Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Call Directions Website Contact the business

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Memaparkan maklumat dan aktiviti semasa anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan agensi berkaitan.

πŸƒπŸƒβ€β™‚οΈ7 HARI LAGI!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡ΎπŸƒβ€β™€οΈ JOM MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA 2026 NEGERI KELANTAN! πŸƒβ€β™‚οΈπŸŽ‰Ayuh warga Kelantan bersama-sama...
03/10/2026

πŸƒπŸƒβ€β™‚οΈ7 HARI LAGI!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸƒβ€β™€οΈ JOM MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA 2026 NEGERI KELANTAN! πŸƒβ€β™‚οΈπŸŽ‰

Ayuh warga Kelantan bersama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026! πŸ’ͺ

πŸ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰️ 7.00 Pagi
πŸ“ AEON Mall Kota Bharu, Kelantan

Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan menarik menanti anda! 🀩

Jom aktif, sihat dan cergas bersama-sama!

πŸ”₯ Sukan Untuk Semua, Kelantan Aktif! πŸ”₯

03/10/2026

Jom meriahkan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan! πŸŽ‰πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

πŸ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ AEON Mall Kota Bharu, Kelantan

Ayuh semua warga Kelantan! Bawa keluarga dan rakan-rakan, sama-sama kita aktif, cergas dan sihat melalui pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi. πŸ’ͺπŸ”₯

Sukan Untuk Semua! Malaysia Aktif! πŸ‡²πŸ‡Ύ

PENGARAH JBS NEGERI KELANTAN HADIR MEMERIAHKAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA BACHOKBACHOK, 2 OKTOBER 2026 – Pengarah Ja...
02/10/2026

PENGARAH JBS NEGERI KELANTAN HADIR MEMERIAHKAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA BACHOK

BACHOK, 2 OKTOBER 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, telah hadir memeriahkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Bachok yang berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Rusa, Bachok, Kelantan.

Kejohanan anjuran Kelab Sepak Takraw Rusa ini merupakan antara usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan sukan sepak takraw di peringkat komuniti, di samping menyediakan platform kepada para pemain untuk mengetengahkan bakat, meningkatkan kemahiran serta menguji kemampuan dalam suasana pertandingan yang kompetitif.

Turut hadir bersama ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Pn. Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.

Kehadiran barisan kepimpinan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini mencerminkan sokongan berterusan jabatan terhadap usaha kelab sukan dan komuniti setempat dalam menggalakkan penglibatan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam aktiviti sukan.

Penganjuran kejohanan seperti ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw, malah turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta membina kerjasama dalam kalangan pemain, penganjur dan masyarakat setempat.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa komited untuk menyokong inisiatif pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui kerjasama strategik bersama persatuan, kelab sukan dan komuniti bagi melahirkan generasi belia yang aktif, berdaya saing serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Diharapkan penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Bachok ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkukuh ekosistem sukan komuniti serta menyemarakkan lagi pembangunan sukan sepak takraw di negeri Kelantan.

Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸƒβ€β™€οΈ JOM MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA 2026 NEGERI KELANTAN! πŸƒβ€β™‚οΈπŸŽ‰Ayuh warga Kelantan bersama-sama memeriahkan Hari Suka...
01/10/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸƒβ€β™€οΈ JOM MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA 2026 NEGERI KELANTAN! πŸƒβ€β™‚οΈπŸŽ‰

Ayuh warga Kelantan bersama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026! πŸ’ͺ

πŸ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰️ 7.00 Pagi
πŸ“ AEON Mall Kota Bharu, Kelantan

Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan menarik menanti anda! 🀩

Jom aktif, sihat dan cergas bersama-sama!

πŸ”₯ Sukan Untuk Semua, Kelantan Aktif! πŸ”₯

πŸ‡²πŸ‡Ύ AYUH KELANTAN! JOM GERAK, JOM SIHAT, JOM SEMARAKKAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026!πŸ”₯πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨ Bukan sek...
30/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ AYUH KELANTAN! JOM GERAK, JOM SIHAT, JOM SEMARAKKAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026!πŸ”₯

πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨ Bukan sekadar berlari… ini langkah kita menuju Malaysia yang lebih aktif!

πŸ“’ HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 kembali dengan semangat yang lebih luar biasa!

Jangan hanya tengok orang lain bersukan β€” kali ini KITA TURUN PADANG! πŸ’ͺπŸ”₯

Mesti semua menunggu design Baju Official Hari Sukan Negara Tahun 2026 Peringkat Negeri Kelantan πŸ“Έ πŸ”₯πŸ”₯

Dengan RM35.00, anda akan dapat:
πŸ‘• 1x Jersi Eksklusif
πŸ… 1x Medal
πŸ“œ 1x E-Cert
πŸ›‘οΈ 1x Insurans
πŸŽ’ 1x Snack Pack
🎁 1x Cabutan Bertuah

πŸ“ AEON Mall Kota Bharu
πŸ“… 10 Oktober 2026 Sabtu
⏰ 7.45 pagi

🎯 MEDAL TERHAD UNTUK 1,000 ORANG TERAWAL SAHAJA!
Jangan tunggu penuh baru nak daftar !! β€”

DAFTAR SEKARANG!🚨

Scan Qr Code atau tekan link dibawah
https://proevent.my/order/form/harisukannegara

πŸ”₯ RM35.00 untuk satu pengalaman.
Satu jersi. Satu medal. Satu kenangan.
Tapi semangatnya? TAK TERNILAI! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ’™β€οΈ JOM BERSAMA-SAMA JADIKAN MALAYSIA LEBIH AKTIF!




πŸ“’ HEBAHAN PENYERTAAN KARNIVAL SUKAN INSPIRE OKU AKTIF PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 πŸŽ‰Jom sertai SENAM CERGAS,  3 ON 3 S...
29/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN PENYERTAAN KARNIVAL SUKAN INSPIRE OKU AKTIF PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 πŸŽ‰

Jom sertai SENAM CERGAS, 3 ON 3 STREET SOCCER ⚽ dan SUKAN STACKING 3-6-3 RELAY BERKUMPULAN πŸ† sempena Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026!

πŸ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 pagi
πŸ“ Tempat: AEON Mall Kota Bharu

⚽ 3 ON 3 STREET SOCCER
πŸ‘¨ Kategori Lelaki
πŸ‘© Kategori Perempuan

πŸ† Hadiah: πŸ₯‡ Johan – RM200
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM150
πŸ₯‰ Ketiga Bersama – RM100

πŸ† SUKAN STACKING 3-6-3 RELAY BERKUMPULAN
πŸ‘¨ Kategori Lelaki
πŸ‘© Kategori Perempuan

πŸ† Hadiah: πŸ₯‡ Johan – RM200
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM150
πŸ₯‰ Ketiga Bersama – RM100

🚨 PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!
⚠️ TERHAD KEPADA 8 KUMPULAN SAHAJA BAGI SETIAP KATEGORI.

πŸ“Œ Penyertaan akan ditutup setelah kuota dipenuhi.

πŸ“ DAFTAR SEKARANG:
πŸ‘‰ https://docs.google.com/spreadsheets/d/15okIS3mc7cfcueiisQQk4CouSRag6K7tFHjAntMvdcQ/edit?gid=0 =0

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Pn. Shiela – 012-2003295

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Sukan Inspire OKU Aktif 2026! πŸ’ͺπŸ”₯



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŸπŸŽπŸπŸ”Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan junjungan kasih ke bawah Duli Yan...
28/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŸπŸŽπŸπŸ”

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan junjungan kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-57.

Dengan penuh takzim, dipanjatkan doa semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, kesihatan yang berpanjangan, serta keberkatan dunia dan akhirat kepada Tuanku.

Sembah takzim daripada:
Pengarah dan Kakitangan
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan



🏐 JBS KELANTAN RAIH TEMPAT KETIGA KEJOHANAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN ANTARA JABATAN MSN KELANTAN 2026KOTA BHARU, 28 Septembe...
28/09/2026

🏐 JBS KELANTAN RAIH TEMPAT KETIGA KEJOHANAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN ANTARA JABATAN MSN KELANTAN 2026

KOTA BHARU, 28 September 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSN Kelantan) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antara Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Dewan Wisma Sukan Majlis Sukan Negeri Kelantan, hari ini.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN Kelantan) ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara jabatan.

JBSN Kelantan diwakili oleh En. Ashraff, En. Nik Saifullah, En. Mhd. Sulayman, En. Aden Herizman, Puan Asnita, Puan Nor Farhana dan Puan Alia.

Pencapaian tempat ketiga ini merupakan hasil daripada semangat berpasukan, kerjasama erat serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kesemua wakil JBSN Kelantan sepanjang kejohanan.

Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga JBSN Kelantan untuk mengembangkan potensi dalam bidang sukan, malah turut menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama dan semangat kekitaan antara jabatan kerajaan negeri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua wakil JBSN Kelantan atas pencapaian tempat ketiga! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus aktif, cergas dan mencapai prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.

JBSN Kelantan – Cergas, Aktif, Berprestasi! 🏐πŸ’ͺ







Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) merakamkan ucapan takziah atas pemergian YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohd ...
28/09/2026

Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) merakamkan ucapan takziah atas pemergian YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohd Ali ke rahmatullah.

Mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, diangkatkan darjat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

92 WANITA WARGA EMAS SEMARAK KEJOHANAN TENPIN BOLING KELANTAN
28/09/2026

92 WANITA WARGA EMAS SEMARAK KEJOHANAN TENPIN BOLING KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV KOTA BHARU: Seramai 92 wanita warga emas menyertai Kejohanan Tenpin Boling Wanita Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan, sekali gus menggalakkan golongan berkenaan kekal aktif menerusi aktiviti sukan secara santai. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelan...

Address

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PANJI
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

609-7661200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share