Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK

Share

Laman Facebook Rasmi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan

Photos from Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK's post 01/09/2026

PKINK SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 31 Ogos 2026 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 18 Rabiul Awal 1448 bersamaan 31 Ogos 2026.

Penyertaan PKINK dalam perarakan agensi pada malam kemerdekaan tersebut mendapat sambutan yang amat membanggakan apabila kontinjen PKINK berjaya memperoleh tempat ke-4 daripada 69 penyertaan perarakan.

Pencapaian tersebut mencerminkan semangat patriotisme, kekitaan dan komitmen warga kerja PKINK dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan serta memperkukuhkan semangat cintakan negara.

Sambutan pada tahun ini turut membawa tema “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati – Penghayatan Membangun Bersama Islam”, yang mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah masyarakat yang sejahtera, harmoni dan berpaksikan nilai-nilai murni.

PKINK merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen serta menjayakan penyertaan dalam perarakan tersebut.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69. 🇲🇾

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan seluruh rakyat Malaysia dalam membina negara yang maju, sejahtera dan harmoni.

30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 & HARI MALAYSIA

28/08/2026

📢 LIVE Bual Bicara Wanita bersama Ustazah Asmak Husin

📍 Bertempat di Pantai Sri Tujoh, Tumpat



27/08/2026

📢 LIVE Forum Perdana: "Kemerdekaan Negara, Kedaulatan Agama"

📍 Bertempat di Pantai Sri Tujoh, Tumpat



Photos from Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK's post 26/08/2026

PKINK TERIMA PENGHARGAAN MAIK ATAS KOMITMEN WAKAF

KOTA BHARU, 26 Ogos 2026 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menerima penghargaan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atas komitmen dan keazaman warga kerja PKINK dalam melaksanakan amalan wakaf secara berterusan.

Penghargaan tersebut disampaikan bersempena Sambutan Bulan Wakaf MAIK 2026 sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen PKINK dalam menyokong dan membudayakan amalan wakaf.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK.Turut hadir mewakili Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ialah Encik Muhammad Fathi bin Kamarazaman.

Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, PKINK melaksanakan wakaf tunai menerusi kaedah potongan gaji bulanan dalam kalangan warga kerja, sekali gus memberi ruang kepada warga kerja untuk melaksanakan amal jariah secara konsisten.

Semoga usaha ini terus diperkasakan dan menjadi contoh dalam membudayakan amalan wakaf serta menyumbang kepada kesejahteraan ummah.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Tengku Maharani
Kota Bharu
15710

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Sunday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:00