16/04/2026
Arena Bola Sepak Kelantan
Selamat datang ke laman Facebook rasmi Arena Bola Sepak Kelantan.
Laman Facebook Bola Sepak Kelantan (ABSK) telah ditubuhkan pada 1 September 2012 di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Matlamat utama penubuhan laman ini adalah untuk menyemarakkan minat dan sokongan ke atas sukan bola sepak tanah air dengan harapan Kelantan mampu menjadi kuasa bola sepak terunggul di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara ini. ABSK akan mengemas kini maklumat, gambar, dan analisis
16/04/2026
09/03/2026
INFO PENERBANGAN: Syarikat penerbangan Air Asia akan membuka sebuah lagi laluan baharu dari Kota Bharu, Kelantan, iaitu laluan Kota Bharu – Jakarta (KBR – CGK) mulai 16 Jun 2026 ini dengan kekerapan empat (4) kali seminggu, iaitu setiap hari AHAD, SELASA, KHAMIS, dan SABTU. Penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira 2 jam 40 minit sahaja.
Penerbangan AK2353 dari Kota Bharu ke Jakarta dijadualkan berlepas pada jam 10:00 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta (SHIA) pada jam 11:40 (waktu tempatan), manakala penerbangan AK2354 dari Jakarta ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 12:10 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 15:50.
Pembukaan laluan ini kelak bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dan juga peningkatan jumlah pesakit dari Indonesia yang datang mendapatkan rawatan di Malaysia. Tambahan p**a, Kota Bharu kini mempunyai dua buah pusat perubatan swasta terkemuka, iaitu Pusat Perubatan Kota Bharu (KBMC) dan Hospital Pakar KPJ Perdana.
Jualan tiket bagi laluan ini telah mula dibuka pada petang ini (9 Mac 2026). Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.airasia.com.
Nota: Destinasi penerbangan sedia ada Air Asia dari/ke Kota Bharu ialah Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, dan Johor Bahru.
25/02/2026
Kelantan International Marathon (2026)
26-27 June 2026
Kids Run/3km/5km/10km/21km/42km
Sultan Muhammad IV Stadium, Kota Bharu, Kelantan
Organizer / Technical: DNSEDC Official ()
Registration Closed: 26/5/2026, 23:59 (GMT +8)
*No information, estimation date.
**Registration link, refer comment.
27/10/2025
LALUAN BAHARU: Syarikat penerbangan Scoot membuka laluan Singapura - Kota Bharu dengan kekerapan dua kali seminggu, iaitu setiap hari Jumaat dan Ahad mulai 26 Oktober 2025. Jom ke Kota Bharu/Singapura!
27/10/2025
LALUAN BAHARU: Laluan Singapura - Kota Bharu
24/07/2025
02/07/2025
🚌✨ BAS.MY Kota Bharu Kini Telah Beroperasi!
Bermula 1 Julai 2025, rakyat Kelantan Darul Naim kini dapat menikmati perkhidmatan bas yang lebih mudah, selesa & berpatutan melalui Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).
📍 Laluan Utama:�➡️ Kota Bharu – Meranti�🕒 13 trip sehari | 6.45 pagi – 6.45 petang | Isnin – Ahad�🚌 4 buah bas beroperasi setiap hari
🎉 Istimewa untuk rakyat!�✅ Kad Konsesi - Tambang percuma untuk pelajar IPTA (Uni, Kolej Komuniti, Politeknik, Matrikulasi), OKU & warga emas.�✅ Kad 30 Hari - Perjalanan Tanpa Had khas untuk warganegara — lebih jimat perjalanan anda!
🚍 16 Laluan Keseluruhan — 15 laluan lagi akan mula beroperasi Ogos 2025!�Jom naik bas — kurangkan kos, bantu kelestarian, perjalanan lebih selesa untuk semua.
📲 Mohon Kad Konsesi & Pas di 👉 Kaunter-Kaunter E-Mutiara di Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Bachok mulai 7 Julai 2025
📲 Ikuti kami di media sosial:
19/08/2023
DETIK HITAM BOLASEPAK KELANTAN!
Tulisan: Ahmed Mukhlis Ismail
Ekosistem bolasepak kelantan fc sudah mati!
Semua nya bermula daripada keluarnya pemain dan pegawai pasukan secara beramai-ramai di awal musim dan pertengahan musim sudah boleh menampakkan betapa huru hara nya pengurusan pasukan dan ekosistem bolasepak sudah dirosakkan.
Selepas itulah, muncul lah masalah gaji,kwsp dan fifa case walaupon dinafikan oleh pihak pengurusan dan mfl (pokok takkan bergoyang kalau tiada angin).
Kemudianya p**a tidak dapat sign import disaat akhir pendaftaran pemain menguatkan lagi bahawa betapa lemah nya pengurusan kelantan fc.
Kemudiannya pemain yang ada sekarang terpaksa bermain lebih perlawanan berbanding pemain liga super yang lain kerana terpaksa menghadapi 2 match dalam satu minggu amat-amatlah penat. Dengan pemain yang ada sekarang takkan dapat menyaingi pasukan-pasukan liga super sekarang boleh lihat sendiri rekod-rekod baru yang diciptakan oleh kelantan fc sepanjang penubuhan :
2023
Kelantan 0-8 Terengganu
JDT 10-0 Kelantan
Sabah 6-1 Kelantan
KELANTAN SUDAH TOTAL LOST TIADA APA YANG BOLEH DIBETULKAN LAGI!
21/08/2022
🔴⚪ HARI PERLAWANAN LIGA PREMIER 2022 : KELANTAN FC VS TERENGGANU II FC 🔴⚪
Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong The Red Warriors! Pertembungan sengit pada petang ini antara pasukan kita dengan pasukan Terengganu II FC yang akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV. Petang ini merupakan perlawanan yang sangat penting buat Kelantan FC untuk terus berada di puncak liga. Kepada pemain Kelantan FC, buatlah sesuatu untuk lencana di dada. Bermainlah dengan penuh semangat jiwa yang tinggi, teruskan bersemangat seorang pahlawan. Dengan kemenangan ini dapat mengutip mata buat pasukan Kelantan FC. Kita berjuang! Kita bagi segalanya pada petang ini. Insya-Allah dengan niat yang betul, kita mampu meraih tiga mata! Kita balas kepercayaan para penyokong yang sentiasa berada di belakang kita dengan kemenangan! Anggaplah ini perlawanan akhir!!
AYUH KELATEKU!! 🔥🔥
01/08/2022
Peka Bahasa: latihan berjeda keamatan rendah (LIIT)
Sumber: https://prpm.dbp.gov.my
Ikuti kami melalui Telegram: t.me/DBPMalaysia
02/05/2022
Pemilik Kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam Tukiman dengan ingatan tulus ikhlas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh keluarga The Red Warriors terutama sekali kepada pemain, pegawai kejurulatihan, pegawai sokongan, peminat setia, rakan kongsi, serta pihak yang terlibat dengan pasukan TRW Kelantan FC sepanjang musim 2022.
Semoga sambutan Hari Raya tahun ni lebih bermakna buat sek kito belako deh.
Maaf Zahir dan Batin 🔴⚪️
“SEK KITOE JANGE PECOH”
Ikhlas Daripada,
Encik Norizam bin Tukiman
Pemilik Kelab TRW Kelantan FC
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kota Bharu