SportSync Empire

Directions Contact the business

SportSync Empire Membuat liputan dan menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti sukan khususnya bolasepak.

AKSI SEPARUH MASA KEDUAKelantan City FC dan Negeri Sembilan FC
02/09/2026

AKSI SEPARUH MASA KEDUA

Kelantan City FC dan Negeri Sembilan FC

1,200 penonton yang hadir untuk perlawanan Piala FA Kelantan City FC dengan Negeri Sembilan FC.
02/09/2026

1,200 penonton yang hadir untuk perlawanan Piala FA Kelantan City FC dengan Negeri Sembilan FC.

KEPUTUSAN PENUH | PIALA FA 2026Kelantan City FC 2️⃣-0️⃣ Negeri Sembilan FCKelantan City FC berjaya mencatat kemenangan 2...
02/09/2026

KEPUTUSAN PENUH | PIALA FA 2026

Kelantan City FC 2️⃣-0️⃣ Negeri Sembilan FC

Kelantan City FC berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Piala FA 2026.

KCFC membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 menerusi Ahmad Nazri. Bermula daripada hantaran menarik Faris Shah dari sebelah kiri, Ahmad Nazri menanduk kemas bola untuk menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan FC dan meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Sepanjang separuh masa pertama, Kelantan City FC tampil lebih mengancam dan berjaya menguasai rentak permainan. Namun, hujan yang mula turun pada minit ke-28 sedikit menjejaskan kelancaran permainan kedua-dua pasukan. 45 minit pertama jelas memihak kepada Kelantan City FC.

Memasuki babak kedua, Negeri Sembilan FC melakukan tiga pertukaran serentak dengan memasukkan Jovan Matika, Yusuke Minagawa dan Akram Mainan dalam usaha untuk mengubah corak permainan.

Kelantan City FC hampir menambah jaringan pada minit ke-68, namun Ikechukwu gagal menyempurnakan peluang keemasan apabila hanya berhadapan dengan penjaga gol KCFC, Adib Haikal.

Bagaimanapun, Ikechukwu menebus kekecewaan tersebut apabila berjaya menjaringkan gol kedua KCFC pada minit ke-84, sekali gus mengesahkan kemenangan 2-0 buat Kelantan City FC.

Emmanuel Ikechukwu menjaringkan gol kedua Kelantan City FC pada minit ke-84 menewaskan penjaga gol Azri Ab Ghani.Keduduk...
02/09/2026

Emmanuel Ikechukwu menjaringkan gol kedua Kelantan City FC pada minit ke-84 menewaskan penjaga gol Azri Ab Ghani.

Kedudukan semasa Kelantan City FC mendahului Negeri Sembilan FC dengan 2-0.

02/09/2026

Emmanuel Ikechukwu Penyerang import Kelantan City FC gagal menjaringkan gol pada minit ke-68 walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol Syahmi Adib Haikal.

AKSI SEPARUH MASA PERTAMAKelantan City FC 1-0 Negeri Sembilan FC
02/09/2026

AKSI SEPARUH MASA PERTAMA

Kelantan City FC 1-0 Negeri Sembilan FC

02/09/2026

⏱️ SEPARUH MASA PERTAMA | PIALA FA

Kelantan City FC 1-0 Negeri Sembilan FC

Bola hantaran Faris Shah dari sebelah kiri ditanduk kemas oleh Ahmad Nazri untuk meletakkan KCFC di hadapan pada minit ke-8.

Kelantan City FC tampil lebih mengancam gawang lawan sepanjang separuh masa pertama. Namun, hujan yang turun mulai minit ke-28 sedikit merencatkan rentak perlawanan.

45 minit pertama memihak kepada KCFC. Mampukah kelebihan ini dipertahankan sehingga wisel penamat?

⚽ Jaringan Gol | Piala FAKelantan City FC 1-0 Negeri Sembilan FCBola hantaran Faris Shah dari sebelah kiri ditanduk kema...
02/09/2026

⚽ Jaringan Gol | Piala FA

Kelantan City FC 1-0 Negeri Sembilan FC

Bola hantaran Faris Shah dari sebelah kiri ditanduk kemas oleh Ahmad Nazri untuk meletakkan KCFC di hadapan pada minit ke-8.

Senarai PemainPerlawanan Piala FAKelantan City FC lawan Negeri Sembilan FC📅 2 September 2026 | Rabu⏰ 9.00 malam🏟️ Stadiu...
02/09/2026

Senarai Pemain
Perlawanan Piala FA
Kelantan City FC lawan Negeri Sembilan FC

📅 2 September 2026 | Rabu
⏰ 9.00 malam
🏟️ Stadium Sultan Muhammad Ke-IV


Perlawanan Piala FAKelantan City FC lawan Negeri Sembilan FC📅 2 September 2026 | Rabu⏰ 9.00 malam🏟️ Stadium Sultan Muham...
02/09/2026

Perlawanan Piala FA
Kelantan City FC lawan Negeri Sembilan FC

📅 2 September 2026 | Rabu
⏰ 9.00 malam
🏟️ Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

🎟️ HARGA TIKET :
Astaka (Kerusi) — RM20
Astaka (Batu) — RM15
Terbuka Dewasa — RM10
Terbuka Kanak-kanak — RM5

Kaunter Stadium: 12.00 tengah hari – 9.30 malam


Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SportSync Empire posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SportSync Empire:

Shortcuts

Share