RWEM FC

RWEM FC

Share

RWEM FC is an official Football Club established under Rohm Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd

Photos from RWEM FC's post 30/09/2023

Tamat sudah perjuangan pasukan RWEM FC U-16 di saingan liga SCFL U16 2023 setelah tewas tipis kepada lawan yang merupakan juara pada peringkat kumpulan baru baru ini.

Meskipun tewas, perlawanan separuh akhir ini boleh dikatakan antara persembahan terbaik yang pernah ditonjolkan pemain-pemain RWEM FC yang berjuang habis habisan untuk memburu kemenangan bagi melayakkan diri ke pusingan akhir namun rezeki tidak berpihak kepada kami. Sekali lagi semangat yang ditunjukkan membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak walaupun berdepan lawan yang kuat.

Dengan ini pasukan RWEM FC U-16 telahpun menoktahkan musim 2023 secara rasmi dan tidak akan meneruskan aktiviti untuk menyertai mana mana kejohanan untuk baki musim tahun ini. Segala perkembangan pasukan akan dimaklumkan kelak.

😔Our Last Dance Together😔
🔥usaha kami untuk mereka ⚽️
⚽️Our PRIDE💪

Photos from RWEM FC's post 23/09/2023

Tamat pusingan ke-2 Liga SCFL U-16 2023 menyaksikan pasukan RWEM FC berhasil memungut 6 mata dari 2 kemenangan. Prestasi pasukan di pusingan ke-2 boleh dikatakan sebagai peningkatan yang membanggakan. Pemain2 memberi komitmen penuh serta tentangan sengit dalam setiap perlawanan membuktikan tiada yang mustahil untuk mendapatkan kemenangan sekiranya pemain2 memberikan yang terbaik 💪💪

Secara keseluruhannya pasukan RWEM FC berjaya mengumpulkan 9 mata hasil dari 3 kemenangan di peringkat kumpulan sekaligus melayakkan pasukan ke pusingan kalah mati (separuh akhir) dan dijadualkan untuk melawan juara kumpulan.

Semoga pasukan dapat memberikan persembahan terbaik di perlawanan separuh akhir. Menang adalah bonus dan kalah adalah pengajaran berguna untuk meningkatkan kualiti permainan di masa hadapan 🔥

😔semakin hampir ke penghujung 😔
🔥usaha kami untuk mereka ⚽️
⚽️On to the LAST DANCE💪

Photos from RWEM FC's post 06/08/2023

Tamat pusingan pertama kejohanan SCFL U16 2023 yg telah bermula awal Julai lepas menyaksikan pasukan RWEM FC U-16 berada pada kedudukan ke-4 daripada 5 pasukan yang bertanding dengan rekod 3 perlawanan tewas serta berjaya memungut 3 mata berharga dari satu kemenangan pada perlawanan terakhir pusingan pertama.

Satu pencapaian yang positif jika dilihat dari sudut keseluruhan yang mana pemain2 telahpun menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan serta persefahaman yang jitu walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan dan kekurangan.

In sha Allah pada pusingan ke-2 pasukan RWEM FC U-16 akan terus memberi cabaran serta saingan sengit kepada pasukan2 lain yang bertanding. Matlamat utama adalah pendedahan serta pengalaman buat pemain2.. tewas adalah pengajaran dan menang adalah bonus 💪⚽️🔥💪⚽️🔥

** Kejohanan SCFL U16 adalah kejohanan format liga bagi akademi pembangunan bola sepak dgn penyertaan pasukan2 dari sekitar Kota Bharu & Pasir Mas

Photos from RWEM FC's post 22/07/2023

Coach Rezal Zambery Yahya (Pengarah Pembangunan Akar Umbi Kelantan United) bersama Coach Ivan Yusof (Pengarah Teknikal Kelantan United) hadir ke perlawanan kejohanan SCFL U-16 melibatkan pasukan RWEM FC U-16 bagi memerhatikan prestasi serta persembahan pemain terpilih mewakili Kelantan United U-16 serta melihat pemain-pemain lain yg berpotensi.

"Main bola sepak ni yg penting kita kena enjoy.. kalah ke menang ke dua2 kena enjoy.. jgn time menang ja nak happy.. peringkat umur macam ni kena pentingkan improvement diri bukan keputusan perlawanan" - memetik ayat pesanan Coach Rezal Zambery kepada pemain RWEM FC 😎⚽️🔥💪

10/06/2023

RWEM FC weekly training session 10th June 2023
Padang RSK Pengkalan Chepa
Training Module - Running with the ball ⚽️🏃‍♂️

Photos from RWEM FC's post 03/06/2023

Friendly Match 3rd June 2023
RWEM FC Vs KB Juniors FC
-------------------------------------------------------------
Perlawanan pemanas badan sebagai persediaan menyertai liga yang bakal bermula tidak lama lagi. Permainan kompetetif yang ditonjolkan kedua-dua pasukan menyajikan satu perlawanan sengit yang mana pada akhirnya memihak kepada RWEM FC dengan kemenangan tipis 2 : 1

Separuh masa pertama, perlawanan banyak didominasi oleh pasukan KB Juniors FC dengan serangan bertali arus ke arah gol RWEM FC. Hasilnya satu jaringan menerusi sepakan penalti berjaya dihasilkan setelah pertahanan RWEM FC dipersalahkan kerana menjatuhkan pemain lawan dalam kawasan penalti.

Separuh masa kedua situasi perlawanan telah berubah dengan permainan banyak didominasi pasukan RWEM FC dengan kemasukan pemain-pemain utama. Hasilnya 2 gol berjaya dijaringkan yang mana 1 gol menerusi penalti dan 1 gol padang (tandukan cantik penyerang RWEM FC).

Separuh masa ketiga perlawanan dilihat seimbang diantara kedua-dua pihak yang sentiasa berbalas serangan namun kedua-duanya gagal menambahkan jaringan.

Pelajaran yang paling berharga melalui perlawanan kali ini adalah pentingnya aspek kawalan emosi. Pemain-pemain harus bijak mengawal emosi masing-masing semasa perlawanan agar tidak melakukan tindakan yang boleh merugikan pasukan.

Photos from RWEM FC's post 06/05/2023

Sesi latihan pasukan pertama selepas berehat panjang sempena bulan Ramadhan & Hari raya aidilfitri. Alhamdulillah pelatih2 RWEM FC dalam keadaan sihat serta bersungguh2 untuk kembali berlatih bersama2 💪💪

**Tempoh latihan terpaksa dipendekkan memandangkan musim panas dgn suhu tinggi pada ketika ini boleh menyebabkan risiko heat stroke. Kesihatan & keselamatan pelatih2 sentiasa menjadi tanggungjawab serta keutamaan para jurulatih kami**

11/03/2023

INSIDE TRAINING Vol.12
RWEM FC Academy
11th March 2023
‐--------------------------------------------------------------------------
There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work and learning from failure
- Colin Powell -

The Young Samurai training session continue as usual ⚽️🔥💪🔥⚽️

25/02/2023

INSIDE TRAINING Vol.11
RWEM FC Academy
25th February 2023
‐--------------------------------------------------------------------------
Sesi latihan pasukan diteruskan seperti biasa pada cuti persekolahan. Latihan menumpukan aspek physical toughness serta sesi sparring ringan antara dua team RWEM FC ⚽️
Dalam serious ada fun nya.. dua2 elemen yg cukup penting dlm pembangunan bakat2 muda masa hadapan 🔥💪🔥

18/02/2023

TERIMA KASIH Excel Printing & Copy Centre dan Excel.sub atas kesudian menjadi Rakan Strategik RWEM FC bagi musim 2023 👏👏
Excel Printing akan menaja jersi-jersi latihan serta perlawanan bagi pemain-pemain serta para jurulatih pasukan ⚽️⚽️

Welcome to RWEM FC family 🤝🤝👏🔥

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Lot 1320 Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II
Kota Bharu
16100