Photographer KB FC

Photographer KB FC

Share

PHOTOGRAPHER KB FOOTBALL CLUB

Photos from Photographer KB FC's post 22/04/2026

‘DIESEL MAHAL, JARAK JAUH DAN PENAT LELAH BUKAN HALANGAN - YORK AKOK’

Dalam ramai-ramai player PHOTOGRAPHER FC, YORK ni antara yang paling steady. Orang Jeli kenal dia bukan setakat kaki bola, tapi juga “tauke akok” yang boleh kata antara yang paling padu kat sana. Selain shoot kamera, masa lain dia urus bisnes akok,carwash,transporter dan banyak lagi lah. Serba boleh dia ni, memang jenis tak duduk diam.

Lagi padu, semalam petang dia baru habis shoot wedding dekat Jeli. Orang lain mungkin dah penat nak rehat, tapi YORK lain macam. Pukul 8 malam dah sampai Kubang Kerian, terus join game tanpa banyak cerita. Memang jenis tak banyak alasan, yang penting team. Tak macam yang lain datang lewat la, Lipak la(bob).

Yang respect tu, dua game berturut-turut dia turun dari Jeli ke Kubang Kerian semata-mata nak bagi komitmen dengan team. Naik Hilux p**a tu, kita semua tahu sekarang diesel bukan murah. Tapi dia tetap datang, tak banyak bunyi, terus main bagi habis.

Benda macam ni bukan semua orang sanggup buat. Pengorbanan YORK tu jelas — bukan sekadar datang main bola, tapi datang dengan hati untuk team. Player macam ni lah yang buat PHOTOGRAPHER FC jadi lebih daripada sekadar team.

Respect YORK. Kita nampak usaha kau. Walau team kalah, dia tetap bersemangat. Siap belanja lagi kawan-kawan semua air yang diorder. Aduh rugi p**ak tak order nasi. Hahaha

22/04/2026

🔥 Mesin Gol 2026: Zharfan a.k.a Zaf 🔥

Nama Zharfan atau lebih dikenali sebagai Zaf kini semakin kukuh sebagai senjata utama pasukan.

Berasal dari Selising, Pasir Puteh, Zharfan merupakan pemain kaki kiri yang cukup berbahaya, sama ada diturunkan di posisi right winger mahupun striker. Gaya permainannya jelas dia gemar bermain secara cut inside, potong ke dalam dan mencari ruang untuk melakukan penyudah.

Cara dia bergerak dan menyerang sering mengingatkan kepada pemain seperti Arjen Robben dan Michael Olise - direct, tajam, dan sentiasa ada ancaman bila pegang bola di bahagian sayap kanan.

Apa yang membezakan Zaf musim ini adalah konsistensi luar biasa.
Hampir setiap perlawanan, dia akan menjaringkan gol tak kira keputusan memihak kepada pasukan atau tidak.

Atas sebab itu, dia kini kekal dari awal sebagai top scorer Photographer FC bagi musim 2026 setakat ini.

📊 Profil Ringkas:
• 📍 Asal: Selising, Pasir Puteh
• ⚽ Kaki dominan: Kiri
• 🎯 Posisi: Right Winger / Striker
• 🔥 Kekuatan: Cutting inside, finishing, instinct depan gol

💊 Fun Fact:
Di luar padang, Zharfan juga seorang yang menguruskan farmasi — dari jaga ubat, ke jaringkan gol. Dua-dua dia “supply” dengan konsisten 😄

Zharfan bukan sekadar penjaring, tapi pemain yang mampu ubah momentum permainan dalam sekelip mata.

Teruskan menyala, Zaf. ⚽🔥

Photos from Photographer KB FC's post 20/04/2026

MATCH GALLERY & SUMMARY 📸 Powered by , .mastermind_ , .sports

Perlawanan persahabatan antara Photographer FC dan Doktor KB FC semalam berlangsung dalam tempo yang cukup tinggi, seolah-olah aksi kejohanan sebenar, bukan sekadar friendly.

Seawal permainan, Doktor KB FC jelas tampil dengan pendekatan lebih agresif, melakukan high pressing yang konsisten hingga menyukarkan Photographer FC untuk membina serangan dengan selesa. Tekanan berterusan itu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti, yang disempurnakan dengan baik untuk membuka jaringan.

Photographer FC bagaimanapun tidak mudah mengalah. Pasukan menunjukkan respon positif dengan meningkatkan intensiti permainan. Gol penyamaan hadir menerusi penjaring terbanyak pasukan, Zarfan yang bijak memanfaatkan hantaran lintang. Walaupun sentuhan volinya tidak begitu sempurna, elemen kejutan dan sedikit nasib memihak apabila bola berjaya menerjah jaring.

Memasuki fasa akhir permainan, perlawanan semakin tegang dengan kedua-dua pasukan mencari gol kemenangan. Namun, satu kesilapan kecil di kawasan sendiri menjadi titik pemisah. Yad Merican yang cuba mengawal bola berhampiran garisan gol kehilangan penguasaan, membuka ruang kepada pihak lawan untuk mencipta situasi satu lawan satu dengan penjaga gol sebelum menjaringkan gol kemenangan.

Secara keseluruhan, keputusan 2-1 mencerminkan perlawanan yang sengit dan seimbang. Walaupun tewas, Photographer FC tetap mempamerkan semangat juang tinggi, namun tekanan tanpa henti daripada Doktor KB FC jelas menghadkan ruang dan masa untuk bermain dengan lebih tenang.

Photos from Photographer KB FC's post 19/04/2026

Terima kasih kepada semua sponsor rasmi Photographer FC bagi tahun 2026 — E.E Mastermind dan Ace Sport. Sokongan anda bukan sekadar membantu, tetapi memberi semangat dan peluang untuk kami terus berkembang, berkarya dan menangkap momen terbaik di setiap perlawanan. Tanpa anda, perjalanan ini tidak akan sama.

ACE SPORT

15/04/2026

📢 MATCHDAY ANNOUNCEMENT – Photographer FC 📢

Ini bukan perlawanan biasa… ini adalah match terakhir sebelum 4 pemain kami “dipanggil berkhidmat” 😌🇲🇾

Anip, Rifdi, Pikyo & Dendi akan berangkat ke “kursus motivasi” selama seminggu…
(tapi ikut vibe, macam terus masuk PLKN batch baru 🤣)

Katanya nak pergi rebut geran RM15,000 untuk business…
Kami doakan berjaya, tapi jangan lupa kami kat sini tengah berperang 😭

Jadi match ni special sikit sebab akan Last dance sebelum dorang jadi insan berdisiplin & penuh wawasan

⚽ NEXT MATCH
📅 19 April
📍 KOPA Arena Kelantan
🆚 DR KB FC (geng doktor Kota Bharu — silap-silap jatuh terus kena check tekanan darah 🤣)

Datang bagi support!
Sebab lepas ni mungkin susah nak jumpa balik 4 orang ni…
takut balik nanti terus cakap, “kami dah berubah” 😂

Photos from Photographer KB FC's post 13/04/2026

Actions from our latest match . Photos courtesy of

Photos from Photographer KB FC's post 13/04/2026

Victory againts TSA FC

13/04/2026
Photos from Photographer KB FC's post 05/02/2026

DAMMENDY-THE HERO BETWEEN THE STICKS 🧤✨

Dengan ketangksan seperti yang dipamerkan. Tidak pelik kalau dia diberi jolokan nama Mendy sempena nama Edouard Mendy, bekas penjaga gawang nombor 2 chelsea dan sekarang di Al-Ahli.

Mungkin baru dua perlawanan bersama pasukan ini, namun impaknya sudah cukup besar. Direkrut melalui ejen , kemasukannya nyata membawa nilai tambah yang ketara buat skuad. Dalam tempoh yang singkat, beliau membuktikan kualiti sebenar sebagai benteng terakhir pasukan dengan aksi-aksi penyelamatan yang konsisten dan penuh keyakinan. Kehadirannya memberi ketenangan kepada barisan pertahanan serta keyakinan tambahan kepada seluruh pasukan.

Sepanjang perlawanan, Adam mempamerkan refleks tajam, posisi yang tepat serta keberanian dalam situasi genting. Beberapa penyelamatan penting yang dilakukannya jelas menjadi titik perubahan perlawanan, memastikan pasukan terus kekal dalam permainan ketika berada di bawah tekanan.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa tanpa persembahan cemerlangnya di gawang, keputusan perlawanan mungkin berbeza. Prestasi seperti ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan individu yang tinggi, malah membuktikan beliau adalah aset penting buat pasukan untuk jangka masa panjang. 🧤⚽

Hokni admin x gelar mano pasal takut xsey main lepasni. Yad xpo

Photos from Photographer KB FC's post 05/02/2026

Match Gallery - Photographer FC vs Zaeman FC

Baju lawa dari
Gambar dari .sports

05/02/2026

PERLAWANAN SEIMBANG TAPI KAMI LAYAK UNTUK MENANG - YAD MERICAN PEMILIK STUDIO RAYA JALAN MERICAN DEKAT DENGAN BILLION ‘

Yad atau lebih manja dan comey dan gemuk dengan panggilan Dendi menyatakan rasa bangga dengan kemenangan yang diraih, namun menegaskan bahawa kejayaan malam ini adalah hasil usaha kolektif seluruh pasukan. Setiap pemain memainkan peranan masing-masing dengan penuh komitmen, disiplin, dan tanggungjawab di atas padang. Bagi beliau, semangat bekerjasama serta kepercayaan antara satu sama lain menjadi faktor utama yang membezakan prestasi pasukan kali ini. (Walaupun striker photographer yang memakai kaca mata hanya pandai berlari di dalam padang)

Beliau turut menekankan bahawa kemenangan ini bukan datang dengan mudah. Setiap minit permainan menuntut fokus tinggi, komunikasi yang baik, dan kesanggupan untuk berkorban demi rakan sepasukan. Dari barisan pertahanan hingga ke jentera serangan, semua menunjukkan kesungguhan yang sama untuk memastikan keputusan memihak kepada pasukan.

Kebangkitan Manchester United yang merupakan pasukan kegemarannya juga disebut sebagai antara suntikan kepada dirinya secara peribadi. Yad juga ada menyebut bahawa dengan melihat tarian Mas Kejora dari Cunha, dia berasa naik angin untuk berjoget sekali.

Menurut Yad lagi, keputusan ini harus menjadi motivasi untuk terus memperbaiki prestasi dan mengekalkan standard permainan. Kemenangan ini bukan penamat, tetapi satu langkah ke hadapan untuk membina konsistensi dan mentaliti pasukan yang lebih kuat pada perlawanan akan datang.

04/02/2026

A brace from Zharfan secured a much-needed win for us, keeping our unbeaten record in 2026 intact.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kota Bharu
Kota Bharu
16100