05/01/2022
Lama bebenor tak buat sebarang post. Mohon maap la ye. Admin sibuk berkayuh, sevis basikal dan restore basikal. Servis basikal tak menang tangan. Alhamdulillah.
GambarΒ² di bawah antara basikal Jepun yang telah di restore secukup rasa. Kenapa admin kata secukup rasa ? Sebab kami restore dari barangΒ² pada basikal sahaja untuk mengekalkan originaliti. Tiada penambahan part. Melainkan seat dan rantai jika dah terlalu berkarat akan ditukar.
Boleh tekan pada gambar untuk harga dan jenis model.
29/04/2021
SALAM RAMADHAN
DARI PROCIK BIKE GARAGE
SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN RAMADHAN
π΄ββοΈπ΄ββοΈπ΅ββοΈ
04/10/2020
CARA NAK IMPROVE ENDURANCE TANPA PERLU RIDE SAMPAI BONK.
Endurance dalam aktiviti berbasikal ni sangat penting. Basically, nak enjoy cycling, endurance kne ok, kalau tak ok, hilanglah nikmat cycling π (sabar, jangan jual basikal lagi...). Endurance yang baik juga boleh membantu dalam kehidupan seharian, tak mudah penat, buat kerja banyak tenaga. Kalau masa hujung minggu, lepas2 kayuh 100 lebih km tu, balik rumah takde rasa nak pitam/bonk, boleh lagi nak layan family di rumah mahupun bawa jalan.
Baiklah. Nak bina endurance ni tak susah mana pun. Anda kayuh level bersosial, kayuh dgn kengkawan, kayuh sembang2, leha2, alun2 je pace dia. π
Takde attack2, takde KOM, takde yang kena drop mmg kita kayuh enjoy. Tak payah nak bebai πππ
OK, latihan yang saya maksudkan adalah Long Slow Distance (L*D) Training.
Latihan kayuhan macam ni memerlukan masa, biasanya Pro rider buat masa training camp, depa akan kayuh seminggu straight, sehari dalam 5-7 jam (on average 160km la) untuk bina balik endurance ataupun base fitness.
Kita yang biasa2 ni mungkin ada seminggu sekali atau dua kali je (tengok la ko pakai 'lesen' mcm mne kan?? π€£)
Jadi masa yang diperlukan adalah sekitar 2 - 4jam riding time (riding time ye tuan/puan, tak masuk masa korang berhenti makan cendol, nasi lemak telur goyang semua tu) dah boleh nampak manfaat kalau buat secara konsisten. Kayuhan dibuat dengan cara konsisten. KESILAPAN BESAR yang biasa kita buat, kemudian kita pening fitness tak tambah2, adalah:
π« Kayuh terlalu kuat bila naik bukit.
π« Tak kayuh bila turun bukit (bergantung kpd keadaan & keselamatan)
π« Berhenti dan bahan member terlalu lama kat kedai makan.
Sebaliknya, untuk dapat penuh manfaat L*D Training ni.
β
Maintain kayuhan konsisten di kawasan flat, naik bukit, turun bukit. Kalau kita kayuh kekuatan mcm tu kt flat, naik bukit mungkin ssh skit, turun bukit mungkin sng skit, jangan extreme sgt. Sentiasa mengayuh. Quality time on the bike!
β
Boleh berhenti, tapi jangan lama sangat. 20min paling lama, makan2 skit, gambar2 skit, pastu sambung maintain kayuhan seperti poin atas.
Nak kayuh zon mne?
β
Heart rate ataupun yang pakai power meter, zone 2 ataupun heart rate endurance korang.
β
Yang takde benda2 atas ni, bahasa mudah dia, leha2, zon yang kita selesa.
Dengan adanya L*D, kemudian pair kan dgn 2 kali kayuhan selama 30minit ataupun 1 jam yang high intensity dalam seminggu. InshaaAllah fitness akan nampak cantik π
Balik kayuh tak bonk, banyak tenaga lagi. Ada tenaga dan kudrat untuk komitmen kerja semingguan dan layan family di hujung minggu. Mood kita akan improve, mengurangkan kadar stress.
Mungkin cadangan saya, secara umumnya:
Isnin: Rehat
Selasa: Kayuhan High Intensity
Rabu: Rehat
Khamis: Kayuhan High Intensity
Jumaat: Rehat
Sabtu: Rehat/Family time atau Kayuhan L*D
Ahad: Kayuhan L*D.
Ini secara mudahnya boleh improve fitness. πππ
Selamat mencuba πͺπͺπͺ
---
Kredit to : thatmuslimcyclist
24/07/2020
Makluman buat semua. Kedai kami tidak ada kena mengena dengan kluster kayangan yang tular baru2 ini. Harap maklum.
10/07/2020
Mohon maaf atas kelewatan pemberitahuan lokasi baharu. Sibuk bebenor bak kata orang Perak. π
Lokasi baharu kami sederet dengan Agro Bazaar(Fama) tepi sungai Kuala Kangsar, Perak. Untuk lokasi Gps akan diupdate kemudian dalam page. Sebarang kesulitan boleh terus hubungi En.Kamal +60124699751.
29/06/2020
Kami akan berpindah secara berperingkat ke lokasi baru. Lokasi akan diberitahu kelak. Maaf atas segala kesulitan.
Doakan kami dipermudahkan segala urusan.
01/02/2018
Pepatah Inggeris ada mengatakan, "One man's trash is another man's treasure."
Keduanya original Raleigh England.
Selesai proses restorasi, ProCik akan sharing gambar yer. Tungguuu
01/11/2017
SOLD ! SOLD !
Siap! Pemulihan sepenuhnya. Untuk dijual.
-enjin mesin rumput.
-tayar 9"
-ketinggian tempat duduk boleh laras.
-sesuai untuk kawasan yang tidak terlalu luas.
Harga RM550. Masih boleh dirunding.