17/02/2026
Tahniah team dan pengurusan The Real Warriors ke separuh akhir.
Irwan Rizal Dato Mohd Rowi Har Har Tan Sri Annuar Musa
Official Account Ultras The Real Warrior
17/02/2026
Tahniah team dan pengurusan The Real Warriors ke separuh akhir.
Irwan Rizal Dato Mohd Rowi Har Har Tan Sri Annuar Musa
17/02/2026
SUKU AKHIR II MFL CHALLENGE CUP
KEPUTUSAN PENUH
The Real Warriors 2-1 Imigresen FC
π’ 12β Eduardo Jose
π΄ 61β Enzo Celestine
π΄ 75β Danial Haqim
Agg : 4-2
15/02/2026
Esok tu. Demi Kelate.
15/02/2026
Misi besar: Layak ke Separuh Akhir!
Misi kita belum selesai untuk langkah ke SEPARUH AKHIR mesti direalisasikan! Penuhkan Stadium Sultan Muhammad IV, gegarkan bumi Kelantan dengan lautan merah putih!
16 Februari 2026 | 9.00 malam
Kita bangkit sebagai satu negeri, satu jiwa, satu suara!
π Imigresen FC
π 16 Februari 2026
β° 9.00 malam
ποΈ Stadium Sultan Muhammad IV
15/02/2026
β³ 1 HARI LAGI!
Esok malam.. kita turun sebagai penyokong,
balik sebagai satu keluarga Kelantan yang bermaruah!
π₯ Penuhkan SSMIV.
Biar lawan rasa, Kelantan bukan mudah ditundukkan!
π Imigresen FC
π 16 Februari 2026
β° 9.00 malam
ποΈ Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
15/02/2026
Kembalikan aura KOTA BHARU π«΅
π Imigresen FC
π 16 Februari 2026
β° 9.00 malam
ποΈ Stadium Sultan Muhammad IV
13/02/2026
β³ 3 HARI LAGI!
Ini masa untuk seluruh Kelantan bersatu.
Satu suara. Satu jiwa. Satu negeri.
π₯ Lawan datang dengan dendam.
Kita sambut dengan laungan paling kuat!
π Imigresen FC
π 16 Februari 2026
β° 9.00 malam
ποΈ Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
13/02/2026
PERTEMUAN SENGIT LEGASI PANTAI TIMUR
Ayuh rakyat bola sepak Kelantan! 16 Februari 2026 bakal tercipta fenomena apabila Gelanggang Keramat Stadium Kota Bharu kembali bergegar dengan lautan sorakan dan laungan semangat wira-wira ke-12.
Seekor Kijang bukan untuk dijinakkan, ia lahir daripada sejarah, dibesarkan oleh penyokong, dan ditakdirkan untuk menewaskan pihak lawan.
Inilah masanya untuk kita bersatu, menjadi nadi perjuangan The Real Warriors dan mempertahankan maruah Kelantan.
Banjiri stadium. Gegarkan Kota Bharu. INI MARUAH KITA!
ποΈ Stadium Sultan Muhammad IV rindukan suasana seperti duluβ¦
Imbas kembali perlawanan Piala Malaysia 2025/2026 yang lalu, lebih 2,000 penyokong hadir memberi semangat pada pasukan.
Kali iniβ¦
kita buat semula.
Dan kita buat lebih besar.
π₯ Sasaran: 5,000 penyokong!
10/02/2026
SORAKAN DI KOTA BHARU BAKAL GEGARKAN LAWAN.
Himpunan jiwa yang penuh semangat dijangka bakal membanjiri gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) pada 16 Februari 2026, bagi menyaksikan aksi getir perlawanan Timbang-balik buat TRW yang hanya berbekalkan kelebihan 1 gol menentang Imigresen FC.
Pemain ke-12 kini bersiap sedia untuk menjadi nadi kebangkitan demi maruah bola sepak Kelantan. Selepas kemaraan pasukan terkandas di peringkat suku akhir Piala FA tempoh hari, kini pentas suku akhir MFL Challenge Cup p**a menjadi saksi perjuangan seterusnya. Bezanya kali ini, Kelantan The Real Warriors FC (TRW) sudah separuh kaki untuk mara ke peringkat seterusnya. Malah, persiapan rapi serta momentum semasa pasukan jelas menggambarkan impian yang lebih besar iaitu misi mara ke pentas final edisi kali ini.
Kelebihan beraksi di laman sendiri pastinya menjadi senjata utama buat skuad TRW. Bekalan kemenangan 2-1 di Batu Kawan menyuntik harapan manis buat "Ore Kelate" yang tidak pernah berhenti memberi dokongan dan kepercayaan terhadap pasukan dalam sukan nombor satu negeri ini. Apa yang lebih menggembirakan, penantian penyokong untuk melihat sentuhan pemain import selaku penyudah di bahagian hadapan kini telah menjadi kenyataan.
Di samping itu, benteng pertahanan juga dilihat semakin kukuh dan tersusun. Aksi pada 16 Februari (Isnin) ini turut menjadi medan penampilan sulung buat pemain import baharu yang dibawa masuk, untuk membuktikan keupayaan mereka di stadium keramat yang telah menyimpan ribuan kenangan serta menjadi lambang kebanggaan bola sepak Kelantan. Inilah peluang terbaik buat mereka meraih kepercayaan peminat dan rakyat Kelantan terutamanya.
Perlawanan ini juga merupakan aksi terakhir pasukan TRW di Stadium Sultan Muhammad IV sebelum menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Justeru, ia sememangnya satu perlawanan yang wajib dihadiri oleh seluruh peminat bola sepak Kelantan. Tambahan p**a, kesempatan cuti Tahun Baharu Cina sedikit sebanyak memberi ruang dan kelapangan buat penyokong untuk hadir beramai-ramai.
Inilah masanya untuk kita bersatu, menggegarkan SSMIV dengan menjadi pemain ke-12 buat semangat bola sepak Kelantan dalam misi Road To Final MFL Challenge Cup edisi ke-3.
Kredit grafik media Kemasin Beach Resort
09/02/2026
Suku Akhir Kedua MFL Challenge Cup 25/26 bakal menyaksikan pertempuran sengit di bumi keramat Kota Bharu!
Ini bukan medan percubaan, tetapi medan kebangkitan THE REAL WARRIORS.
Penyokong Kelantan bakal disajikan dengan penampilan wajah baharu KIJANG EMAS, dan maruah yang akan dipertontonkan di hadapan ribuan mata.
Ayuh kita bersatu semua, hadir dan gegarkan stadium!