24/08/2026
LEGACY 1500M
Tahukah anda bahawa Johan SUKMA acara 1500m Lelaki edisi 2018 Perak, 2022 MSNKL , dan 2026 Selangor adalah atlet dari MLD SSTMI?
Muhammad Amirul Arif bin Mohd Azri menggungguli acara berkenaan pada SUKMA edisi 2018 dan 2022, sebelum takhta dirampas oleh atlet dari Kuala Lumpur pada SUKMA edisi 2024 di Sarawak. Pada tahun yang sama, Poven Kumar yang mewakili pasukan Johor dijangkiti Influenza 3 minggu sebelum temasya berlangsung dan hanya sekadar menghabiskan larian tanpa sebarang pingat.
Pada SUKMA edisi kali ini Poven Kumar tampil cemerlang dengan meraih Emas bagi acara 1500m . Lebih manis lagi edisi kali ini dia dibimbing oleh Amirul Arif yang kini merupakan Jurulatih di MSN Johor. Semoga legasi ini dapat dikekalkan oleh junior pada masa akan datang.
Amat besar harapan kami Poven Kumar dapat mengikut jejak langkah Amirul Arif mewakili Malaysia pada Temasya Sukan Sea Kuala Lumpur akan datang.
Info Tambahan :
Pada SUKMA edisi 2018 Amirul Arif dibawah bimbingan Coach Jironi Riduan yang telah berhijrah, dan kini bertugas di MSN KL, selaku jurulatih Kebangsaan.
29/06/2026
23/02/2026
24/08/2025
16/08/2025
20/07/2025
13/03/2025
13/03/2025