Kelab Renang Kel Kelantan

Directions Contact the business

Kelab Renang Kel Kelantan 🏊🏊🏊🏊🏊🏊
(1)

Kursus Belajar Berenang Fast Track Wanita Siri 1/26Wanita hari ini harus pandai berenang! Selain membina keyakinan di ai...
03/10/2026

Kursus Belajar Berenang Fast Track Wanita Siri 1/26

Wanita hari ini harus pandai berenang! Selain membina keyakinan di air, berenang juga merupakan kemahiran penting untuk keselamatan diri. πŸ’™

Program anjuran Kelab Renang Kel Kelantan (KRK) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan(JBSNK) ini berjalan dengan ceria. Sepanjang tempoh pembelajaran, ramai peserta telah menunjukkan kemajuan dan berjaya menguasai teknik renang dengan baik dalam masa yang singkat.

Bimbingan jurulatih yang berpengalaman, kaedah pengajaran yang mudah difahami serta komitmen peserta itu sendiri yang bekerja keras datang berlatih walaupun jauh, sanggup meredah cuaca panas dan hujan, berlatih tanpa menghiraukan penat lelah menjadi kunci kepada kemajuan mereka sendiri. Orang-orang yang kental beginilah yang akan berjaya.

Melalui kursus Fast Track Wanita ini juga, KRK telah berjaya melahirkan ramai jurulatih renang bertauliah yang kini turut diserap masuk ke dalam program kerajaan seperti Kemahiran Latihan Asas Sukan RENANG. Daripada ZERO mereka berusaha belajar menguasai teknik renang, dan mereka juga boleh membimbing masyarakat dan berkongsi kemahiran dengan lebih ramai peserta. πŸŠβ€β™€οΈπŸ’™

Kursus Siri 1/26 akan diteruskan seperti biasa pada minggu hadapan bagi memantapkan lagi kemahiran peserta. Wanita yang berminat untuk belajar berenang dan berhasrat untuk menjadi jurulatih boleh menghubungi urus setia KRK untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Kursus Fast Track Wanita Siri 2/26.

Jangan lepaskan peluang belajar berenang melalui saluran yang betul. Kelab yang berdaftar dibawah KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KBSMalaysia Jadikan berenang kemahiran untuk sepanjang hayat! πŸ’ͺ

Urusetia: 012-834 9036

20/09/2026

Fast Track !

19/09/2026
15/09/2026

🌊 KLAS RENANG FASA 2/2026 AKAN KEMBALI!

Get ready, warga Kelantan! πŸ’ͺπŸŠβ€β™€οΈπŸŠβ€β™‚οΈ

Peluang untuk kanak-kanak B40 belajar berenang secara PERCUMA bakal dibuka kembali menerusi KLAS Renang Fasa 2/2026.

Bukan sekadar belajar berenang, anak-anak akan dibimbing untuk membina keyakinan di dalam air, kemahiran asas renang dan keselamatan diri.

πŸ“£ Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi!
Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang ini.

Dari asas, bina keyakinan di dalam air.
Renang Untuk Semua.

Untuk kami survey jumlah bilangan peserta yang betul-betul perlu belajar berenang secara percuma sila komen dibawah.

πŸ“’ PENDAFTARAN FAST TRACK WANITA SIRI 2/2026 KINI DIBUKA!Bagi wanita yang tidak berkesempatan menyertai Fast Track Wanita...
11/09/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN FAST TRACK WANITA SIRI 2/2026 KINI DIBUKA!

Bagi wanita yang tidak berkesempatan menyertai Fast Track Wanita Siri 1, anda kini boleh mendaftar untuk menyertai Fast Track Wanita Siri 2/2026.

Program anjuran Kelab Renang Kel Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari asas renang, meningkatkan keyakinan di dalam air serta menguasai kemahiran keselamatan dan kelangsungan hidup. Sijil penyertaan disediakan.

πŸ“Œ Tempat adalah terhad.
Hubungi urusetia untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:

Wasap: 012-834 9036

Daftar segera!

Terbuka kepada peserta wanita yang berumur 13thn dan ke atas.

11/09/2026

11 SEPTEMBER 2026 | BACHOK, KELANTAN

Kursus Belajar Berenang Fast Track Wanita Siri 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya, anjuran Kelab Renang Kel Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Sambutan terhadap program kali ini amat luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan wanita daripada beberapa daerah di Kelantan, termasuk peserta dari negeri Terengganu. Penyertaan rentas daerah dan negeri ini membuktikan bahawa kesedaran terhadap kepentingan kemahiran berenang, keselamatan air dan kecergasan fizikal semakin berkembang dalam kalangan wanita.

Program ini menyediakan latihan yang sistematik dan mesra wanita bagi membantu peserta meningkatkan keyakinan di dalam air, menguasai teknik asas renang serta mempelajari kemahiran keselamatan dan kelangsungan hidup. Penglibatan aktif para peserta turut memperlihatkan potensi besar wanita dalam pembangunan sukan renang dan aktiviti akuatik.

Sokongan kukuh daripada JBSN Kelantan amat bermakna dalam membantu Kelab Renang Kel melaksanakan program yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti. Kerjasama strategik antara organisasi sukan dengan agensi kerajaan seperti ini dapat memperluas akses masyarakat kepada aktiviti sukan yang selamat, inklusif dan berkualiti.

Melihat kepada sambutan yang sangat menggalakkan, program Fast Track ini dirancang untuk terus diperkembangkan ke daerah-daerah lain serta diperluas ke negeri-negeri lain pada masa hadapan. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai wanita yang yakin, aktif dan memiliki kemahiran keselamatan air sebagai satu keperluan penting dalam kehidupan.

Kelab Renang Kel
Memperkasa wanita melalui kemahiran renang dan keselamatan air.

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Hazri Nizam Zakaria
KBSMalaysia
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu
Majlis Sukan Negeri Kelantan
MAQRA - Malaysia Aquatic Rescue Association
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

πŸžοΈπŸ’¦ JUNGLE WATER TUBING – GUA MUSANG πŸ’¦πŸžοΈAssalamualaikum semua! 😍🌊 Jom sertai aktiviti Water Tubing di Sungai Ketil, Gua ...
07/09/2026

πŸžοΈπŸ’¦ JUNGLE WATER TUBING – GUA MUSANG πŸ’¦πŸžοΈ

Assalamualaikum semua! 😍

🌊 Jom sertai aktiviti Water Tubing di Sungai Ketil, Gua Musang bersama Sir Ja! πŸ”₯

πŸ“‹ MAKLUMAT AKTIVITI

πŸ“ Lokasi: Sungai Ketil, Gua Musang
πŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: Waktu pagi
⏱️ Tempoh: ±2 jam
πŸ’° Yuran: RM65 seorang

πŸ”— Berminat?

πŸ“ž Pertanyaan / 019-490 3281

🌊πŸ”₯ LET’S GET WET!
Layan arus β€’ Lepaskan tekanan β€’ Cipta kenangan! 😎🏞️

30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena 31 Ogos 2026, marilah kita bersama-sama mengenang perjuangan dan pengorbanan mereka yang terdahulu demi sebuah negara yang merdeka.

Semoga Malaysia terus aman, maju dan makmur, serta rakyatnya sentiasa bersatu hati tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Jiwa Merdeka, Semangat Malaysia!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada,
KELAB RENANG KEL (KRK)
Bersama Melangkah Lebih Jauh

πŸŠβ€β™‚οΈ KURSUS BELAJAR BERENANG FAST TRACK LELAKI SIRI 1 TAHUN 2026 MELABUHKAN TIRAIAlhamdulillah, Kursus Belajar Berenang ...
21/08/2026

πŸŠβ€β™‚οΈ KURSUS BELAJAR BERENANG FAST TRACK LELAKI SIRI 1 TAHUN 2026 MELABUHKAN TIRAI

Alhamdulillah, Kursus Belajar Berenang Fast Track Lelaki Siri 1 Tahun 2026 telah berakhir dengan jayanya.

Program ini memberi fokus kepada golongan belia, dengan memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran berenang secara intensif, bermula daripada asas, membina keyakinan dalam air serta meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan dan kemahiran survival di air.

Majlis penutup telah diserikan dengan kehadiran Pn. Bazlina binti Bakri, pegawai daripada PBSD Kota Bharu yang turut menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan serta hadiah kepada peserta terbaik. πŸ†πŸ‘

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program pembangunan belia seperti ini.

❀️ PENGHARGAAN KHAS

Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua coach Kelab Renang Kel KelantanKelab Renang Kel (KRK) yang telah mencurahkan masa, tenaga dan ilmu dalam membimbing para peserta sepanjang program berlangsung.

Terima kasih juga kepada barisan pengurusan dan urus setia KRK, serta semua pihak dan crew yang bertungkus-lumus di belakang tabir bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Penghargaan istimewa turut diberikan kepada pemilik D'Heritage Resort & Training Centre, Tuan Lawyer Zainal & Isteri, serta En. Habib dan seluruh crew D Heritage atas kerjasama, layanan dan sokongan yang sangat baik sepanjang program dijalankan di sini. πŸ€πŸ’™

Tanpa komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak, kejayaan program ini tentunya tidak dapat direalisasikan.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus. Semoga segala kemahiran yang dipelajari menjadi satu kemahiran hidup yang bermanfaat dan terus diamalkan.

Daripada tidak tahu berenang, kepada lebih yakin dan selamat di air. πŸŒŠπŸ’™

KELAB RENANG KEL (KRK)



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Hazri Nizam Zakaria
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KBSMalaysia
fans
Majlis Sukan Negeri Kelantan
Siti Norina Muhamad
MAQRA - Malaysia Aquatic Rescue Association
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Dr Hafidzah Mustakim

Air memberi kehidupan, tetapi air juga boleh membawa risiko.Jadi, belajarlah berenang untuk diri sendiri dan galakkan an...
20/08/2026

Air memberi kehidupan, tetapi air juga boleh membawa risiko.

Jadi, belajarlah berenang untuk diri sendiri dan galakkan anak-anak serta keluarga kita belajar berenang.

Belajar berenang hari ini, selamat untuk esok.

KELAB RENANG KEL (KRK)
Berenang β€’ Keselamatan β€’ Kemahiran Hidup

Address

Kota Bharu
15300

Opening Hours

Thursday 18:00 - 19:00
Saturday 20:00 - 21:00
Sunday 20:00 - 21:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Renang Kel Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Renang Kel Kelantan:

Shortcuts

Share