27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidil Adha 🕋
Ya Allah, jadikan Aidiladha ini medan untuk kami memperbaharui keikhlasan, menguatkan ukhuwah dan mensyukuri segala nikmat-Mu. Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H, semoga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.
18/05/2026
Alhamdulillah, pada Khamis, 14 Mei 2026 yang lalu, UIIS telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Polis Balai Polis Kubang Kerian, Sarjan Mejar Nor Hayati Binti Mokhtar.
Beliau telah hadir menyampaikan ceramah bertajuk “Gejala Sosial Dalam Kalangan Murid dan Cara Mengatasinya” yang memberikan banyak pengajaran, nasihat serta kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya menjaga akhlak, disiplin dan pergaulan dalam kehidupan seharian.
Pihak UIIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kesudian Sarjan Mejar Nor Hayati hadir dan meluangkan masa bersama warga UIIS. Semoga segala perkongsian dan nasihat yang diberikan menjadi panduan serta manfaat buat anak-anak UIIS dalam membentuk sahsiah diri yang cemerlang.
11/05/2026
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Hafiy atas kejayaan meraih dua pingat gangsa dalam acara 50m gaya kupu-kupu dan 50m gaya lentang di Kejohanan Akuatik Renang MSS Kelantan 2026.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. Syabas dan terus maju jaya! 🏅🏊♂️
07/05/2026
Khamis, 7 Mei 2026
📸 Suntikan imunisasi dan pemeriksaan kesihatan pelajar tahun 1 dan tahun 6. 💉
22/04/2026
BADMINTON🏸
ARCHERY 🎯
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KOTA BHARU
Another competition participated in by the students. Winning or losing is not everything; what truly matters is the determination and spirit to try, and to become the best version of oneself.Congratulations to all ❤️
14/04/2026
KEJOHANAN CATUR MSSD DAERAH KOTA BHARU (UTARA) 2026 ♟️
Seramai 11 orang pelajar UIIS telah menyertai Kejohanan Catur MSSD Daerah Kota Bharu (Utara) 2026 yang berlangsung pada 11 April 2026 di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat dan usaha yang ditunjukkan. Alhamdulillah, UIIS juga berjaya meraih pingat menerusi adik Wan Afia Sabira (perak) dan adik Wan Abeer Sara (gangsa).
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha dan mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. ♟️✨
11/04/2026
We warmly welcome the visit of officers from the Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), specifically from the Private Education Unit, Mr. Mohd Faizo Mohd Noor and Mrs. Rohani Abdullah.
Also students from Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu IPG Kampus Kota Bharu along with their lecturers, Dr. Raihan Mohamad Arifin and Mr. Ilham Rusydi Che Ibrahim.
The IPG students were able to experience the real school environment and gained exposure to teaching and learning (T&L). Through this program, UIIS also gained valuable insights into the management and operation of private schools from the JPN.
We gained many useful and valuable insights from this visit. We would like to express our heartfelt gratitude and hope to meet again in the future.