026
๐ท ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฎ ๐๐๐๐ ๐ท
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah ๏ทบ lalu bertanya:
โSiapakah manusia yang paling berhak aku berbuat baik kepadanya?โ
Baginda menjawab: โIbumu.โ
Dia bertanya lagi: โKemudian siapa?โ
Baginda menjawab: โIbumu.โ
Dia bertanya lagi: โKemudian siapa?โ
Baginda menjawab: โIbumu.โ
Kemudian Baginda bersabda: โKemudian ayahmu.โ
โ Riwayat al-Bukhari & Muslim โ
Semoga segala pengorbanan, kasih sayang dan doa seorang ibu sentiasa dibalas dengan rahmat, kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan. ๐
Ikhlas daripada
๐๐๐๐๐๐
Kelab Kebajikan dan Sukan
Pejabat Daerah dan Tanah Klang
01/05/2026
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Klang atas dedikasi, komitmen dan khidmat bakti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
โจ Pekerja Madani, Kesuma Bangsa
Semoga setiap usaha diberkati dan dipermudah. Terima kasih atas jasa anda.
Selamat Hari Pekerja! ๐
Ikhlas daripada:
Kelab Kebajikan dan Sukan (KESDAT)
Pejabat Daerah dan Tanah Klang
20/03/2026
๐ข๐ช๐ต๐ช๐ถ ๐๐ฒ๐ญ๐ฒ๐ต๐ฏ๐ฒ๐ฝ๐ป๐ฒ 1447๐
๐ต๐ข๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐ก๐๐,
๐พ๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐,
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ข๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐,
๐๐ฆ๐๐ค๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ค๐ ๐๐โ๐๐๐๐.
Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Klang (KESDAT) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.
18/03/2026
๐ ๐๐ช๐ณ๐ต๐ฒ๐ผ ๐๐ฑ๐ช๐ฝ๐ช๐ถ ๐๐ต-๐ ๐พ๐ป๐ช๐ท ๐๐ฎ๐ป๐ฒ๐ท๐ฐ๐ด๐ช๐ฝ ๐๐ฎ๐ณ๐ช๐ซ๐ช๐ฝ ๐๐ช๐ฎ๐ป๐ช๐ฑ ๐ญ๐ช๐ท ๐ฃ๐ช๐ท๐ช๐ฑ ๐๐ต๐ช๐ท๐ฐ 2026
Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat PDT Klang 2026 pada 18 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Musala Tafwidh Al-Amr.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Klang, YBrs. Tuan Amri bin Ismail, bersama Encik Abd Razak bin Maksud, KPPD (Pembangunan) serta Puan Azniza binti Azmi, KPPD (Khidmat Pengurusan).
Program ini merupakan kemuncak kepada penglibatan 11 Kumpulan Tadarus KESDAT 2026 yang telah berlangsung sepanjang tempoh 24 Februari 2026 hingga 13 Mac 2026, sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan warga PDT Klang. Majlis turut diisi dengan sesi pentaddaburan surah pilihan sempena World Quran Hour yang telah disampaikan oleh Encik Hafizzudin bin Kadir, Ketua Unit Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Islam Daerah Klang.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini serta kepada warga PDT Klang yang turut serta mengimarahkan majlis.
Maka dengan ini, berakhirlah Program Ramadan KESDAT bagi tahun 1447H dengan penuh pengisian dan keberkatan.
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan terus memberi manfaat dalam kehidupan kita semua.
11/03/2026
๐ ๐๐ป๐ธ๐ฐ๐ป๐ช๐ถ ๐๐พ๐ซ๐พ๐ป ๐๐ช๐ถ๐ซ๐พ๐ด ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ซ๐จ๐ป ๐๐๐๐
Alhamdulillah, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ต๐ข๐๐ข๐ ๐ฟ๐๐๐๐ข๐ ๐พ๐ธ๐๐ท๐ด๐ pada 10 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya melalui gotong-royong ahli KESDAT, bersama penyertaan PUSPANITA Daerah Klang.
Sebanyak dua periuk bubur lambuk disediakan oleh KESDAT untuk warga Pejabat Daerah dan Tanah Klang, manakala satu periuk lagi disediakan oleh PUSPANITA Daerah Klang untuk diagihkan kepada agensi-agensi sekitar.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Klang, YBrs. Tuan Amri bin Ismail, yang sudi bersama-sama menyantuni para sukarelawan di kalangan Ahli KESDAT dan juga Ahli PUSPANITA Daerah Klang. Beliau juga telah menyempurnakan penyerahan bubur lambuk kepada wakil-wakil unit di Pejabat Daerah dan Tanah Klang serta wakil PUSPANITA sebagai simbol kebersamaan dan perkongsian rezeki sempena bulan Ramadan.
Tahniah kepada Biro Agama KESDAT atas penganjuran program ini dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.
Semoga program seperti ini terus mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PDT Klang sepanjang bulan Ramadan.
10/03/2026
๐ฃ๐ช๐ฑ๐พ๐ด๐ช๐ฑ ๐๐ท๐ญ๐ช? | ๐ฃ๐ป๐ช๐ญ๐ฒ๐ผ๐ฒ ๐๐พ๐ซ๐พ๐ป ๐๐ช๐ถ๐ซ๐พ๐ด ๐ก๐ช๐ถ๐ช๐ญ๐ช๐ท
Bubur lambuk merupakan antara hidangan tradisi yang sangat sinonim dengan bulan Ramadan di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara gotong-royong oleh masyarakat sebelum diagihkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.
Lebih daripada sekadar makanan, bubur lambuk melambangkan semangat kebersamaan, kerjasama dan perkongsian rezeki dalam masyarakat sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
06/03/2026
๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ก๐๐๐๐น ๐ฎ๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป | ๐ญ๐ณ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐
Nuzul al-Quran mengingatkan kita peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini menjadikan kita lebih dekat dengan Al-Quran, memperbanyakkan tilawah, memahami maknanya dan mengamalkan ajarannya dalam setiap langkah kehidupan.
06/03/2026
๐ฝ๐๐๐๐๐๐ ๐ถ๐-16
Tanpa sedar kita sudah sampai ke pertengahan Ramadan. Walaupun penat dengan kerja dan tanggungjawab, selagi kita masih berusaha berpuasa dan melakukan kebaikan, itu juga satu kemenangan.
Semoga kita terus istiqamah dan memanfaatkan Ramadan dengan sebaiknya.
06/03/2026
6 ๐๐ช๐ฌ 2026, ๐๐ป๐ธ๐ฐ๐ป๐ช๐ถ ๐๐ช๐ฌ๐ช๐ช๐ท ๐ฃ๐ช๐ฑ๐ต๐ฒ๐ต, ๐๐ธ๐ช ๐ข๐ฎ๐ต๐ช๐ถ๐ช๐ฝ & ๐ข๐พ๐ป๐ช๐ฑ ๐จ๐ช๐ผ๐ฒ๐ท
Alhamdulillah, telah selesai Program Bacaan Tahlil, Doa Selamat & Surah Yasin KESDAT pada pagi tadi di Bilik Gerakan Daerah, PDT Klang yang dipimpin oleh En. Azmi bin Abd Razak.
Program kemudiannya diteruskan dengan Ceramah Ihya Ramadan 2026 Peringkat PEMADAM Daerah Klang bertajuk โKeluarga Bebas Dadah, Masyarakat Dirahmati Allahโ.
Terima kasih kepada semua warga PDT Klang yang hadir memeriahkan program.
Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan dan pengisian yang bermakna buat kita.