23/06/2023
Energy System in Sports
Sports Science
23/06/2023
Energy System in Sports
21/06/2023
Berikut rangka kerja disusun dalam proses penggunaan satu-satu supplement dalam sukan berada pada landasan yang tepat bagi mencapai objektif π€
20/10/2022
Strategi Pemakanan bagi acara Renang bagi Kanak-kanak berumur 7 hingga 8 Tahun yang menghadapi pertandingan.
Kebiasaannya melibatkan beberapa acara dalam sehari atau beberapa hari bagi sukan di peringkat akar umbi dan pembangunan.
Strategi ini boleh juga digunakan oleh mana-mana sukan yang mempunyai budaya, persekitaran dan keperluan tenaga yg lebih kurang sama seperti Renang.
13/07/2022
Kesan Minuman Sejuk (suhu) ke atas Fisiologi & Prestasi Sukan
Pro
- Tingkatkan pengambilan cecair kerana penerimaan yg baik, palatability sekaligus membantu hidrasi
- Pengambilan minuman yg mengandungi karbohidrat & electrolyte yg dirangsang oleh suhu yg rendah secara tidak langsung mengoptimakan gastric emptying dan penyerapan nutrien di usus yg disebabkan pengambilan cecair mengandungi karbohidrat & electrolyte
- Melambatkan peningkatan suhu badan secara keseluruhannya ketika sesi senaman
Cons
- Hanya memberi kesan dalam 5 hingga 10 minit selepas pengambilan air sejuk atau suhu yg selain dari suhu di dalam perut, kemudian selepas itu suhu kembali seperti biasa mengikut suhu di dalam perut
- Melambatkan pengosongan gastric (perut) atau gastric emptying (Melambatkan proses penyerapan di bahagian usus selapas melalui perut) disebabkan oleh suhu yg rendah dlm tempoh bawah 5 minit sahaja
- Boleh menyebabkan pengurangan pengambilan tenaga (makanan yg dimakan) dalam tempoh 1 jam selepas minum air sejuk disebabkan Gastric Motility yg mana mengganggu proses pergerakan Makanan dari perut ke usus.
Secara keseluruhannya, kelebihan pengambilan air sejuk dan berais boleh diambil sebagai strategi dlm mengoptimakan prestasi sukan. Manakala kelemahan pengambilannya p**a perlu persediaan bagi meminimumkan kesannya sbg contoh pengambilannya diambil dalam tempoh rehat antara latihan/pertandingan yg mana tempoh 5-10 minit yg berlaku perubahan sementara suhu di perut dan mengurangkan kesan masalah penyerapan tenaga yg berlaku dlm tempoh tersebut.
Dari sudut pandang Sports Nutrition, boleh memanip**asikan informasi ini bagi membantu prestasi dlm sukan
Link Folder Rujukan Kajian Saintifik
https://drive.google.com/drive/folders/1DOtcariSjdpX9Cu_zLDh4hy5Gk9r_CfO?usp=sharing
14/05/2022
MEMANFAATKAN SISTEM TENAGA DI DALAM SUKAN DAN KESIHATAN
Dengan memahami Sistem Tenaga akan memudahkan sasaran penggunaan sumber tenaga seperti lemak dioptimumkan.
Boleh rujuk post fb sebelum ini untuk penerangan dan sumber rujukan berkaitan Sistem Tenaga di
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=825696168047141&id=176990702917694
14/05/2022
Sibutramine
Banyak terkandung di dalam Makanan Tambahan atau supplement bertujuan menurunkan berat badan dengan cepat
Beberapa orang atlet mewakili negeri dan kebangsaan telah disahkan positif doping sebelum ini kerana penyalahgunaan bahan terlarang, Sibutramine
Sibutramine mempunyai kesan sampingan seperti peningkatan tekanan darah, risiko dehidrasi, insomnia, dan hilang selera makan
Dikategorikan sebagai stimulant dan tersenarai Prohibited List oleh World Antidoping (WADA)
14/05/2022
BODY COMPOSITION Vs BMI ππ
Komposisi Tubuh meliputi kandungan otot dan lemak tubuh. Komposisi Tubuh yang sesuai bagi seseorang atlet bergantung kepada sukan yang disertai. Antara ujian yang dijalankan bagi menilai Komposisi Tubuh atlet ialah Ujian Ketebalan Lipatan Kulit (Skinfold Thickness) dan Bioelectrical Impedance Analysis.
BMI atau Indeks J***m Tubuh (Berat / [Tinggi x Tinggi]) p**a mengukur kesesuaian tinggi dengan berat seseorang untuk dihubungkan dengan status kesihatan. Kategori bagi BMI adalah Kurang Berat Badan (Underweight), Normal, Berlebihan Berat Badan (Overweight), dan Obesiti.
Walaubagaimanapun, sekiranya BMI digunakan bagi penilaian ke atas atlet khasnya, berkemungkinan akan berlaku penilaian secara berlebihan atau "overestimate".
Ini kerana terdapat atlet dikategorikan sebagai Berlebihan Berat Badan (Overweight) dan Obesiti kerana Komposisi Tubuh yang berat akan tetapi berat mereka meliputi kandungan otot dalam badan dan bukannya lemak semata-mata.
Sebagai contoh atlet sukan tempur atau "Combat Sports" seperti Silat yang bermain dalam Kelas J iaitu kategori yang memerlukan atlet berada pada berat lingkungan 90 ke 95 Kilogram agar "In" dalam kategori tersebut. Sekiranya atlet mempunyai ketinggian kurang 190 cm, pastinya akan dikategorikan sebagai Berlebihan Berat Badan atau "Overweight" jika menggunakan formula BMI. Walhal, atlet tersebut berkemungkinan mempunyai berat lebih kerana kandungan otot.
Dengan peningkatan berat badan atlet seperti di atas yang dipengaruhi peningkatan otot dan tidak melebihi Berat Badan 95 Kilogram akan mempengaruhi kekuatan atlet dari aspek fizik iaitu momentum (Momentum = J***m x Halaju) seperti kekuatan tumbukan atau tendangan. Semakin tinggi berat atlet, semakin besar momentum (kekuatan tumbukan/tendangan) yang akan dihasilkan.
Oleh itu, penggunaan Komposisi Tubuh lebih sesuai berbanding BMI dalam membantu menilai dan memantau prestasi atlet khususnya dan BMI lebih sesuai digunakan untuk saringan status kesihatan khususnya orang awam yang berbeza "lifestyle" dengan atlet yang merangkumi latihan dan pemakanan atlet yang menjurus ke arah prestasi optimum dalam sukan yang disertai.
14/05/2022
Bagaimana Sistem Buffer membantu prestasi sukan?
Semasa melakukan aktiviti sukan melibatkan pecutan di bawah 60 saat seperti acara berpagar dan 400 meter, ion H+ akan terkumpul dengan banyaknya di dalam darah yang berada di otot.
Kemudian, pH di otot akan menurun menjadi lebih berasid disebabkan ion H+ terkumpul dengan banyak. Keasidan yang tinggi menyebabkan atlet cepat berasa keletihan.
Bagi membantu melambatkan rasa keletihan ini, "Bicarbonate" seperti yang terkandung dalam Baking Soda atau Sodium Bicarbonate boleh digunakan dalam membantu meningkatkan "Blood-Buffering Capacity" dengan Sistem Buffer. Ini bertujuan menaikkan semula pH mendekati pH darah manusia semula.
Australian Institute of Sports mengklasifikasikan Bicarbonate dalam Kategori A bagi kump**an supplement dan membantu mengoptimumkan prestasi sukan.
04/05/2022
Di dalam Sains Sukan, komponen Fisiologi Senam atau Exercise Physiology mempunyai hubung kait dengan pemakanan.
Fisiologi Senam melibatkan banyak ujian menilai tahap kecergasan atlet seperti ketangkasan (agility), ketahanan (endurance), kekuatan (strength), Kepantasan (Speed) dan flexibiliti.
Sebagai contoh, formula dan persamaan bagi Running Anaerobic Sprint Test yg digunakan bagi mengukur prestasi atlet di bawah Fisiologi Senam yg melibatkan Berat Badan atlet.
Memanip**asi Berat Badan atlet merangkumi komposisi tubuh (body composition) melalui latihan dan pemakanan adalah strategi dalam menghasilkan prestasi optimum jika dilihat dari formula dan persamaan ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221509856923479&id=1463207819
12/02/2022
JDT LANTIK MANTAN PAKAR NUTRISI BOCA JUNIORS
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah melantik Vanesa Soledad Rotondi, mantan pakar nutrisi kelab terkemuka Argentina Boca Juniors sebagai pakar nutrisi kelab yang baharu.
Rotondi akan menyelia diet dan nutrisi kesemua pemain di kelab, termasuk menyediakan pelan pemakanan individu mengikut keperluan pemain dari semasa ke semasa.
Selain menyediakan fasiliti bola sepak yang terbaik dan latihan yang berkualiti, Harimau Selatan turut meletakkan penekanan yang besar terhadap sains sukan. Luaskan Kuasamu Johor.
βββ
JDT HIRE FORMER BOCA JUNIORS NUTRITIONIST
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have hired Vanesa Soledad Rotondi, a former nutritionist at renowned Argentine club Boca Juniors, as the new club nutrionist.
Rotondi will oversee the diet and nutrition plans of all footballers at the club, including crafting individual plans to cater for players' requirements as and when needed.
In addition to providing excellent football facilities and quality training, the Southern Tigers also place a huge emphasis on sports science. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor