30/07/2026
SUKANEKA PERPADUAN TABIKA DAN TASKA PERPADUAN TELAH MEMERIAHKAN SUASANA KOMBES KELANTAN
KELANTAN, 30 JULAI 2026 – Sukaneka Perpaduan Tabika dan Taska Perpaduan Derah Kota Bharu telah memeriahkan suasana di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Sukaneka tersebut telah dilaksanakan pada 16 Julai 2026 yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dengan seramai 150 orang penyertaan keseluruhannya.
Turut hadir Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan di majlis perasmian sukaneka tersebut. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
30/07/2026
MAKLUMAN PENUTUPAN FASILITI SUKAN DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN
KELANTAN, 30 JULAI 2026 – Makluman penutupan sementara fasiliti sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja menaiktarag padang bola sepak sedia ada. Fasiliti yang terlibat dengan penutupan adalah Trek dan Balapan, Dewan Terbuka, Gelanggang Futsal, Gelanggang Tenis dan Gelanggang Boling Padang yang akan bermula pada 01 Ogos 2026.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
22/06/2026
KOMBES KELANTAN DIMERIAHKAN DENGAN KEJOHANAN FUTSAL PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA 2026
KELANTAN, 22 JUN 2026- Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah dimeriahkan oleh Kejohanan Futsal Piala Presiden PACSU Malaysia 2026. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 18 Jun 2026 bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Anggaran seramai 120 orang peserta yang telah menyertai kejohanan tersebut dari seluruh Negeri di Malaysia.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
RakanMuda MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
22/06/2026
KEJOHANAN DART BEREGU TERTUTUP PANTAI TIMUR DI
KOMBES KELANTAN
KELANTAN, 22 JUN 2026 – Kejohanan Dart Beregu Tertutup Pantai Timur yang dianjurkan oleh Black Ant Dart Club telah berjaya dilaksanakan di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Kejohanan tersebut telah dianjurkan pada 17 Jun 2026 yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Anggaran seramai 120 orang peserta yang telah menyertai kejohanan tersebut dari seluruh Negeri Malaysia.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan turut hadir Puan Siti Nurnajwa binti Che Kar, Penolong Pengurus, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
RakanMuda MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
13/04/2026
REVOLUSI DIGITAL: BELIA KELANTAN TERAJUI KECEKAPAN ORGANISASI MENERUSI TEKNOLOGI AI
KOTA BHARU, 13 APRIL 2026 – Dalam usaha memartabatkan kemahiran digital di kalangan pemimpin pertubuhan belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah menganjurkan kursus intensif bertajuk "Program Belia dan AI: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Organisasi".
Program yang berlangsung selama dua hari pada 07 dan 08 April 2026 ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri (Panji) dan dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan belia dari seluruh pelusuk negeri bagi memperkasa pentadbiran moden. Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang mampu meringankan beban kerja pentadbiran serta meningkatkan produktiviti pengurusan organisasi belia agar lebih sistematik dan profesional.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan. Sebagai tanda penghargaan, sesi penyampaian cenderamata turut diadakan bagi menghargai komitmen para penceramah dan penggerak program yang telah menjayakan inisiatif transformasi digital ini.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
RakanMuda MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
13/04/2026
KOMBES KELANTAN DIMERIAHKAN DENGAN KSSYIK ZON KB 3
KELANTAN, 13 APRIL 2026 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES Kelantan) telah dimeriahkan dengan Kejohanan Sukan Sekolah Yayasan Islam Kelantan (KSSYIK) Zon Kb 3 yang berlangsung pada 07 dan 09 April 2026 yang telah diasingkan dengan kejohanan bagi kategori lelaki pada 07 April 2026 dan kategori perempuan pada 09 April 2026. Kejohanan tersebut telah berlangsung bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang dengan seramai 600 orang pelajar keseluruhannya.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
MalaysiaMADANI RakanMuda MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
13/04/2026
KSSYIK ZON KB 1 SENTIASA MEMILIH KOMBES KELANTAN
KELANTAN, 13 APRIL 2026 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES Kelantan ) telah dimeriahkan dengan penganjuran Kejohanan Sukan Sekolah Yayasan Islam Kelantan Zon KB1 (KSSYIK ZON KB1) yang berlangsung pada 05 dan 06 April 2026 (Ahad dan Isnin) yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kejohanan tersebut telah melibat pelbagai acara, antaranya adalah acara bola tampar, acara bola sepak, acara badminton dan banyak lagi dipertandingkan dengan keseluruhan seramai 600 orang pelajar yang terlibat.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
RakanMuda MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
13/04/2026
PERMULAAN APRIL DENGAN KSSYIK ZON KB2 DI KOMBES KELANTAN
KELANTAN, 13 APRIL 2026 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan menjadi tumpuan ratusan atlet muda dalam Kejohanan Sukan Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi Zon Kota Bharu 2. KSSYIK Zon KB 2 telah dianjurkan pada 01 dan 02 April 2026 (Rabu dan Khamis) yang lalu dengan seramai 600 orang pelajar keseluruhannya. Kejohanan dua (2) hari ini menyaksikan persaingan sengit dalam memburu kejuaraan di peringkat zon sebelum melangkah ke peringkat negeri yang bakal berlaku pada 19 hingga 22 April 2026 akan datang.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
RakanMuda MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
12/04/2026
PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!
🏃♂️ Ready ke untuk larian paling FUN tahun ni?
Bayangkan…
Lari sambil kena mix of colour powder, music meriah, gelak ketawa dengan kawan-kawan, dan penuh moment yang boleh buat gambar viral! 📸
Itulah pengalaman Daly’a Colour Run!
Tahun lepas kita berlari dengan Tomok, Black and Family. Tahun ni dengan siapa ya agak agak?😍
Tahun lepas ada orang menang lambreta🤩. Tahun ni dapat apalah agaknya kan? Hehehe
Tak kisah anda pelari tegar atau sekadar nak enjoy —
yang penting kita lari, gelak dan penuh warna!
Daly’a colour run, kita bagi complete set sekali dengan:
🍄baju,
🍄nombor bib
🍄drawstring bag
🍄kit makanan
🍄insurance cover
🍄medal
Tag kawan yang wajib join sekali 👇
Jom daftar sekarang!
Daly'a Colour Run 2026 | 11 Julai, Kota Bharu
Larian warna paling meriah di Kelantan! Sertai Daly'a Colour Run 2026 — 11 Julai di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Cabutan bertuah lebih RM20,000!
20/03/2026
Salam Aidilfitri 1447H. Moga raya kali ini lebih bermakna, ceria, dan diberkati
Langit cerah berseri pagi,
Disapa indah sinar mentari,
Aidilfitri menyinari nurani,
Memperkukuh ukhuwah harmoni sejati.
Pagi Syawal di Kuala Kangsar berseri,
Angin sepoi membawa damai,
Andai tersalah tutur dan peri,
Di hari mulia maaf dipinta ikhlas di hati.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus Setia Media
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan