07/05/2026
Program Gotong Royong Perdana peringkat sekolah
7.5.2026(Khamis)
7.30 pagi
Perkarangan Sekolah
Aktiviti:
1.Menceriakan bilik- bilik khas
2. Mengecat Tembok pagar
3. Mengecat pemegang tangga setiap blok.
Terima kasih kepada YDP, PIBG,ibu bapa,guru-guru serta pekerja kebersihan atas kerjasama menjayakan program ini.
07/05/2026
Mahrajan Al-Quran Nasyid dan Khat Peringkat Daerah Kluang
22.4.2025
Rabu
SK LKTP Ayer Hitam
KEPUTUSAN:
TILAWAH (L)- JOHAN
KHAT L- ke10
KHAT P- ke9
Tahniah kepada semua
05/05/2026
Pelancaran Program NILAM & Minggu Bahasa 2026
Unit Perpustakaan dengan kerjasama
Panitia Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Inggeris
Panitia Bahasa Arab
Membawakan program2 galakan membaca untuk menarik minat murid2 SK (Felda) Ulu Penggeli
Jom saksikan video pelancaran di Youtube rasmi TVPSS Sekolah bersama wartawan muda, Fella Adelia Binti Zaitol Adhar
https://youtu.be/omJhn9YGRr0
22/04/2026
KEMPEN ANTI BULI, ANTI GENGSTERISME, SALAH LAKU SEKSUAL DAN KESELAMATAN MURID PERINGKAT SK FELDA ULU PENGGELI TAHUN 2026
TARIKH/HARI : 22.04.2026/RABU
MASA : 0720 PAGI - 0820 PAGI
ANJURAN : UNIT HAL EHWAL MURID,UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
Objektif:
1.Meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya buli, gengsterisme dan salah laku seksual.
2.Membentuk sikap berani berkata “TIDAK” terhadap sebarang perlakuan negatif.
3.Memberi pengetahuan tentang langkah menjaga keselamatan diri.
4.Mewujudkan budaya sekolah yang selamat dan sejahtera.
Menggalakkan murid melaporkan kes salah laku kepada pihak berautoriti sekolah.
Pengisian:
Ceramah Kesedaran Anti Buli,Anti Gangsterisme dan Keselamatan Diri,Penerangan Salah Laku Seksual dan Cara Mengelak,Aktiviti interaktif,Mewarna dan teka silang kata buli
20/01/2026
PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN PELANCARAN SEKOLAH PENYAYANG
12/01/2026
ISNIN
Objektif :
1. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset sekolah
2. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah
3. Menginsafi bahawa kehadiran murid membawa rahmat ke sekolah
Pengisian :
Tuan Guru Besar,barisan pentadbir dan guru bertugas mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar sekolah dengan berpakaian kemas dan ceria
19/01/2026
Aktiviti: Kem Bestari Solat Siri 1 Tahap 1 dan 2
Hari & Tarikh: 16.1.2026 (Jumaat)
Tempat: Balai Muafakat,Skup
Objektif:
1. Membimbing murid agar dapat memahami, menghayati dan melaksanakan solat dengan betul serta membentuk sahsiah muslim yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
2. Melatih murid membaca bacaan solat dengan betul dari segi lafaz dan sebutan.
3. Meningkatkan kemahiran amali solat mengikut rukun dan syarat yang tepat.
4. Membentuk sikap cintakan solat serta membiasakan murid menunaikan solat pada waktunya.
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab
19/01/2026
LAPORAN PERHIMPUNAN KOKURIKULUM
SK FELDA ULU PENGGELI.
Perhimpunan Kokurikulum telah diadakan pada Isnin, 19 Januari 2026 dengan berjalan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh adik Firas Nufael Bin Nazri bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang perhimpunan berlangsung. Seterusnya, para murid dan guru telah menyanyikan Lagu Bangsa Johor, Negaraku, Lagu Sekolah serta Lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh semangat dan disiplin.
Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Murid dan Ikrar Kokurikulum yang dipimpin oleh adik Mohd Adam Lutfi Bin Mohd Nur Salam. Sepanjang perhimpunan, kawalan barisan murid dikendalikan oleh Komandan Fella Adelia Binti Zaitol Adhar dengan baik dan teratur. Majlis ini telah dikendalikan oleh Nur Syiffa Dhiya Binti Mohd Ishak selaku Pengacara Majlis.
Dalam laporan guru bertugas, Cikgu Mohd Jamil Bin Ladisma memaklumkan bahawa minggu pertama persekolahan telah dapat diselesaikan dengan jayanya dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan. Beliau turut menyatakan bahawa tahap disiplin dan kebersihan sekolah berada dalam keadaan terkawal. Selain itu, semua pengawas sekolah akan mula bertugas sepenuhnya setelah jadual bertugas diedarkan.
Perhimpunan diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah oleh Cikgu Faizihilmi Bin Ramli bagi aktiviti kokurikulum melibatkan pertandingan antara rumah sukan bagi acara dodgeball, bola baling dan bola sepak bawah 11 dan 12 tahun yang telah berlangsung pada minggu pertama persekolahan.
Seterusnya, Cikgu Hasbullah Bin Awang, selaku Guru Kokurikulum, telah menyampaikan ucapan. Beliau menegaskan bahawa murid perlu sentiasa memakai pakaian unit kokurikulum masing-masing termasuk TKRS dan Pandu Puteri semasa aktiviti dijalankan. Beliau turut memaklumkan bahawa latihan Merentas Desa akan bermula pada hari Selasa dan Rabu, manakala Kejohanan Merentas Desa dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua murid atas kecemerlangan serta komitmen yang ditunjukkan dalam aktiviti kokurikulum.
Perhimpunan Kokurikulum kemudian ditamatkan dengan arahan bersurai dan keluar barisan secara teratur. Diharapkan perhimpunan ini dapat terus menyemai semangat disiplin, kerjasama dan kecemerlangan dalam kalangan murid.
25/12/2025
Didedahkan dengan skil asas pemasangan robot dan skil pertarungan Robot Soccer, murid-murid SKFUP adalah antara yang bertuah kerana terpilih dalam projek robotik di sekolah di bawah Syarikat Mechabotics Technology Sdn. Bhd. pada Rabu, 17.12.2025 lepas.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Semoga segala ilmu dan kemahiran dapat memberi manfaat dalam kehidupan murid-murid.
18/12/2025
PROGRAM PENYEMBELIHAN AYAM 2025
➡️ 16/12/2025 (Selasa)
➡️ Penglibatan murid Tahun 5 & 6
➡️ Jam 8.00 pagi
OBJEKTIF:
1. Menanam sifat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan
2. Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3. Membentuk jati diri, berani serta yakin
4. Mewujudkan sikap bekerjasama
Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Panitia Agama Islam, guru-guru, warga sek,murid-murid dan ajk PIBG yang telah bekerjasama dalam usaha menjayakan program ini.
01/12/2025
Tahniah kerana telah menyahut cabaran melengkapkan diri dengan Persijilan Antarabangsa: Gemini Certified Educator.
Semoga terus cemerlang👏👏👏
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 19 orang guru SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang yang berjaya memperolehi Sijil Antarabangsa Gemini Certified Educator.
Layari laman rasmi pensijilan Google di
https://educertifications.google/
Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua sekolah dan guru negeri Johor.