Teluk Baru Fc Official

Teluk Baru Fc Official

Share

Sebuah pasukan bolasepak yang BUKAN mencari bintang tetapi MELAHIRKAN bintang�

04/11/2024

Perlawanan pertama peringkat kumpulan pasukan Teluk Baru Fc Official melawan pasukan Pasir Tumbuh fc.

26/10/2024

Senarai pasukan yg layak dan kedudukan dalam kumpulan.

25/10/2024

Alhamdulillah pengalaman baru untuk pasukan Teluk Baru Fc Official bagi Kejohanan Bolasepak Piala Ahli Parlimen Kubang Kerian. Walaupun target untuk bermain Piala Menteri Besar sudah terkubur oleh kerana sedikit masalah, sekurang-kurangnya kojohanan ini dapat sedikit menjadi mengubat luka.

Admin akan umum pasukan mana akan berada dalam kumpulan yg sama dengan kita selepas majlis pelancaran dan undian malam nanti.

14/09/2024

Tamat perlawanan separuh akhir dgn kekalahan 0-1 kepada Mentuan fc. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.

Admin malas nk ulas banyak2 sbb masing2 tahu gapo masalah kita😅xpo bukan rezeki kita.. ramai pm admin tny tp admin jwb Telok Baru fc tetap juara cuma kita malas nk baso nga ore terpaling bolasepak..

12/09/2024

Pihak pengurusan Teluk Baru Fc Official percaya mampu melakar kejutan di perlawanan separuh akhir sabtu ini. Meskipun pasukan lawan merupakan sebuah pasukan yg berpengalaman, kita yakin dan percaya para pemain akan memberikan 100% komitmen utk perlawanan tersebut.

06/09/2024

Alhamdulillah kita ke separuh akhir

05/09/2024

Update: Perlawanan suku akhir LED Demit antara Telok Baru fc melawan Pulong fc terpaksa dihentikan akibat hujan lebat dan petir. Perlawanan akan bersambung semula esok pagi di padang turf (MPKB) pada jam 0900 pagi untuk separuh masa kedua dan kedudukan semasa untuk separuh masa pertama Telok Baru fc sedang mendahului Pulong fc dgn jaringan 1-0.

Ayuhhh gaisss pagi esok bagi semangat ko anak2 muda main bola💪💪💪

04/09/2024

Kerjasama dan semangat pemain yg akan menentukan keputusan esok. Walaupun turun tanpa beberapa tonggak utama, kita masih ada beberapa pemain muda yg akan buktikan bahawa esok bukan penamat bagi kita💪💪💪



02/09/2024

Sipe tarikh ni adik, kakok, abe, pokcik, mokcik, atok dan nenek semua.. malas nk kecek bayok.. gapo2 hal kito main dulu..mene kaloh adat perlawanan.. hk penting kito bersukan ni jgn baloh jgn kekoh.. kito pakak bina ukhwah buke berembah.. lacarrrr

25/08/2024

Gagal itu urusan nanti yang penting kita berani mencuba untuk menang💪

22/08/2024

Keputusan penuh perlawanan semalam memihak kepada Telok Baru fc dengan jaringan 3-2. Tahniah di ucapkan kepada semua pemain dan tidak lupa juga kepada penyokong yg datang.

17/08/2024

Pasukan Telok Baru fc terpaksa akur dgn kekalahan 1-2 menentang BBKK fc. Mendahului 1-0 di separuh masa pertama tetapi BBKK fc bangkit dgn dua jaringan di separuh masa kedua. Bermain tanpa beberapa tonggak utama jelas menjejaskan persembahan pasukan Telok Baru fc. Pihak pengurusan bertanggungjawab sepenuhnya dgn kekalahan ini dan semestinya tugas yg sangat sukar utk perlawanan kedua kerana kemenangan sahaja yg akan mengesahkan kita ke suku akhir. Akhir kata daripada admin, perlawanan semalam bukanlah titik noktah utk kita menyerah kalah. Kita bangkit utk perlawanan terakhir peringkat kumpulan melawan Tualang fc.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kampung Teluk Baru Lundang
Kota Bharu
15200