02/09/2026
📸 | Aksi perlawanan pertama pusingan 16, Piala FA 2026 menyaksikan Kelantan City Football Club memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengejutkan Negeri Sembilan Football Club 2-0.
Satu gol pada setiap babak menerusi Ahmad Nazri dan Emmanuel Ikechukwu membolehkan skuad Alfredo Gonzalez kelebihan dua jaringan sebelum aksi timbal balik di Paroi, minggu hadapan.
Foto DH Photo
02/09/2026
LAPORAN - KELANTAN CITY KEJUTKAN NEGERI SEMBILAN, BAWA BEKALAN DUA GOL KE PAROI
Kelantan City Football Club mencipta kejutan pada aksi pertama Pusingan 16 Piala FA 2026/27 selepas menewaskan kelab Liga Super, Negeri Sembilan Football Club 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Alfredo Gonzalez membawa bekalan dua gol untuk aksi timbal balik yang dijadualkan pada 8 September ini di Paroi.
The Fighters membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh selepas hantaran cantik Faris Shah Rosli disudahkan menerusi tandukan kencang Ahmad Nazri untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Syahmi Adib.
Negeri Sembilan yang diketuai penyerang muda, Abdul Rahman Daud cuba mencari jaringan penyamaan namun benteng Kelantan City FC ampuh bertahan hasil komunikasi baik antara Wan Amirul Afiq, Arbdallah Dandy dan penjaga gol, Fikri Che Soh.
Usaha pelawat mencari jaringan akhirnya dihukum dengan gol kedua tuan rumah menerusi penyerang import, Emmanuel Ikechukwu, pada minit ke-83 selepas satu serangan balas pantas berjaya melepasi benteng akhir sebelum menewaskan Azri Ghani.
Emmanuel Ikechukwu sebelum itu sepatutnya sudah meletakkan namanya dalam senarai penjaring namun peluang terbuka situasi satu lawan satu gagal disempurnakan dengan baik untuk mengecewakan kem Kelantan City FC.
Pada minit-minit akhir, Arbdallah Dandy hampir menambah derita Negeri Sembilan menerusi rembatan jarak jauh namun penjaga gol kebangsaan itu pantas menumbuk keluar bola bagi menyelamatkan gawangnya daripada bolos buat kali ketiga.
Tambahan masa tiga minit berakhir tanpa Negeri Sembilan FC mampu mendapatkan jaringan saguhati sekali gus mengesahkan kemenangan Kelantan City FC di hadapan lebih 1,000 penyokong yang hadir memberikan sokongan.
Berita Kelantan United Football Club
Foto DH Foto
02/09/2026
Kelantan City Football Club bawa bekalan dua gol ke Paroi untuk aksi timbal balik Pusingan 16, Piala FA 2026/27 apabila mengejutkan Negeri Sembilan Football Club di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
02/09/2026
83' Emmanuel Ikechukwu menggandakan kedudukan buat Kelantan City Football Club
Kelantan City FC 2-0 Negeri Sembilan FC
⚽🔵Ahmad Nazri m7'
⚽️🔵 Emmanuel Ikechukwu m83'
02/09/2026
65' Kedudukan tidak berubah.
Kelantan City FC 1-0 Negeri Sembilan FC
⚽🔵Ahmad Nazri m7'
02/09/2026
Berakhir babak pertama. Kelantan City Football Club mendahului Negeri Sembilan Football Club.
02/09/2026
30' Kedudukan masih kekal. Beraksi dalam cuaca hujan dan berangin.
Kelantan City FC 1-0 Negeri Sembilan FC
⚽🔵Ahmad Nazri m7'
02/09/2026
7' Golllll Kelantan City Football Club hasil tandukan cantik Ahmad Nazri.
Kelantan City FC 1-0 Negeri Sembilan FC
⚽🔵Ahmad Nazri m7'
02/09/2026
Kesebelasan utama Kelantan City Football Club menentang Negeri Sembilan Football Club.
Beri sokongan padu kepada The Fignters
02/09/2026
PREBIU PERLAWANAN
KELANTAN CITY FC vs NEGERI SEMBILAN FC
Kelantan City FC bakal berdepan satu ujian besar pada permulaan musim 2026/27 apabila menerima kunjungan kelab Liga Super, Negeri Sembilan FC bagi aksi pertama Pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV.
The Fighters hadir dengan momentum yang agak bercampur namun status sebagai pasukan bukan pilihan sedikit sebanyak mengurangkan tekanan ke atas mereka.
Pada aksi pembukaan Liga A1 Semi-Pro pada 28 Ogos lalu, anak buah Alfredo Gonzalez terikat 1-1 dengan Malaysian University-UiTM. Dalam perlawanan tersebut, Kelantan City FC kelihatan sedikit bergelut untuk tampil lebih meyakinkan.
Walaupun menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki, mereka tetap berdepan tekanan pada sebahagian besar perlawanan sehingga terpaksa bertahan dan akhirnya tercicir mata penuh.
Bagaimanapun, kelebihan utama Kelantan City FC pada malam ini adalah faktor beraksi di laman sendiri. Mereka perlu tampil lebih kemas di bahagian pertahanan serta mengelakkan kesilapan mudah kerana Negeri Sembilan FC memiliki pemain yang mampu menghukum ruang terbuka dan memanfaatkan serangan balas.
Di pihak lawan, Negeri Sembilan FC hadir dengan pengalaman lebih luas di pentas Liga Super namun mereka juga membawa momentum negatif selepas tewas 1-2 kepada Melaka FC.
Sebelum kekalahan tersebut, Negeri Sembilan FC terlebih dahulu menunjukkan persenbahan positif dengan mendominasi perlawanan termasuk mendahului pihak lawan tetapi keadaan berubah selepas mereka kehilangan Khuzaimi Pie yang dilayangkan kad merah.
Bagi Kelantan City FC, misi utama sudah pasti adalah untuk mendapatkan keputusan tidak kalah dengan kelebihan yang selesa sebelum aksi timbal balik di Paroi nanti. Negeri Sembilan FC p**a dijangka lebih berhati-hati, namun dalam masa sama bakal menurunkan kekuatan terbaik termasuk memanfaatkan tenaga pemain import bagi memburu kelebihan awal dalam pertemuan ini.
Ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan dan pastinya menarik untuk diikuti.
Perlawanan bukan sahaja menjadi ujian besar buat Kelantan City FC malah Negeri Sembilan FC juga tidak boleh mengambil mudah cabaran di Kota Bharu walaupun memiliki kelebihan pemain.
Jika Kelantan City FC mampu mengekalkan disiplin, memanfaatkan setiap peluang dan mengawal minit-minit awal, mereka mempunyai peluang untuk mencipta kejutan ke atas pelawat sebelum aksi kedua di Paroi nanti.
Sama-sama kita saksikan di Kota Bharu, malam ini. Tiket masuk boleh dibeli di kaunter tiket Stadium Sultan Muhammad IV. Sepak mula jam 9.00 malam.