01/03/2024
Bekalan akhirat
Assalamualaikum wbt,
*Kemaskini*
*Tarikh:* 1 Februari
*Jumlah sumbangan:* 1 set meja.
Oleh itu kami terus membuka peluang kepada semua untuk bersedekah seikhlas hati, rebutlah peluang bersedekah dihari yang mulia ini iaitu penghulu segala hari.
Sekian,terima kasih.
www.wassap.my/60194651604
Sekian Terima Kasih
03/06/2023
Jom Isi kantung Perak Football Club
Subscribe The Gaurus official TV
Menkalu bukan kemer rakyat perak siapa lagi???
TBG TV - YouTube
Welcome to the Official YouTube channel of Perak Football Club.SUBSCRIBE IT'S FREE! 🤍💛🖤
13/08/2018
Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Zulkarnain Mohamed warga kampung Jias kota lama kiri atas permergianya mengadap Ilahi sebentar tadi..
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan org2 beriman...
Dan salam takziah untuk keluarga Zainal Mohamed
Al-Fatihah
24/01/2018
REUNION Jias Fc
Panggilan untuk semua hulubalang² Jias Fc
Perasapkan kasut masing²
Kita regangkan urat² yang dah bersimpui lama
😂😜
Moh meriahkan aktiviti bersukan
Menyihatkan badan
01/12/2017
DARI SEGEROMBOLAN SAHABAT BUAT SEORANG SAHABAT
1. Penganjur - TOK MOH F.C
2. Urusetia program
3. Pasukan-pasukan yang berentap - TOK MOH FC, Jias Fc, OLD BOYS 08 dan pasukan LIGA BOLA SEPAK RAKYAT KUALA KANGSAR
4. Para sahabat lain yang hadir menonton
5. Keluarga Almarhum Faliq Fadzel @ Palie
Kelima-lima entiti tersebut telah bergabung padu dalam perlawanan amal bola sepak di Stadium Mini Kuala Kangsar pada petang kelmarin. Ianya dianjurkan khusus bagi mengenang kembali pergerakan, karektor dan kemahiran Palie ketika bermain bola sepak.
Suatu ketika dulu, aksi Palie pernah mewarnai TOK MOH FC, JIAS FC dan OLD BOYS 08.
Penganjuran bersejarah dan beremosi itu telah diabadikan oleh Sinar Harian dalam penerbitan artikel pada Jumaat yang penuh barokah hari ini.
📰 Sinar Harian (Edisi Perak)
📆 1 Disember 2017, Jumaat
📄 Mukasurat 19
Selayaknya pujian buat TOK MOH FC kerana menzahirkan perencanaan penganjuran dengan jayanya.
Tahniah kepada pengacara dan pengulas tunggal secara langsung program tersebut, saudara Zaidi Zamani yang berjaya mengelola penganjuran dengan lancar.
Tahniah juga buat para sahabat dan hadirin lain yang turut datang bermain, menonton dan menderma.
Juga setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga Palie, walaupun masih bersedih atas pemergian arwah, tetap hadir sebagai tanda sokongan kepada solidariti segerombolan sahabat Palie.
Sumber asal Syful tamar
27/11/2017
Perlawanan Amal silaturahim bola Sepak
*"Biar jasa jadi kenangan"*
Tarikh : 29 November 2017 ( Rabu )
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Padang Mini Lembah Kuala kangsar
Pasukan yg terlibat
1. Jias FC - Saudara Nuar Bek
2. Tok Moh Fc - Saudara Fahmi
3. Ocpl Batch 2008 - Saudara shahrul (wak)
4. Liga Rakyat Kuale - Saudara Zaidi Zamani (MPKK)
Tujuan :
- mengenang kembali jasa-jasa arwah Faliq Fadzel ( palie ) yang pernah bermain dan berhubung rapat dengan sahabat pasukan2 di atas.
- menyalurkan sumbangan rakan2 kepada keluarga arwah.
- semoga perancangan ini menjadi penghormatan yg terakhir buat sahabat kita, PALIE.
Aturcara program
4.20 ptg : asar
4.30 ptg : pasukan berkumpul
5.00 ptg : sepak mula
- sesi bergambar setiap pasukan ( jersi arwah dipegang )
- sedekah bacaan al-fatihah
- permainan dimulakan
- TMFC VS JIASFC
- 08 VS LBR
- TMFC VS LBR
- JIASFV VS 08
- TMFC VS 08
- JIASFC VS LBR
1 game 20 minit (10-1-10)
6 game 120 minit = 2 jam
masa permainan berdasarkan pada masa kejadian.
7.00 malam - sumbangan dihulurkan kpd waris keluarga arwah.
7.10 minit - bersurai
Bersama-sama kita merapatkan silaturrahim....
20/11/2017
Silent key.....
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah mereka, rahmatilah meraka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
19/11/2017
Dimaklumkan rakan seperjuangan dan sepermainan Jias Fc saudara Faliq Fadzel dan seorang lagi rakan beliau hilang ketika memancing di Tasik Raban. Marilah kita bersama2 berdoa agar mereka di pelihara kesejahteraan dan keselamatan mereka....
Semoga dipermudahkan segala operasi pencarian dan penyelamat mereka....
07/01/2017
Perlawanan persahabatan ke 2/2017
Jias Fv Lwn MPKK Fc
6/1/2017
04/01/2017
Friendly pertama bagi Tahun 2017
Jias Fc Vs Petanda Fc.