24/12/2025
๐ฅ PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR 2026 ๐ฅ
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dengan penuh iltizam dan komitmen tinggi, bersama barisan pemegang taruh strategik termasuk ahli gabungan Persatuan Bolasepak Daerah serta District Training Centre (DTC), dan juga Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) dengan bangganya mempersembahkan Pelan Program Pembangunan Bola Sepak Negeri Johor Tahun 2026.
Sebanyak ENAM (6) PROGRAM PERTANDINGAN TERAS bakal menggegarkan landskap bola sepak Johor, merangkumi pembangunan akar umbi, bakat elit dan pertandingan kompetitif:
โฝ Johor Football League
โฝ Bola Sepak Amatur / Terbuka
โฝ Futsal
โฝ Bola Sepak Wanita
โฝ District Training Centre (DTC)
โฝ Johor Junior Cup
Kesemua program ini telah dirangka secara strategik dan berfasa, dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026 bermula Februari hingga Disember, sebagai kesinambungan usaha membina ekosistem bola sepak Johor yang mapan, berdaya saing dan berprestij di peringkat nasional serta antarabangsa.
Inilah pentas.
Inilah laluan.
Inilah masa depan bola sepak Johor.
โBERSAMA KITA MAJUKAN BOLA SEPAK NEGERI JOHORโ
05/11/2025
Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM/PBNJ bagi siri yang terakhir pada tahun 2025 ini seperti berikut:-
๐
5 hingga 7 Disember 2025
๐Bandar Penawar, Pengerang
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berminat bolehlah imbas kod QR atau hubungi pegawai seperti yang tertera.
"BERSAMA KITA MAJUKAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR"
05/11/2025
KEJOHANAN BOLA SEPAK C IKA CUP B10
PEMBANGUNAN BAKAT MURID
MSSD KLUANG 2025
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
SK Lelaki Bandar Kluang, Johor
pojek.aj creative design
C Ika Bridal
22/09/2025
MAKLUMAN KEJOHANAN JOHOR JUNIOR CUP 2026
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dengan kerjasama Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT FC) akan menganjurkan kejohanan bola sepak bertaraf tinggi, Johor Junior Cup 2026, bagi memberi peluang kepada bakat muda di negeri Johor untuk bersaing dan menunjukkan potensi mereka dalam sukan bola sepak.
Kejohanan ini akan melibatkan dua kategori utama, iaitu:
1. KATEGORI BAWAH 9 TAHUN (U9)
2. KATEGORI BAWAH 11 TAHUN (U11)
Penyertaan adalah terbuka kepada:
1. Semua akademi/kelab bola sepak amatur berdaftar/tidak berdaftar di negeri Johor
2. Sekolah-sekolah antarabangsa yang berdaftar dalam negeri Johor
Matlamat Kejohanan:
Johor Junior Cup 2026 bertujuan untuk menggalakkan perkembangan bola sepak di peringkat akar umbi serta memberikan platform yang tepat kepada pemain muda untuk mengasah bakat mereka. Kejohanan ini juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan, disiplin, dan kecemerlangan dalam sukan bola sepak di kalangan generasi muda.
Sesi Perjumpaan Bersama Pasukan yang Berminat:
Untuk memberikan maklumat lanjut dan menjawab sebarang pertanyaan, satu sesi perjumpaan bersama pasukan yang berminat akan diadakan pada tarikh dan lokasi berikut:
Sesi 1
๐ 11 Oktober 2025
๐ 10.00 pagi
๐Pejabat Daerah Muar
Sesi 2
๐ 11 Oktober 2025
๐ 2.00 petang
๐Pejabat Daerah Batu Pahat
Sesi 3
๐ 12 Oktober 2025
๐ 2.00 petang
๐Pejabat Daerah Johor Bahru
Penyertaan dalam sesi ini adalah sangat digalakkan bagi memastikan semua maklumat berkaitan kejohanan, pendaftaran, dan peraturan dapat disampaikan dengan jelas kepada semua pihak.
Maklumat Kejohanan:
Tarikh Kejohanan: Maklumat lanjut akan dimaklumkan setelah penyertaan diterima.
Lokasi Kejohanan: Kejohanan ini akan diadakan di lokasi yang strategik di sekitar negeri Johor.
Format Kejohanan: Format pertandingan akan diumumkan mengikut bilangan penyertaan dan kategori.
Tanggungjawab Penyertaan:
Pasukan yang berdaftar hendaklah memastikan kelengkapan, kecergasan, dan keselamatan pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Pihak penganjur akan menyediakan fasiliti dan pengurusan terbaik untuk kelancaran kejohanan.
Proses Pendaftaran:
Sila lengkapkan borang pendaftaran ini untuk mengesahkan penyertaan pasukan anda seperti berikut:-
https://forms.gle/LCc7kbZyBd1HiPfk7
https://forms.gle/LCc7kbZyBd1HiPfk7
https://forms.gle/LCc7kbZyBd1HiPfk7
Sila hubungi Pegawai seperti berikut bagi sebarang pertanyaan:-
Muar - En Hedir (012-602 0402)
Batu Pahat - En Azfiq (012-632 1474)
Johor Bahru - En Hafiz (017-707 8797)
Pastikan semua butiran yang diberikan adalah tepat dan lengkap. Pasukan yang layak akan dimaklumkan mengenai langkah seterusnya selepas pendaftaran diterima.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kejohanan yang berprestij ini dan memberi pengalaman berharga kepada pemain muda anda!
"BERSAMA KITA MAJUKAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR"
24/07/2025
Big shout out to my new rising fans!
Anna John, Amy Amy
24/07/2025
๐ Facebook recognised me as a consistent reels creator this week!
10/07/2025
Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard!
Syed Fahmi Tuan Long, Apo Apo, Eila Zaila
10/07/2025
Big shout out to my newest top fans! ๐
KB EAGLES FC, Rohaizat Ahmad, Mat Spekoq, Siti Aishah, Abdul Rahim, Maria Husnah Isa, Abdullah Dol, En Puan Adlie, Faizihilmi Ramli, Mohd Fairuz, Hazelah Ramlee, Ct Zainon Tumijan, Eiwan Wan, Pakteh Radhi, Shieda Haszmi, Norshamsi Mustajap, Khair Jaiz, Azwan Kasim, Mohd Khari Ismail, Hamzah Mohd Salleh, Noor Efendi Ismail, Mohd Shaifulnizam
Drop a comment to welcome them to our community, fans