10/02/2019
Tahniah KeLfc Juara Liga Bola Sepak EPL Kelantan Edisi Sulung 2018
Liga EPL Kelantan
10/02/2019
Tahniah KeLfc Juara Liga Bola Sepak EPL Kelantan Edisi Sulung 2018
13/01/2019
Setelah sekian lama berehat, kini kembali. Liga EPL Kelantan.
Perhatian: Buat sekian kalinya perlawanan Gameweek 6 yang dijadualkan berlangsung minggu ini akan ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Hujan yang turun mencurah-curah ke bumi memaksa penganjur membatalkan perlawanan. Kita hanya merancang, tuhan yng menentukan. Harap Maklum....!!
03/11/2018
Gameweek 6 yang tertunda minggu lepas akan dilangsungkan minggu ini. Harap tiada aral melintang untuk semua pasukan meneruskan perjuangan.
Bismilllahirrahmanirrahim
Dukacita
Perlawanan hri ini dibatalkan berikutan hujan lbt ptg tkdi,mengakibatkan padang y berselut pda perlawanan pntg mlm ini serta merencatkan sdkit permainan menarik mlm ni
Sya memohon maaf kpda smua pasukan y bermain mlm ini.
Satu trikh baru akan dimaklumkan nnty. Terima kasih
= b/p ketua penganjur
28/10/2018
Jadual Perlawanan Gameweek 6 Liga EPL Kelantan
27/10/2018
Carta Liga EPL Kelantan selepas gameweek 5.
25/10/2018
KELFC MENGHAMPIRI KEJUARAAN
Rekod kecemerlangan KeLfc di pentas Liga EPL Kelantan musim pertama semakin menyerlah. Satu lagi kemenangan akan mengesahkan kejuaraan edisi sulung ini. Semalam sebuah lagi kemenangan bergaya dicatat ke atas City Gabp. Keputusan 3-0 tersebut memberi mereka selesa 4 mata mengatasi Kpmuk di tempat kedua.
Aksi dimulakan dengan permainan yang seimbang dengan aksi berbalas serangan. KeLfc berjaya memecah kebuntuan dengan. Lorongan cantik kapten Ismaq Ismaqi berjaya disudahkan Muhammad Farhan langsung menewaskan penjaga gol lawan. Farhan yang dinobatkan sbg Man Of The Match semalam sekali lagi bertindak cemerlang apabila melakukan satu rembatan jauh namun sekadar singgah ke palang gol. Lantunan bola tidak disia-siakan pemain sayap kanan Muhammad Khairi yang mudah menolak menewaskan sekali lagi penjaga gol lawan.
Bermula separuh masa kedua, KeLfc jelas menguasai padang. Ogat JR membuktikan usia bukan penghalang untuk beraksi baik. Beliau berjaya mengemudi tengah sambil dibantu Alif Irfan. Tarmizi Ab Rahman mencuri tumpuan seketika apabila melakukan gelecekan dari bawah sebelum melakukan killer pass untuk Abe Sturridge melakukan lambungan cantik untuk gol ke tiga sekali gus menghancurkan semangat juang City Gabp.
Tamat permainan dengan keputusan 3-0 berpihak kepada KeLfc. Satu lagi kemenangan bakal mengesahkan kejuaraan Liga EPL Kelantan edisi pertama ini. Tahniah kepada pemain juga kepada pihak pengurusan, kitman, kameraman dan penyokong yang hadir. Ketemu lagi di perlawanan minggu hadapan.
20/10/2018
PREVIEW GAMEWEEK 5
Minggu ke 5 ini bakal menentukan hala tuju pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan Liga Bola Sepak Kelab Peminat EPL Season 1 yang semakin menuju ke penghujung. Persaingan yang kembali sengit setelah beberapa keputusan di luar jangkaan minggu lepas menambah lagi rencah kehangatan liga.
Gameweek 5 bakal dimulakan dengan pertemuan menarik antara KCFC & KPMUK, dua pasukan yang sebelum ini dilihat mempunyai reputasi tinggi dalam kejohanan. Namun kedua-dua pasukan ini dikejutkan dengan keputusan diluar jangkaan, tewas ditangan lawan masing2. Dengan luka yang masih berdarah, masing-masing pasti akan bermati-matian mencari kemenangan untuk mengelakkan keciciran mata untuk sekian kali. Perlawanan kedua p**a akan menyaksikan pertemuan antara 2 pasukan yang masih bergelut di dasar liga. AKS FC yang mencipta kejutan pada minggu lalu pasti akan cuba meneruskan kebangkitan, namun tidak mudah untuk menjinakkan Solkel FC yang hampir mengatasi Reds FC dengan aksi mantap dalam perlawanan lalu. Kedua-dua perlawanan ini akan dilangsungkan pada hari Isnin, 22 Oktober 2018.
Perlawanan hari rabu p**a bakal menyaksikan pertembungan City Gabp menghadapi pendahulu liga, KeLfc. Kedua-dua pasukan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dengan City Gabp berjaya melangkaui badi dengan mencipta kemenangan pertama minggu lalu. KeLfc p**a yang hampir dikejutkan lawan dalam perlawanan sebelum ini pasti ingin mngelak keciciran mata lagi untuk mengelakkan diri dari dihimpit pasukan-pasukan lain. Perlawanan penutup minggu ini p**a akan dihiasi pertemuan antara Kel Spurs menentang Reds FC. Kedua-dua pasukan hanya mampu mengutip 1 mata apabila seri berhadapan lawan masing-masing. Untuk mengelakkan terus ketinggalan, tentunya hanya kemenangan memberi kepuasan.
Semua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Mini Kereteh pada tarikh dan masa seperti yang tertera di jadual perlawanan di bawah. Ayuh...!! Sama-sama kita hadir dan memberikan sokongan. Kejohanan semakin menuju klimaks pasti menjanjikan aksi yang lebih dramatik dan menarik. Hanya di Liga EPL Kelatan...!!!