Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu, Sports Club, Kota Bharu.

Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 01/05/2024

Assalamualaikum wbt. Perhatian kepada semua anak-anak gayong yg bermiat nk beli uniform lengkap (bujur sireh). Saya ada 2 pasang saiz S nk bagi murah² je. Kenapa bagi murah?? Baca caption dibawah.



1. Tone warna baju dgn seluar sedikit berbeza.
2. Dari segi saiz mungkin kurang tepat sebagaimana ukuran dalam gambar.
3. Harga asal sepasang RM120. kita bagi RM90 siap pos.
4. Bukan item reject. Tp sedikit tidak puas hati.

Ukuran saiz boleh rujuk chart pd gambar di bawah. Boleh berhubung terus dgn cikgu di bawah.

Tekan link dibawah
https://httpbujursirehwasapmy.wasap.my

Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 29/04/2024

KURSUS SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN TAHAP 1 BAGI SUKAN SILAT

Kursus ini diadakan selama 4 hari bermula 25 April hingga 28 April bertempat di Dewan Malaysia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan . Seramai 70 orang peserta menyertai kursus ini yg terdiri dari gabungan silat negeri Kelantan.

Pada kursus kali ini, jurulatih didedahkan pelbagai kaedah pengajaran serta ilmu-ilmu berkaitan sukan silat. Bagi melahirkan seorang atlet sukan silat, jurulatih perlu menggetahui pelbagai aspek dari pengurusan, latihan, pemakanan dan sebagainya agar produk yang dilahirkan berkualiti. Kursus ini juga melayakkan jurulatih untuk mengajar di institusi pengajian serta tempat latihan awam.

Tahniah diucapkan kepada gurulatih dan jurulatih yang lulus ujian serta mendapatkan sijil tauliah kejurulatihan. Bagi yang tidak lulus jangan mengalah jadikan proses pembelajaran dan pengajaran dalam kehidupan agar cemrlang suatu hari nanti. insyaAllah.

Terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih kebangsaan yang tidak jemu perturunkan ilmu.
Turut hadir sebagai tenaga pengajar kursus kali ini Cikgu Kamarul Arifin bekas atlet negara.

Kursus ini adalah anjuran PESAKA Kelantan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kelantan .



Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 19/04/2024

السلام عليكم ورحمۃ الله وبركاته

LATIHAN MINGGUAN

Jumaat | 19 April 2024 | SEKOLAH KEBANGSAAN CHE DERIS (SKCD)

Setelah bercuti selama sebulan di bulan Ramadhan. Hari ini merupakan minggu pertama bagi latihan di gelanggang Sekolah Kebangsaan Che Deris.

Gayong
ZAT!





Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 25/02/2024

السلام عليكم ورحمۃ الله وبركاته

MAJLIS PERLIMAU TAPAK & PENERIMAAN AHLI BARU

Jumaat | 23 Februari 2024 | INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU (IPGKKB)

Merupakan aktiviti tahunan PSSGM Negeri Kelantan. Untuk pengetahuan umum, Majlis Perlimau Tapak merupakan simbolik kepada penerimaan ahli baru dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Pada peringkat awal, sebelum ahli menerima apa-apa pelajaran dari Silat Seni Gayong ahli mestilah diperlimaukan terlebih dahulu. Namun pihak pengurusan mengambil kira pelbagai sudut dan membenarkan ahli menerima terlebih dahulu pelajaran.

Majlis ini melibatkan penyertaan dari 2 gelanggang sekolah dan 1 gelanggang sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Gayong
ZAT!





Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 28/01/2024

السلام عليكم ورحمۃ الله وبركاته

MAJLIS ISTIADAT MANDI MINYAK

Sabtu | 27 Januari 2024 | AKADEMI PANGLIMA TOK JANGGUT

Merupakan aktiviti tahunan PSSGM Negeri Kelantan. Untuk pengetahuan umum, Mandi minyak ini bukanlah satu amalan kebatinan untuk menjadi kebal sepertimana yg digembar gemburkan oleh pelbagai pihak sehingga seni silat di salah tafsirkan.Mandi minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang bertujuan untuk pengubatan dan mneyihatkan badan.

Turut hadir menyempurnakan majlis Imam Khalifah PSSGM Negeri Kelantan Dato' Ir. Shaari Hj. Hassan. Penyertaan yg melibatkan beberapa daerah dibawah naugan PSSGM Negeri Kelantan.

Gayong
ZAT!





27/01/2024

Alhamdulillah dapat kembali bersiaran setelah sekian lama mendapatkan kembali page ini

Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 28/10/2023

السلام عليكم ورحمۃ الله وبركاته

UJIAN PENINGKATAN BENGKONG SILAT SENI GAYONG MALAYSIA GELANGGANG DAERAH MACHANG

Jumaat | 27 Oktober 2023 | GELANGGANG KEPANG

Seramai 45 kanak-kanak pelbagai peringkat dan 4 dewasa telah menjalani ujian kenaikan bengkong yang berlansung selama sehari di gelanggang kepang. Wakil gelanggang KRT Taman Guru, Pintu Geng daerah Kota Bharu turut mengambil bahagian. Ribuan terima kasih diatas kesudian gurulatih menjemput wakil dari gelanggang KRT Taman Guru.
Bagi pesilat yang baru, ini merupakan satu titik permulaan untuk terus mempelajari ilmu dalam silat seni gayong. Semoga apa yang kita pelajari harini menjadi pedoman dimasa akan datang. insyaAllah

Gayong
ZAT!





Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 31/08/2023

السلام عليكم ورحمۃ الله وبركاته

PERSEMBAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-66.

31 Ogos 2023| PADANG AWAM TAMAN GURU

Seramai 24 ahli dan 2 guraltih telibat secara langsung mengadakan satu persembahan di Padang Awam KRT Taman Guru. Persembahan kali ini digabungkan bersama wakil gelanggang daripada daerah Machang. Gelanggang Kg. Kepang.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi daerah Machang kerana sudi memberi komitmen sekali gus mengangkat nama PSSGM Negeri Kelantan khususnya. Jutaan terima kasih kepada pihak KRT Taman Guru kerana memberi sokongan dan peluang untuk mengembangkan seni silat melayu di dalam komunit setempat.

Persembahan turut disaksikan oleh Ydh. Dato' Dr. TPr. Haji Zainuddin bin Haji Ibrahim barisan pengurusan Komuniti Taman Guru.

Butiran persembahan :

- Seni Tangan Kosong.
- Seni Tongkat.
- Seni lompatan.





18/07/2023

Salam Maal Hijrah 1 MUHARAM 1445H/2023 🤍

Moga di setiap tahun hijrah lebih bermakna buat kita semua ummat Islam.

Semoga Allah SWT menghujani kita semua dengan kurniaan cinta, keberanian, kebijaksanaan, kepuasan, kesihatan, kesabaran, dan kebersihan hati🤲.

Dan semoga di tahun baru Islam 1445H membuka jalan dan memberi lembaran baru buat kita semua untuk terus mencari kebahagiaan yang diredhaiNya.




15/07/2023

السلام عليكم ورحمۃ الله وبركاته

LATIHAN MINGGUAN GELANGGANG KRT.

14 Julai 2023 | PADANG AWAM TAMAN GURU
Sesi latihan mingguan ulang kaji pelajaran silibus dan perjumpaan bersama jurulatih.





Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 23/06/2023

LATIHAN MINGGUAN GELANGGANG KRT TAMAN SERI.

22 Jun 2023 | PENGKALAN CHEPA
Sesi latihan mingguan ulang kaji pelajaran silibus untuk kenaikkan bengkung pesilat kanak-kanak dan remaja yang akan diadakan pada bulan hujung bulan Julai 2023. Latihan dipimpin oleh Cikgu Aiman selaku jurulatih II & dibantu beberapa pembanti jurulatih.





Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kota Bharu's post 17/06/2023

PERTUNJUKAN SEMPENA HARI BELIA NEGARA (HBN) 2023 PERINGKAT NEGERI KELANTAN.

Sabtu 17 Mei 2023 | Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV

Seramai 34 orang pesilat & 2 orang gurulatih PSSGM Bhg. Negeri Kelantan terlibat untuk persembahan HBN. Pelbagai aksi dipertontonkan seperti permainan senjata tradisional tongkat, pisau, parang dsb. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Sekali gus mengangkat serta mengharumkan nama PSSGM Negeri Kelantan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP serta Khalifah Besar PSSGM turut hadir memberi sokongan pada hari ini. Tidak lupa juga sahabat gelanggang Jerung Pembunuh dari daerah Pasir Puteh, Kelantan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kota Bharu

Opening Hours

21:00 - 23:30