27/09/2026
🌟 SELAMAT DATANG KE SEMESTER BAHARU
Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,
Kami daripada Kelab Petanque Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ingin mengucapkan Selamat Datang ke Semester Baharu kepada seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan khususnya ahli keluarga Kelab Petanque UMK.
Semoga semester baharu ini menjadi permulaan yang baik untuk kita terus melangkah dengan semangat, azam dan motivasi yang baharu. 📚✨
Marilah kita bersama-sama mencipta lebih banyak kenangan, memperkukuhkan ukhuwah, meningkatkan kemahiran serta mengharumkan nama Kelab Petanque UMKmelalui penglibatan dalam aktiviti dan kejohanan yang akan datang. 💪🏻⚡
Jadikan semester ini sebagai ruang untuk kita belajar, berkembang dan mencipta kejayaan bersama. Semoga setiap usaha yang dilakukan dipermudahkan dan membuahkan hasil yang membanggakan.
Selamat kembali ke kampus dan selamat memulakan semester baharu!🎓✨
Sekian, terima kasih.
EliteThunder ⚡