17/11/2022
Diharap takde yang akan tak keluar ayat 'kata coach manis, coach garang rupanya'🤭🤭
Bertabahlah ya😬😬
Personal Trainer
Certified Fitness Instructor & Gym Instructor
17/11/2022
Diharap takde yang akan tak keluar ayat 'kata coach manis, coach garang rupanya'🤭🤭
Bertabahlah ya😬😬
Program Virtual Dumbbells terakhir untuk 2022. Alhamdulillah 15 orang yang telah mendaftar untuk batch kali ni. Bila hujung tahun, biasanya memang susah sikit nak dapat trainee sebab tren kebanyakan orang , 'motivasi' menurun tidak seperti semangat awal tahun dan ramai dah 'ON' mood bercuti. Tak sangka juga boleh dapat seramai ni.
Saya juga kurang buat iklan,ada 2-3 iklan je saya buat. Saya pun tak bersungguh seperti awal tahun, takde post testimoni program, takde post gambar trainee 'sebelum selepas'.
Pun boleh berjaya menarik mereka untuk masuk program. Rasa macam 'wow, program ni dah berjaya wujud kepercayaan pada follower kami. Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah..
Program ni pun dah seminggu berjalan. Hari ni sesi latihan ke-3. Tahniah semua & kekalkan momentum ya.
07/11/2022
Batch akan datang bermula 12 November hingga 24 Disember 2022.
Tinggal 3 tempat sahaja. Terima kasih pada yang telah mendaftar.
https://toyyibpay.com/Virtual-Dumbbells-Program
24/10/2022
CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN SEMASA PENURUNAN BERAT ATAU SEMASA 'BODY RECOMPOSITION'.
1. Guna pita ukur plastik yang fleksibel iaitu yang biasa digunakan oleh tukang jahit. Jangan guna metal yang digunakan untuk ukur bangunan.
2. Sebaiknya gunakan pita ukur UK tapi sekiranya ada pita ukur China, boleh sahaja tapi pastikan guna pita yang sama setiap kali. Jangan sekejap pita ukur UK, sekejap pita ukur China.
3. Ambil ukuran 2-3 kali dan ambil bacaan purata.
4. Semasa mengukur pakai pakaian yang nipis dan paling ketat. Jangan semasa pakai jeans atau pakaian baggy contohnya, (termasuk bra, jangan pakai yang span tebal). Sebolehnya pakai pakaian yang sama bila hendak ambil ukuran p**a.
5. Guna unit yang sama sekiranya dalam cm teruskan dalam cm, sekiranya dalam inci, gunakan inci sahaja.
6. Ambil ukuran dalam keadaan berdiri tegak dan mendada bukan membongkok.
7. Ukur dalam horizontal, tidak senget.
8. Ukur tempat yang sama, tak nak kejap atas kejap bawah.
9. Tulis untuk rekod, jika tidak tulis nanti lupa. (Sekiranya nak dalam bentuk pdf untuk print, boleh pm saya).
10. Buat ukuran setiap bulan. Bagus jika ambil gambar setiap bulan juga. Timbang boleh seminggu sekali.
UNTUK UKURAN
1. ARM : Luruskan tangan, dalam keadaan rileks cari titik tengah tengah antara bahu dan siku iaitu area bisep.
2. BUST : Bahagian tengah payudara, yang paling tinggi.
3. CHEST : Berdiri dalam keadaan mendada, betul-betul bawah payudara.
4. WAIST : Ukuran pinggang. Bahagian paling ramping atau titik kita boleh bengkok ke kiri atau kanan.
5. HIP : Ukuran punggung yang paling lebar, biasanya 7-9 inci dari bahagian pinggang (bahagian yang kita gunakan untuk duduk)
6. THIGH : Bahagian peha paling besar, bahagian ni paling sukar untu dapat bacaan tempat sama jadi untuk memudahkan tanda, boleh ambil bacaan 5-6 inci dari garis punggung.
7. CALF : bahagian ¾ betis atau 5-6 inci dari garis lutut.
09/10/2022
Wajibkah kira kalori? TIDAK! Saya sendiri sekarang tidak lagi mengira kalori tetapi saya masih kawal kalori.
Bagaimana untuk kawal kalori? Pada permulaan, memang kena kira. Kenapa? Soalan kembali, Kenapa kita ada masalah berat badan? TABIAT terlebih makan hari-hari. Yang kita nak ubah adalah 'tabiat terlebih'.
Bagaimana untuk ukur setakat mana TERLEBIH itu adalah dengan mengira. Sesuatu yang dikira atau disukat lebih mudah untuk uruskan.
Contoh: kurangkan nasi, lebihkan lauk.
Kurang berapa kurang? Lebih berapa lebih?
"Saya dah kurang kan nasi, lebihkan lauk, kenapa berat saya masih tak turun?" Kerana masih TERLEBIH kalori.
Kiralah untuk nampak patern. Sampai 1 ketika, boleh perasan, oooo..banyak ni je had aku boleh makan, kalau lebih mesti naik. Lepas tu tak yah kira dah, ikut sahaja rutin had itu.
Tanpa mengira juga, seseorang itu sangat mudah terlalu kurang makan. Oklah kan? Lagi banyak kurang, lagi cepat turun berat. Sayangnya kehidupan ni, tidak begitu. Paling lama kita boleh bertahan untuk terlalu kurang makan adalah 2 minggu. Kemudian kita dah semakin lesu , lapar dan isu craving. Saka kita dah nak mula mengganas. Makan sedikit dalam tempoh sekejap itu senang, makan sedikit dalam tempoh lama sangat-sangat susah.
“eh, taklah..Saya memang jenis makan sikit je”
Kalau jenis makan sedikit kenapa ada masalah berat badan? Sebab masih terlebih, kita nak cut yang terlebih tu sahaja. Bukan kena cut teruk-teruk pun. Ia lebih mudah untuk konsisten.
WAJIBKAH BERSENAM?
Tidak juga, masih boleh turunkan cuma seperti contoh dalam infografik. Dengan 1900 kcal dah surplus kalori sedangkan 1900 kcal yang sama boleh jadi defisit kalori. Bersenam dan masih boleh makan banyak 1000 kali lebih senang dari diet makan sikit.
Tapi senam nak buat apa? Virtual dumbbells kan ada, yang pusing 1 dunia cari program terbaik sedangkan ada ni ha depan mata. Roger-roger dih
04/10/2022
ANSUR MAJU
Pernah berada disituasi plataeu, dimana rasa dah lama jaga makan & senam tapi macam takde hasil? Kita takkan dapat hasil yang berbeza pada usaha yang sama. Jadi kenalah tingkatkan usaha. Meningkatkan usaha itu yang dipanggil ansur maju.
29/09/2022
PRE-WORKOUT MEALS
APA YANG PERLU SAYA MAKAN SEBELUM BERSENAM?
Ini adalah cadangan untuk makan apa, ia bergantung berapa jam lagi mula bersenam. Contoh hendak bersenam pukul 8 malam & nak makan pukul 6 petang.
Untuk yang bertanya, boleh atau tidak bersenam dengan perut kosong. Tidak ada masalah jika masih mampu perform dengan baik & senaman tersebut masih boleh ada ansur maju. Itu lebih penting dalam senam, sayanglah jika tak dapat progres hanya sebab tak larat.
Nanti saya sambung tentang POST-WORKOUT MEALS.
Jangan lupa follow supaya tak terlepas nanti.
Nak bersenam bersama kami?
Klik Link
https://toyyibpay.com/Virtual-Dumbbells-Program
16/09/2022
SAKITNYA DOMS!!!
Sakitkan lepas join event larian, ikut kawan hiking atau hari pertama lepas leg day. Jalan macam ketam. Tapi tak semestinya bersenam sahaja rasa sakit otot, kemas rumah besar-besaran seperti alihkan perabot, aktiviti gotong royong, pindah umah, berkebun, ada rasa sakit badan kan? Dan tak semestinya angkat berat juga, jogging, yoga, hiking, senamrobik, zumba juga boleh doms.
Bukan untuk pemula sahaja, atlet & pakar senaman pun tak boleh lari dari rasa doms ni. Betul, ia sepatutnya jadi pada latihan yang tak biasa. Boleh jadi pada latihan yang lama ditinggalkan, atau sekadar menaikkan intensiti atau tempoh latihan yang biasa dibuat sebelum ini.
Jom baca tentang DOMS :
Nak senam dengan lebih baik
https://toyyibpay.com/Virtual-Dumbbells-Program
11/09/2022
Antara item cenderamata dari Fit@Home.
Sebelum ini adalah sebagai hadiah bagi peserta-peserta yang berjaya sempurna kan cabaran sepanjang program Virtual Dumbbells.
Kami sedang merancang lebih banyak produk seperti tudung sukan & beg gym.
10/09/2022
Macam selalu, saya akan teruja bila mula batch baru..Seronok & tak sabar-sabar nak sharing macam-macam pada trainee-trainee baru.
Semalam dah mula dengan -nutrion talk dari saya dan malam ni p**a fitness talk dari coach Faiz . Kemudian bermula esok adalah sesi dera trainee..Eh silap-silap, sesi latihan senam bebanan. Diharap batch kali komited & komitmennya sama seperti senior-senior mereka sebelum ni.
Teringat p**a kata2 syah masa majlis penutup, syah suruh mak dia teka berapa harga program yang dia join ni, dengan kelas diet, kelas senam &tengok diet. Mak syah teka RM1000.
Berbunga-bunga hati saya & coach Faiz. Berada di mata orang yang betul, tingginya nilai.
Bagi yang tak tahu, rasa mahal RM350 tapi bagi tahu RM350 ni terlalu murah. Nak-nak jika dibanding produk ribu-raban.
Ke sebab tak guna produk tu rasa mahal?Ubah mentaliti ok.
Harga bukan hanya pada barang. Yuran, ilmu, masa, progarm yang dibuat juga ada harga.
Pernah juga dapat pm, "program ni berbayar ke?"
soalan tu sama level "saya nak kahwin dengan awak, ada mas kahwin ke"😅.
Takkan lah takde kan? Free terus dia bagi. huhuhu sampai hati.
Saya jawab je, 'kalau free baik saya tidur'. Hmmmm. Janganlah macam tu ok.