24/11/2025
Mari masuk KV
Assalamualaikum dan Salam Madani.
Makluman kepada semua pelajar tingkatan 3 yang layak untuk ditemu duga bagi pengambilan pelajar tahun 1 SVM Kohort 2026 di Kolej Vokasional Kluang. Mohon bersedia. Info terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Harap maklum. Terima kasih.
25/04/2025
Syukur Alhamdulillah. Tahniah pasukan Johor Darul Taโzim (JDT) kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini, 26 April 2025.
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan JDT.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas visi, perancangan dan usaha luar biasa dalam menjadikan JDT sebuah kelab bola sepak berprestij, bukan sahaja di Malaysia, bahkan kini disegani di rantau Asia.
Dengan empat gelaran Piala Malaysia dalam tangan pada musim 2017, 2019, 2022 dan 2023, misi kejuaraan kelima kini di depan mata. Ayuh seluruh penyokong Harimau Selatan, kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk perlawanan ini. Semoga kemenangan milik pasukan JDT!
Dan jangan lupa, ayuh kita terus gegarkan Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, 27 April 2025, jam 8.00 malam dalam satu sambutan penuh gilang-gemilang untuk "Chapter 2: The 11". Mari kita hadir beramai-ramai, kibarkan bendera biru merah, dan raikan pasukan kebanggaan kita, Johor Darul Ta'zim.
AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
21/04/2025
SuKov melabuhkan tirai. Kombinasi pemain baru dan lama memperoleh kedudukan tempat Ke-4 sekaligus melebihi sasaran tahun ini. Terima kasih kepada semua penyumbang tenaga dan wang ringgit dalam kebersamaan anak-anak.
Tidak lupa kepada alumni kapten Akmal Rizal yang sudi hadir ke bumi Pagoh menyokong adik-adik. Jumpa lagi dalam MSSD Kluang 2025 bulan Julai.
15/04/2025
Siaran Media: Senarai 18 Pemain Ke Kejohanan Voktek Zon Johor Pada 18 hingga 20 April 2025
Berikut adalah senarai nama 18 pemain yang dipanggil barisan jurulatih KV Kluang Football Academy menjelang kempen Kejohanan Voktek Zon Johor di Kolej Vokasional Pagoh dari 18 hingga 20 April ini.
10/10/2023
๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐๐ซ๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ฎ๐๐๐ฉ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐ฆ๐๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค๐ข ๐ฉ๐๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐๐๐ง ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐๐จ๐ค๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ (๐๐๐) ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ ๐/๐๐๐๐.
๐๐๐ฆ๐จ๐ ๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ ๐ฉ๐๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐๐๐ง & ๐ฉ๐๐ซ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ค๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ค๐๐ง!
17/09/2023
Welcome to KV Kluang!
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ก๐ ๐๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐ฉ๐ข๐๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ ๐๐๐จ๐๐ก๐
17/09/2023
Jom apply kemasukan ke KV Kluang untuk menjadi sebahagian daripada family KV Kluang Football Academy.
16/09/2023
Terima kasih pentadbiran KV Kluang yang sentiasa menyokong program KV Kluang Football Academy. Kejayaan tidak berlaku tanpa sokongan semua pihak.