Bismillah...
Petang tadi Allah pertemukan saya dengan sahabat-sahabat yang sentiasa ada sejak dulu.
Kami berbincang tentang satu amanah yang ramai sudah lama bertanya...
Insya-Allah, Akademi Mutawwif Addin Nusantara Mutawwif training center kota bharu sedang dalam usaha untuk dibuka semula. ๐คฒ
Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan, membuka jalan rezeki dan mengizinkan kami terus memberi manfaat kepada bakal tetamu Allah.
Jika Allah izinkan akademi ini beroperasi semula...
Siapa yang berminat mengikuti Kelas Asas Mutawwif, Bimbingan Umrah atau ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan dakwah ini, tinggalkan perkataan "MINAT" di ruangan komen.
Semoga setiap langkah ini menjadi amal jariah buat kita semua.
Mutawwif training center kota bharu
Akademi Mutawwif Addin Nusantara (AMAN)
Membimbing solat, manasik, adab & rohani.
"Melahirkan jemaah mahir ibadah & mutawwif berwibawa."
โBelajar dengan tertib, beramal dengan tenang.โ
SPM solusi pemantapan mutawwif
27/07/2026
26.7.26 semalam dan ari ini berakhir yg postage
Alhamdulillah... โค๏ธ
Selesai sudah
Serahan sijil Badal Haji 1447H kepada waris yang telah memberi amanah kepada kami.
Semoga setiap amal diterima Allah SWT dan menjadi asbab pahala yang berpanjangan. ๐คฒ
t.kasih team Baharudin Safii Deen Syahir Bahar Muhamad Syamin Zainal Zolkefri Futsal Kopi Kunyit Hitam Ekstrak KURMA
๐ Booking Badal Haji Musim 1448H kini dibuka. ๐ฐ RM400 sahaja.
๐ฒ www.wasap.my/60139825250/badalhaji1448H_nakbookslot
#
26/07/2026
Rasa bersyukur sangat
Amanah yang kami hargai, khidmat yang kami laksanakan.
Kelmarin, hari ini, insya-Allah esok dan lusa juga, kami terus meluangkan masa sebagai wakil Akademi Mutawwif Addin Nusantara Kota Bharu untuk menghantar sendiri serta membuat penghantaran pos sijil-sijil Badal Haji kepada waris yang telah memberikan amanah kepada kami.
Setiap sijil yang sampai bukan sekadar sekeping kertas, tetapi menjadi tanda bahawa amanah telah disempurnakan dengan sebaiknya. Semoga Allah SWT menerima ibadah badal haji yang dilaksanakan, mengampuni dosa-dosa si mati, mengangkat darjat mereka serta mengurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan kepada semua yang terlibat. ๐คฒ
Sebagai tanda penghargaan, kami turut menyampaikan hadiah iringan termasuk 1 paket Kopi Kunyit Hitam Ekstrak KURMA sumbangan Kopi Kunyit Hitam Ekstrak Kurma, minuman sihat untuk dinikmati seisi keluarga. Semoga memberi manfaat dan menjadi asbab ukhwah yang berpanjangan.
๐ Jika anda ingin menghadiahkan Badal Haji buat ibu, ayah, suami, isteri atau insan tersayang yang telah meninggal dunia atau tidak lagi berkemampuan menunaikan haji, kami sedia membantu.
๐ฒ Tempah slot Badal Haji: www.wasap.my/60139825250/badalhaji1448H_nakbookslot
Semoga setiap langkah kecil dalam menyempurnakan amanah ini menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT.
team Baharudin Safii Deen Zainal Zolkefri Futsal
08/05/2026
Petang Jumaatโฆ
antara waktu yang paling tenang untuk jiwa kembali mencari Allah.
Saat matahari mula redup selepas Asar menuju Maghrib, jangan biarkan waktu ini berlalu begitu sahaja.
Inilah antara waktu yang sangat mustajab untuk kita memperbanyakkan doa, selawat dan zikir kepada Allah SWT.
Kadang-kadang dalam hidup iniโฆ
kita terlalu sibuk mengejar urusan dunia, hingga terlupa bahawa ada waktu-waktu istimewa yang Allah sediakan untuk hamba-Nya mengadu, meminta dan berharap.
Duduklah seketika di tempat solatโฆ
tenangkan hatiโฆ
istighfar perlahan-lahanโฆ
memperbanyakkan doa, selawat, dan zikir, kerana ia merupakan salah satu waktu yang paling mustajab (dikabulkan doa) dalam seminggu
bacalah Surah Al-Kahfiโฆ
dan angkatlah tangan dengan penuh yakin kepada Allah.
Mohonlah apa sahaja yang terbuku di hati:
๐ค ketenangan jiwa
๐ค rezeki yang halal dan berkat
๐ค kesihatan buat keluarga
๐ค dipermudahkan segala urusan
๐ค dan agar Allah jemput kita menjadi tetamu-Nya ke Tanah Suci.
Jangan pernah rasa doa kita kecil di sisi Allah.
Kerana bagi Allahโฆ tiada yang mustahil.
Semoga petang Jumaat ini menjadi asbab turunnya rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua. ๐คฒ
ุงูููู
ุงูููู ุจุญูุงูู ุนู ุญุฑุงู
ู ูุฃุบููู ุจูุถูู ุนู
ู ุณูุงู
โYa Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.โ
(Riwayat Tirmizi โ hasan)
18/04/2026
KENAPA DHUHA??
Kerana pada waktu inilah kebanyakan kita sibuk mengejar urusan dunia, berlari dengan jadual, mengejar pelanggan, mengejar kerja dan tanggungjawab harian.
Dalam kesibukan itulah, ramai yang terlupa untuk berhenti seketika menghadap Allah.
Sedangkan orang yang benar-benar serius menjemput rezekinya akan memilih untuk bersujud di hadapan-Nya pada waktu Dhuha.
Amalan Dhuha bukan sekadar penarik rezeki, tetapi tanda syukur atas nikmat hidup yang Allah beri setiap pagi.
๐ Solat Dhuha 2 atau 4 rakaat
Bila kita solat Dhuha, sebenarnya kita sedang mendahulukan Allah daripada urusan dunia.
Saat kita menjaga hak Allah atas tubuh kita, Allah akan menjaga dan mencukupkan keperluan hidup kita.
Rezeki tidak pernah salah alamat kepada hamba yang menjaga hubungannya dengan Tuhan.
๐ Perbanyakkan zikir selepas Dhuha
Allahummaghfir li watub โalayya, innaka antat tawwabur rahim
(Ya Allah, ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)
Zikir ini melembutkan hati dan membuka pintu keberkatan dalam rezeki dan kehidupan.
๐ Biasakan membaca Surah Al-Waqiah di waktu pagi
Amalan para salafussoleh untuk menjaga kestabilan ekonomi keluarga.
Bukan jaminan kaya, tetapi ikhtiar supaya hidup dijauhkan daripada kefakiran dan kesempitan.
๐ Bersedekah di waktu Dhuha ( offline on line )
Waktu pagi adalah waktu para malaikat mendoakan:
โYa Allah, gantikanlah bagi orang yang bersedekah.โ
Sedekah tidak perlu besar, yang penting istiqamah.
Ini tanda kita menguasai harta, bukan hamba kepada harta.
๐ Doa memohon rezeki halal
Allahummakfini bihalalika โan haramika, wa aghnini bifadhlika โamman siwak
(Ya Allah, cukupkan aku dengan yang halal dan kayakan aku dengan kurniaan-Mu tanpa bergantung kepada selain-Mu)
๐ทBila amalan Dhuha menjadi rutin, rezeki akan terasa lebih mudah.
Kadang bukan dalam bentuk wang, tetapi dalam bentuk idea, peluang, kesihatan, pelanggan yang baik, dan ketenangan hidup,silaturrahim kekeluarga.
Hakikatnya, selama ini kita bukan kurang kerja keras.
Kita hanya kurang dua rakaat di waktu Dhuha.
Ruginya jika setiap pagi kita sibuk dengan dunia, tetapi tidak sempat mengetuk pintu langit.
Menyesalnya jika peluang Dhuha yang Allah beri setiap hari kita biarkan berlalu begitu sahaja.
Mulai pagi ni,,,
Jangan tunggu lapang.
Jangan tunggu kaya.
Jangan tunggu sempat.
Ambil wuduk, bentang sejadah, dan laksanakan Dhuha.
2 rakaat sahaja sudah cukup untuk memulakan perubahan hidup.
Jom sama-sama kita hidupkan Dhuha setiap pagi ๐ค๐
berbaki 3 slot lagi
17/04/2026
๐ Pagi Jumaat yang Tenangโฆ
Pagi ni lain sikit suasananyaโฆ
Biasanya hari Jumaat, awal-awal lagi dah siap-siap nak ke kelas Kesempurnaan Solat.
Jumpa sahabat-sahabat, dengar ilmu, tenangkan hatiโฆ
Tapi hari ni, dengan sebab yang tak dapat dielakkan, kelas kita terpaksa dibatalkan dulu.
Ada rasa kosong sikitโฆ tapi dalam masa yang sama, mungkin ini ruang untuk kita isi dengan cara lain.
Tadi sebelum keluar rumah, terdetik dalam hatiโฆ
kadang-kadang kita ni terus je bergerak, terus buat kerja,
tapi terlupa nak โberhenti sekejapโ dan minta izin dari Allah.
Jadi pagi ni, cheq ma nak ajak kita semuaโฆ
walaupun tak ke kelas, jangan tinggal โpermulaanโ yang paling penting tu.
Tarik nafas perlahanโฆ angkat tanganโฆ dan doa:
โYa Allah, mudahkan langkahku hari ini.
Jumpakan aku dengan orang yang baik-baik.
Jauhkan aku dari rezeki yang tidak berkat.
Jadikan rezeki yang datang membawa kebaikan dunia dan akhirat.โ
Kadang hidup ni bukan tentang kita lari laju,
tapi tentang kita tahu siapa kita sandarkan setiap langkah.
InsyaAllahโฆ bila kita mula hari dengan doa,
hati jadi lebih tenangโฆ walau apa pun yang datang hari ni.
Semoga Jumaat kita semua tetap penuh berkat ๐ค
๐ Setuju? Jom react ๐คฒ
berbaki 4 lagi.. jom daftar
04/04/2026
Alhamdulillah, program Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Kelantan telah melabuhkan tirai dengan penuh barakah.
Bukan saja ilmu yang disampaikan, tapi rezeki juga mengalir derasโฆ
๐ Produk kami SOLD OUT
๐ KPI tercapai seperti dirancang
Satu momen yang kami simpan kemas,
bila melihat usaha kecil ini diberi tempat di majlis besar yang penuh keberkatan.
Tahniah buat Syahir Bahar, air yogurt habis lebih awal, bukti sentuhan usaha + doa tak pernah sia-sia. ๐ฅ
Setinggi penghargaan buat semua sahabat di Tabung Haji yang membuka ruang dan memberi peluang.
Bukan sekadar vendorโฆ tapi kami rasa seperti sebahagian daripada keluarga besar yang sama-sama membawa misi ummah.
Dan buat semua yang singgah, membeli, menyokongโฆ
Terima kasih kerana percaya.
Setiap ringgit yang anda belanja, ada cerita perjuangan di belakangnya.
InsyaAllahโฆ
Kalau diizinkan, kita jumpa lagi tahun hadapan dengan persediaan yang lebih mantap, lebih tersusun, lebih memberi manfaat.
Akademi Mutawwif Addin Nusantara (AMAN)
Bukan hanya mendidikโฆ tapi membina ekosistem ummah.
07/03/2026
zikir slps dhuha
ุงููููููู
ูู ุงุบูููุฑู ูููุ ููุชูุจู ุนููููููุ ุฅูููููู ุฃูููุชู ุงูุชูููููุงุจู ุงูุฑููุญูููู
ู
โALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB โALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM (artinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)
baca selepas solat dhuha sebanyak mungkin.
05/03/2026
Alhamdulillah, semoga Dr yusmazida sekekuarga dan jemaah2 lain jua dlm lindungan rahmat & keberkatan Allah.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โ๏ธ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kepada semua jemaah ๐๐ข๐ฃ๐ซ๐ ๐๐๐ง๐๐ฌ๐ข๐ค ๐๐ซ๐๐ฏ๐๐ฅ & ๐๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ ๐๐๐ง. ๐๐ก๐. yang dirahmati Allah SWT,
Alhamdulillah, sukacita ingin dimaklumkan, jemaah Pakej Awal Ramadhan yang berlepas pada 20 Februari 2026 akan pulang ke tanah air mengikut jadual berikut:
โ๏ธ Penerbangan: AMAL by Malaysia Airlines
๐ Berlepas dari Madinah
๐
6 Mac 2026
๐ 4.05 Petang
๐ฒ๐พ Ketibaan di KLIA
๐
7 Mac 2026
๐ 6.00 Pagi
Pihak pengurusan Hijra Manasik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesabaran, doa dan kerjasama semua jemaah serta ahli keluarga sepanjang perjalanan ibadah ini.
Semoga segala amalan umrah diterima oleh Allah SWT dan perjalanan pulang dipermudahkan serta selamat sampai ke tanah air.
๐คฒ Terima kasih atas kepercayaan bersama Hijra Manasik Travel & Tours Sdn. Bhd.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Address
AKADEMI MUTAWWIF ADDIN NUSANTARA, PT280-E T/A, KG TG MAS KOTA BHARU, ( Bersebelahan Edly Fried Chicken )
Kota Bharu
15400
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 16:00 |
| Tuesday | 10:00 - 16:00 |
| Wednesday | 10:00 - 16:00 |
| Thursday | 10:00 - 16:00 |
| Friday | 10:00 - 16:00 |