Hani Jaludin
“Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya kerana mereka hidup dizaman mereka, bukan di zamanmu.”
31/05/2026
Mazhab Syafi‘i dijadikan MAZHAB RASMI dan pegangan utama dalam urusan fatwa, pendidikan, kehakiman syariah, dan pentadbiran agama di Malaysia kerana beberapa faktor:
1. Menjaga kesatuan masyarakat. Apabila majoriti umat Islam berpegang kepada satu mazhab, ia dapat mengurangkan kekeliruan dan pertikaian dalam amalan ibadah.
2. Memudahkan pentadbiran hukum
Jika setiap orang bebas memilih pandangan mazhab yang berbeza dalam semua urusan rasmi, boleh berlaku kekeliruan dalam keputusan mahkamah dan fatwa.
3. Mazhab Syafi‘i tetap mengiktiraf mazhab lain seperti mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.
4. Fatwa di Malaysia juga ada kalanya tetap mengambil pandangan mazhab lain apabila terdapat maslahah yang kuat, pihak berkuasa agama boleh mengambil pandangan Hanafi, Maliki atau Hanbali jika perlu.
Prof Dato' Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Fiqh Fatwa Makanan & Kepenggunaan Semasa
Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM
I got over 1,000 reactions on my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉
20/05/2026
"Hati-Hati Dalam Bicara".
Kerana luka yang terhasil daripada kata-kata, adakalanya lebih dalam daripada luka senjata.
Parut di badan mungkin sembuh, tetapi parut di hati boleh dibawa hingga ke akhirat.
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (6475) Imam Muslim (47)
Ramai manusia tidak sedar, satu ucapan yang dianggap ringan boleh menjadi sebab orang lain menangis, hilang semangat, putus harapan bahkan rosak hubungan sesama manusia dek kerana lidah yang diguna untuk mengumpat, menghina, memfitnah dan melukakan hati. Sedangkan setiap perkataan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
“Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu perkataan melainkan di sisinya ada malaikat yang sentiasa mencatat.”
(Surah Qaf: 18)
Kadang-kadang satu kata mampu mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik. Namun satu ucapan yang kasar juga mampu meninggalkan luka yang panjang.
Maka jagalah lisan sebelum datang hari di mana setiap perkataan akan dihitung di hadapan Allah SWT.
Tuan/Puan boleh mengikut kelas dalam talian bagi kitab tasawuf Ahasin Al-Kalim di Al-Inarah Akademi. Boleh dapatkan kitab di pautan ini;
https://pustakacahayakasturi.com.my/products/pre-order-ahasin-al-kalim-3-jilid?ref=F1YUNB
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Klang