29/06/2026
Tahniah & Terima Kasih! ๐คพโโ๏ธ๐ฅ
Berakhir sudah perjuangan kami dalam Kota Kinabalu Handball League (April - Julai 2026) yang berlangsung di Borneo Sports Arena! Satu perjalanan yang penuh dengan peluh, drama, dan memori indah.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah memberikan 100% komitmen dan berjuang habis-habisan di atas gelanggang. Korang memang terbaik! Base penghargaan luar biasa juga buat pemain dari SM Sains Lahad Datu yang sanggup datang dari jauh demi menyahut cabaran liga kali ini. Sokongan dan kerjasama korang amat kami hargai. ๐ค๐ฏ
Di sebalik setiap peluh dan strategi, jutaan terima kasih kepada barisan coach dan pengurus pasukan yang tidak pernah lelah mencatur strategi dan menjaga kebajikan kami sepanjang liga berlangsung.
Terima kasih juga kepada penyokong tegar daripada PBBKK - Persatuan Bola Baling Kota Kinabalu sentiasa memberi sokongan dan teguran kepada kami, serta semua peminat sukan bola baling di luar sana! Sorakan kamu semua dari tepi gelanggang adalah nadi kekuatan kami. Tanpa kamu semua, siapalah kami. ๐โค๏ธ
Jika ada rezeki kita jumpa lagi di tournament akan datang. Majulah bola baling untuk semua! ๐ช๐