Hani Jaludin

Directions Contact the business

Hani Jaludin “Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya kerana mereka hidup dizaman mereka, bukan di zamanmu.”

30/09/2026

Kalau tanya mana yang mudah,
memang saya sahaja jadi Emcee.

Lebih cepat.
Lebih senang berlatih sendiri.

Tapi sampai bila?

Kali ni,
buat pertama kalinya saya akan tampilkan 9 orang murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 untuk beraksi sebagai Pengacara Majlis, Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum sekolah2026.

Sebelum tu,
uji bakat dibuka.

19 orang murid hadir! Masing-masing berimpian besar untuk jadi Emcee Pada majlis yg Gemilang ni!

Daripada 19 orang,
9 dipilih untuk diberi peluang memegang amanah di pentas.

Majoriti mereka pernah join Bengkel Emcee Energy Pro.

Latihan.
Ulang.
Betulkan.
Buat semula.

Lontaran suara.
Sebutan.
Intonasi.
Tempo.
Bahasa badan.
Cara pegang mikrofon.
Cara berdiri.

Kadang-kadang satu bahagian sahaja
perlu diulang entah berapa kali.

Penat?

Tentulah.

Murid penat.
Saya pun penat.

Tapi kenapa saya tetap mahu tampilkan mereka?

Sebab pengalaman menjadi Emcee dalam majlis besar dan gemilang sekolah itu mahal.

Ia bukan sesuatu yang boleh dibeli.

Ia bukan pengalaman yang boleh kita tempah bila-bila masa.

Bila murid berdiri di hadapan hampir 1,000 warga sekolah,
mengendalikan majlis sebenar,
mengawal debar,
membetulkan kesilapan secara langsung,
dan belajar membawa diri di atas pentas,

itulah pengalaman yang tidak ada harga.

Insya-Allah,
daripada satu pengalaman itu,
keyakinan mereka akan bertambah.

Cara mereka bercakap akan berubah.

Cara mereka melihat diri sendiri juga akan berubah.

Mudahan, keberanian mereka akan menginspirasikan rakan-rakan lain untuk turut tampil.

“ dia boleh,
Inshallah aku pon boleh!.”

Ingat,
bila peluang ada di depan mata,

jangan buat sambil lewa.

Berlatih sungguh-sungguh.

Gunakan peluang yang ada sebaik-baiknya.

insya-Allah,
suatu hari nanti mereka akan berdiri di pentas yang jauh lebih besar.

Dan ketika itu,
mereka akan sedar

semuanya bermula daripada keberanian untuk mencuba hari ini.

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.”
— Surah An-Najm: 39

pentas ini bukan sekadar tempat kalian menjadi Emcee.

Inilah tempat kalian sedang dibentuk. 🎤Bismillah. Kita lakukan bersama.

29/09/2026
28/09/2026

Address

Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hani Jaludin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hani Jaludin:

Shortcuts

Share

Category