Lipis Valley Driving Range

Lipis Valley Driving Range

Share

Waktu operasi: Isnin - Ahad (10.00 pagi - 11.00 malam)
Lokasi: Hadapan Bangunan UMNO Kuala Lipis

Photos from Lipis Valley Driving Range's post 28/10/2023

Kome sediakan juga putting mat buat pelanggan yang hadir ke sini. Tidak kira umur (tua atau muda), status (atok nenek, ibu bapa atau anak), sesiapa pun boleh cuba untuk pukul secara percuma!

Hari minggu tetap dibuka. Jam 5.00 petang sampai 11.00 malam

26/10/2023

Alhamdulillah LVDR terus meriah dengan pemain-pemain golf bertaraf antarabangsa, dan BBNU istiqamah.

Semoga deme terus power bermain golf. Kita beroperasi setiap hari jam 5 petang sehingga 11 malam. Majulah golf untuk Lepeh!

Photos from Lipis Valley Driving Range's post 19/10/2023

SIANG 🔛, MALAM 🔛

Alhamdulillah semakin meriah lapangan sasar di sini. Kami sentiasa beroperasi mula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam.

Bagi yang ingin sertai kumpulan Whatsapp, boleh letakkan nombor anda di bawah. Kita meriahkan semula scene golf di Lepeh!

Photos from Lipis Valley Driving Range's post 16/09/2023

TERIMA KASIH DAUN KELADI!

Alhamdulillah, terima kasih kepada Team Jabatan Pendaftaran Negara (Kuala Lipis) kerana sudi hadir menyokong dan memeriahkan LVDR pada hari Khamis yang lepas.

Ramai juga yang berani untuk baru belajar untuk main golf di sini. Jemput datang semua. Kita tetap buka hari ini walaupun cuti Hari Malaysia!

Photos from Lipis Valley Driving Range's post 07/09/2023

WAKTU OPERASI BAHARU

Bermula 8 September 2023, kami akan mula beroperasi setiap hari pada jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam. Bagi yang ingin datang selepas jam 8 malam, anda disarankan untuk menghubungi kami dahulu di Whatsapp: 012-6585535 (Syukri).

Nota: Kami juga menyediakan batang golf untuk kegunaan pelanggan secara PERCUMA! Jangan malu bagi yang nak datang. Kemudahan kami sudah sediakan.

Sekian, harap maklong

Photos from Lipis Valley Driving Range's post 03/09/2023

Nak lepaskan kemarahan selepas kekalahan memalukan walaupun kelab deme dah belanja lebih £1 billiun?

Banyak tempat yang tutup di Lepeh hari Ahad?

Pane tak tahu nak buat apa?

Jangan malu, jangan segan. Moh datang ke Lipis Valley Driving Range di Jalan Bukit Bius hari ini! Kome buka sehingga jam 11.00 malam

Photos from Lipis Valley Driving Range's post 01/09/2023

SAMBUTAN MERIAH HARI PERTAMA

Alhamdulillah, usai hari pertama semalam. Kome terima sokongan yang baik dari orang Lepeh.

Kita terus buka hari ini, jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 malam. Jemput datang!

31/08/2023

Pukulan pertama pada pagi tadi oleh Abang Mat Kasim, otai berbisa golf di Lipis. Terima kasih atas sokongan!

Kome terus beroperasi sehingga jam 11.00 malam. Jemput datang!

Photos from Lipis Valley Driving Range's post 31/08/2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kome akan mula beroperasi hari ini jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 malam.

Jemput datang bagi pemain golf, yang berminat untuk main golf, yang nak buat raso raso, dan juga yang ingin keluarkan peluh.

Bagi yang ingin mencuba dan tiada kelengkapan, kami sediakan batang golf secara PERCUMA. Stok adalah terhad untuk dipinjam

Jemput datang semua dan selamat menebas!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lipis?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Bukit Bius
Kuala Lipis
27200